Kompleks Seri Perdana
Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya
Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.
Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.
Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.
Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.
BLOK PROTOKOL
Merangkumi beberapa bilik utama yang digunakan untuk menyambut dan meraikan ketua-ketua Negara, Ketua-ketua Kerajaan dan pembesar-pembesar luar dan dalam negara.
BLOK BANQUET
Merangkumi dewan banquet rasmi dan galeri pameran.
Hubungi Kami
Alamat:
KEDIAMAN RASMI PERDANA MENTERI
Kompleks Seri Perdana
Persiaran Seri Perdana
62502 Putrajaya
Malaysia
Tel : (603) 8888 8110
Faks : (603) 8888 3271