PERDANA MENTERI HARGAI DOA DAN INGATAN, IKUTI BAHAS SIDANG KHAS RCI TABUNG HAJI

10 Ogos 2026

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—” π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ
𝗬𝗔𝗕 π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—”π—œ 𝗗𝗒𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—œπ—‘π—šπ—”π—§π—”π—‘, π—œπ—žπ—¨π—§π—œ 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦 π—¦π—œπ——π—”π—‘π—š π—žπ—›π—”π—¦ π—₯π—–π—œ π—§π—”π—•π—¨π—‘π—š π—›π—”π—π—œ
Β 
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau, serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 pada Isnin.
Alhamdulillah, keadaan kesihatan YAB Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.
Β 
Pada masa sama, YAB Perdana Menteri turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas bagi membahaskan Laporan RCI Tabung Haji dan mendoakan agar persidangan berjalan lancar. Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara.
Β 
π—§π—¨π—‘π—žπ—¨ 𝗑𝗔𝗦𝗛π—₯π—¨π—Ÿ π—”π—•π—”π—œπ——π—”π—›
Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
11 Ogos 2026
Share: