Kemakmuran Bersama

KEMAKMURAN BERSAMA

Saya tahu bahawa saudara dan saudari mahukan sebuah negara yang stabil, aman dan makmur. Sebuah negara yang menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua. Kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

DEFINISI

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Iltizam ini akan diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.

MATLAMAT

Matlamat utama Wawasan Kemakmuran Bersama adalah untuk menyediakan taraf hidup yang wajar (decent standard of living) kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2030.

KEMASKINI

Politik kaum dalam masyarakat majmuk tidak boleh diteruskan - PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin berkata politik identiti atau politik ras dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan keturunan di negara ini tidak boleh berterusan walaupun ia tidak boleh dihapuskan secara keseluruhan. Muhyiddin berkata dengan adanya media sosial pada masa ini, masyarakat mudah ‘tersentuh’ apabila isu berkaitan kaum, agama, dan pendapatan dibangkitkan, menyebabkan ia menjejaskan hubungan antara kaum. “Masing-masing ada sentimen, walaupun begitu ia tidak harus membawa kesan tidak baik. Contohnya pengagihan kekayaan dalam negara, orang Melayu yang menjadi sebahagian besar komponen dalam masyarakat merasakan belum cukup dibela. “Mereka merasakan perlukan lebih lagi pembelaan ...
Selanjutnya
Ucapan di Sesi Balai Rakyat Makmur Bersama
TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA DI SESI BALAI RAKYAT
MAKMURBERSAMA@KUALA LUMPUR ANJURAN INSTITUT MASA PADA 29 SEPTEMBER 2020; PUKUL 3.00 PETANG
BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin,
Menteri Kanan Pendidikan Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Yang Berhormat Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk Seri Dr Santhara Kumar
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Yang ...
Selanjutnya
/ Kemakmuran Bersama, Ucapan
Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Program pembasmian kemiskinan di negara ini dilakukan bukan sahaja mengambil kira soal kaum dan bangsa, tetapi juga fakta-fakta lain dalam usaha mewujudkan peluang yang adil dan saksama kepada semua rakyat. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama. “Dasar kerajaan Perikatan Nasional adalah untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara menyeluruh dan ini mengambil kira perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera, wilayah dan bukan wilayah termasuk di Sabah dan Sarawak dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan pada masa lepas,” katanya. Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Negara hari ...
Selanjutnya
10 asas penting tentu hala tuju negara, WKB 2030 dasar ekonomi - PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 1 Sept -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 10 asas penting dikenal pasti sebagai hala tuju Perikatan Nasional (PN) untuk tempoh akan datang termasuk meletakkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 sebagai paksi dasar dan program ekonominya. Perdana Menteri berkata selain itu, hala tuju ini turut merangkumi perhatian ke arah memulih dan merancakkan semula ekonomi negara pasca COVID-19 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). "Kerajaan PN juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Agenda Bumiputera sebagai agenda nasional. "Tumpuan juga akan diberikan kepada usaha pendigitalan Malaysia menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12," ...
Selanjutnya
Teks Ucapan YAB PM di Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional
TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA DI KONVENSYEN SETENGAH TAHUN PENTADBIRAN
PERIKATAN NASIONAL PADA 1 SEPTEMBER 2020; PUKUL 5.00 PETANG
BERTEMPAT DI RUMAH KELAB
PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera. YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia YBhg Profesor Dr Jamil Hashim
Presiden
Persatuan Intelektual Negara Dif-Dif jemputan Datuk-Datuk, Datin-Datin, Saudara dan Saudari yang saya hormati sekalian. Apa khabar semua? Saya doakan saudara dan saudari sihat wal afiat. 1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak ...
Selanjutnya
Teks Ucapan YAB Perdana Menteri di Majlis Pelancaran Sukuk Prihatin
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Menghadap,
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun, 1. Pertamanya izinkan patik bagi pihak Kerajaan Malaysia merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat mencemar duli ke Majlis Pelancaran Sukuk Prihatin bertempat di Kementerian Kewangan pada hari ini. 2. Sesungguhnya keberangkatan ke bawah Duli Tuanku amat besar maknanya bagi patik-patik sekalian. Malah, ia dapat mempereratkan lagi ikatan ...
Selanjutnya
Kerajaan komited jayakan agenda Bumiputera menerusi WKB2030 dan RMK12 - PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan komited untuk menjayakan agenda Bumiputera melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan dibentangkan awal tahun hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata bagi memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera, kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dipengerusikannya, selain memutuskan supaya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menjadi Agensi Penyelaras Utama pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera. “Teraju akan menjadi penyelaras tunggal bagi pangkalan data Bumiputera merentas kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain itu, Bumiputera akan diberi lonjakan berganda menerusi pembentukan budaya keusahawanan di pelbagai peringkat untuk menjadikan ...
Selanjutnya
Langkah-Langkah Meningkatkan Ekonomi Bumiputera
NO SOALAN : 123 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN​:​LISAN DARIPADA :​DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ] TARIKH​​:​13 OGOS 2020 (KHAMIS) SOALAN NO. 1 Minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah meningkatkan ekonomi Bumiputera khususnya yang semakin ramai menganggur dan hilang tanpa menyalahkan bangsa lain. JAWAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, 1. Kerajaan Perikatan Nasional komited untuk melaksanakan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Walaupun banyak kejayaan telah dicapai dalam usaha meningkatkan taraf hidup Bumiputera, kedudukan sosio-ekonomi Bumiputera masih perlu dilonjakkan. Secara perbandingan, insiden kemiskinan Bumiputera ...
Selanjutnya
Kerajaan akan terus sokong Felda untuk bangkit semula - PM Muhyiddin
TAPAH, 7 Julai -- Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan akan terus memberikan sokongan padu kepada Felda untuk bangkit semula dan mengorak langkah dengan lebih gagah pada masa hadapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata usaha itu akan membolehkan Felda melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. “Saya ingin memberi jaminan kepada seluruh warga Felda bahawa Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan saya akan terus memberikan sokongan padu kepada Felda untuk bangkit semula dan mengorak langkah dengan lebih gagah pada masa hadapan,” katanya, Beliau berkata demikian semasa melancarkan sambutan Hari Peneroka Felda 2020 peringkat kebangsaan ...
Selanjutnya
PM Muhyiddin lawat IKS De Muara Enterprise
TANGKAK, 27 Jun -- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan lawatan ke Industri Kecil dan Sederhana (IKS) De Muara Enterprise di Bukit Gambir di sini. Beliau yang tiba pada jam 9.20 pagi pada lawatan itu diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. Muhyiddin, yang meluangkan masa kira-kira 30 minit pada lawatan itu, mendengar penerangan tentang operasi syarikat De Muara Enterpirse yang menghasilkan pes masakan seperti asam pedas dan mee bandung daripada pemiliknya Mohamad Zain Solihin. Ini merupakan kali pertama Perdana Menteri, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, pulang ke kawasannya ...
Selanjutnya
Loading...