TEKS VERBATIM YAB PM : WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN PERDANA MENTERI DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA SOALAN 2 PENUH 14 JULAI 2026
TEKS VERBATIM
YAB PERDANA MENTERI
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN PERDANA MENTERI
DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KELIMA BELAS
|
PERTANYAAN |
: |
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI |
|
DARIPADA |
: |
DATO’ ROSOL BIN WAHID [ HULU TERENGGANU ]
|
|
TARIKH |
: |
14 JULAI 2026 (SELASA) |
SOALAN
Minta PERDANA MENTERI menyatakan penilaian Kerajaan terhadap kesan krisis berpanjangan di Selat Hormuz terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara serta langkah yang sedang diambil bagi mengurangkan impaknya.
JAWAPAN
- Terima kasih Hulu Terengganu. S terima juga soalan dan memang saya setuju, dia satu masalah yang kita anggap boleh selesai, tapi dengan tindakan Amerika Syarikat terakhir ini terus memimbangkan. Sehingga hari ini umpamanya Brent pada 14 Julai sudah mencecah US$81 dan untuk futures, US$84.
- Itu lonjakan yang sangat tinggi, walaupun dia tidak sampai kepada keadaan sehingga 100 lebih dolar bila keadaan kemuncak, 144 dolar pada 7 April yang lalu. Mahu tidak mahu, sebahagian daripada keperluan import kita minyak gas dan diesel itu akan mengesankan.
- Sebab itu, untuk maklumat Yang Berhormat, kita telah dalam strategi pertama ya, strategi tentunya kita terpaksa memikirkan soal perlindungan kepada rakyat dan juga bagaimana dalam keadaan kegawatan ini menstabilkan harga. Pertama, bekalan harus mencukupi dan harga yang agak munasabah. Kemudian untuk industri, untuk SMEs itu bagaimana dana bantuan tambahan kepada mereka dan akhirnya daya tahan ekonomi.
- Saya bagi contoh, umpamanya kerana kita faham permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, maka untuk 2026 peruntukan untuk STR, SARA itu ditambah menjadi RM15 bilion ringgit. Ini bukan dalam peruntukan asal, tapi ditambah untuk peruntukan 2026. Jadi lebih 9 juta penerima Malaysia dan termasuk 6 juta di kalangan Melayu Bumiputera.
- Kemudian untuk diesel itu lain daripada peruntukan RM15 bilion ini. Jumlah itu berbeza dari bulan ke bulan berdasarkan harga petrol. Umpamanya, bila BUDI95 diturunkan ke RM1.99 dan BUDI diesel RM2.10, kerajaan menanggung, asalnya bila kita perancang RM1.99 ini sekitar untuk RON95 sekitar RM800 juta sebulan. RM800 juta sebulan untuk RON95 dan diesel untuk Januari, Februari 2026.
- Kemudian meletus perang, jadi dah melonjak untuk Mac, April, RM5 bilion ringgit sebulan. Subsidi bulan Mei kerana minyak agak turun sedikit, dia jadi RM4 bilion ringgit. Jadi RM4 bilion ringgit sebulan, kerana tampungan supaya rakyat tidak terbeban dengan kos minyak dan diesel yang tinggi.
- Untuk subsidi produk petroleum, kita jangkakan untuk tahun 2026 ialah RM40 bilion. Ada yang bertanyakan mengapa jumlah ini berubah? Dia berubah kerana jumlah harga pasaran Brent dan futures ini juga berubah. Jadi, kita hanya boleh umumkan berdasarkan apa yang berlaku sebelumnya.
- Tetapi di samping itu, kita ada tambahan lain, umpamanya peruntukkan Jabatan Kebajikan Masyarakat itu ditambah menjadi RM3.1 bilion. Tapi cabarannya Yang Berhormat ialah tentang bagaimana nak menjamin bekalan itu terkawal walaupun harga kos bahan api itu meningkat.
- Jadi semalam kita ada mesyuarat sekali lagi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), dan dari maklumat walaupun keadaan Selat Hormuz tidak terjangka apa yang akan berlaku, tetapi bekalan masih mencukupi untuk sementara waktu dan kos kita dapat tampung melalui beberapa langkah yang saya sebutkan dan juga Jualan Rahmah dan sebagainya.
- Dan langkah yang lain Yang Berhormat, adalah mencari memastikan bekalan tidak hanya dari saluran yang sama. Sebab itu Presiden Putin, Rusia telah memberi jaminan, bekalan diesel minyak jangka panjang kepada Malaysia yang telah kita meterai. Kemudian Turkmenistan satu berita yang sangat baik untuk Malaysia, terutamanya kepada PETRONAS kerana menjamin, memberikan bekalan telaga gas yang di antara terbesar di dunia untuk kita kendalikan dan dijangka mengikut kenyataan PETRONAS semalam, usaha mengorek gali mengenai kawasan gas yang terbesar blok 9 dan 10 kalau tidak salah saya, akan bermula bulan Disember ini juga.
- Ini di kalangan yang agak paling cepat yang pernah berlaku, selalunya jangkaannya di antara satu setengah tahun hingga dua tahun untuk memulakan. Jadi kita boleh mulakan pada bulan Disember menetapkan bahawa Malaysia akan menjadi di antara pemilik gas yang di antara terbesar di dunia.
- Langkah lain ialah PMKS, kerana PMKS ini sangat strategik untuk kita, maka kita salurkan RM15 bilion dan RM5 bilion untuk yang ditetapkan untuk Bumiputera.
- Kemudian jaminan pembiayaan yang kita sebutkan baru-baru ini, dan kita minta seperti di DBKL, kos perniagaan bagi peniaga-peniaga kecil dan saya juga syorkan supaya Majlis Pembandaran dan kerajaan negeri juga mengambil tindakan yang sama kerana kos sewa untuk peniaga kecil itu terlalu tinggi. Jadi kita berikan contoh awal, DBKL turunkan ke 50% kos untuk peniaga kecil, kemudian yang berkuatkuasa 1 April 2026.
- MARA turun 20% dan kalau semua Majlis Pembandaran itu dapat menurunkan, jadi kos untuk peniaga itu dapat dikurangkan.
- Pada 20 April yang lalu, Kementerian Kewangan telah mengumumkan kelonggaran pelaksanaan e-Invois fasa 4 sehingga akhir tahun 2027 iaitu pengecualian interim duty import bagi pengimportan semula barangan buatan Malaysia sehingga Disember 2026.
SOALAN 1 TAMBAHAN 1
- Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat atas jawapan yang begitu detail dan terima kasih juga kerana menerima soalan saya ini.
- Yang Amat Berhormat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana akhirnya mampu menunaikan janji menurunkan harga minyak yang telah dijanjikan beberapa lama dahulu, menjadikan petrol RM1.99 seliter dan diesel RM2.10 seliter, walaupun untuk 200 liter.
- Cuma persoalannya ialah, semasa zaman Dato’ Seri Najib, minyak Brent pernah mencecah sehingga USD139 per barrel. USD139 per barrel. Dan ketika itu tak pernah berlaku pun naik minyak diesel sehingga RM6.10. Hari ini RM4.70 yang tak ada subsidi.
- Persoalan saya ialah kenapa hal tersebut berlaku dan Perdana Menteri sebelum jadi Perdana Menteri menjadikan alasan, “kenapa minyak tak turun, kerana dia tak jadi Perdana Menteri. Kerana kitakan negara pengeluar minyak. Jangan bandingkan negara kita dengan negara yang tak ada minyak. Kena bandingkan dengan Qatar, Saudi dan Brunei. Kamu tak reti jaga negara. PETRONAS kaut untung berbilion. Kerajaan jaga korporat, bukan jaga rakyat. UMNO nak sakau dan jika harga minyak naik, harga barang mesti naik”. Itu alasan sebelum Perdana Menteri.
- Bila dah jadi Perdana Menteri, alasan yang diberi yang pertama, ini masalah global. Yang kedua ialah jangan melalak. Dan yang ketiga, kalau rasa mahal, pindahlah ke Singapura dan Thailand. Itu jawapan-jawapan yang diberi.
- Persoalan saya ialah, kenapa hal tersebut berlaku zaman Bossku, tak naik sehingga naik sehingga RM6.10, atau RM4.70, sekarang minyak berada sekitar USD80 per barrel, menjadi RM4.70.
- Soalan cepu mas yang kedua kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, masalah Hormuz yang belum selesai, dan ekonomi serta politik pun tak stabil, adakah Perdana Menteri mencadangkan untuk nak mengembalikan suara rakyat, bubar Parlimen untuk pastikan politik lebih stabil dan ekonomi lebih stabil selepas ini?
Terima kasih Yang Dipertua.
JAWAPAN:
Terima kasih. Saya ni bagi peluang kepada Hulu Tengganu ni dan saya jawab. Baik.
- Pertamanya, kita kata mengapa dulu kita kata turunkan dan tak boleh turun lebih daripada ini? Jangan kita banding dengan negara-negara yang bukan pengeluar minyak, yang tinggi harganya. Harus banding dengan Qatar dan Saudi.
- Yang Berhormat Hulu Terengganu, harga minyak di Malaysia ini lebih rendah daripada Qatar dan Arab Saudi. Itu dia fakta yang pertama yang harus diingat. Cananglah bagaimanapun, kenyataannya sekarang.
- Tan Sri Yang di-Pertua, harga minyak kita lebih rendah, betul. Masa kita minta turun sikit RM1.50, harga minyak di Arab Saudi RM0.50. Sekarang kita sikit RM1.99, harga di Arab Saudi lebih daripada RM2.40. Dan Qatar malah UAE dua bulan lalu menaikkan harga minyak. UAE pengeluar minyak dan gas terbesar.
- Jadi ini kenyataan ekonomi yang berubah. Jadi kalau katakana, saya janji dulu minyak harus lebih rendah dari Arab Saudi, sudah ditunaikan.
- Yang keduanya, jadi kalau dibangkitkan tentang masa pentadbiran Dato’ Seri Najib, benar. Tetapi saya sebut tadi konteks betul. Dari segi dana pembiayaan keseluruhannya, itu sekarang jauh lebih tinggi, Yang Berhormat. Saya baca tadi, sebahagiannya tentang STR dan SARA, kemudian petroleum RON95 dan juga BUDI Diesel. Keseluruhannya bantuan itu jauh lebih tinggi daripada sebelumnya, kenyataan.
- Tapi saya tidak mahu bandingkan, keadaan itu mungkin berbeda dan pendapatan negara pun jauh lebih berkurangan daripada sekarang. Yang soal sekarang ini maknanya kalau berbeda ini saya sebutkan.
- Tapi kalau Yang Berhormat Hulu Terengganu merasakan ada cadangan lain tentang bagaimana boleh turunkan harga, saya boleh timbangkan. Saya tak ada masalah, kerana saya patut dengar dan saya setuju. Walaupun kita dalam MTEN sebelum ini mesyuarat tiap minggu, sekarang kurang sikit sebab kita tengok keadaan dah lebih terkawal.
- Tetapi, saya tidak pernah mengatakan bahawa kita punyai semua ubat yang mujarab dalam ekonomi dan kita harus dengar dan kita ubahsuai. Itu yang sebabnya mengapa dalam mesyuarat-mesyuarat kita, kita tidak hanya panggil menteri. Kita panggil wakil-wakil syarikat, wakil pekebun, dan mendengar pandangan mereka untuk kita ubahsuai di mana yang mampu.
- Tentang mendengar suara rakyat, kita dengar suara rakyat. Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan. Rakyat juga mahu ekonomi berkembang. Rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa.
- Jadi bagilah masa, kita ada mandat, sampai pilihan raya, bertempurlah pula. Saya tak ada masalah itu. Cuma jangan-jangan….masing-masing. Saya pun tak mahu terlalu yakin dan saya anggap Hulu Terengganu pun jangan terlalu yakin. Kerana kita, fatawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin.
SOALAN 2 TAMBAHAN 2
YB DATUK SERI UTAMA IR. HASNI BIN MOHAMMAD [SIMPANG RENGGAM]
- Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat kita membicarakan tentang laluan sempit yang strategik seperti Strait of Hormuz Kita juga ada laluan yang sempit yang juga penting seperti Straits of Malacca.
- Jadi yang Yang Amat Berhormat, adakah Kerajaan bersedia untuk membantu Ahli Parlimen untuk mendapatkan katakan expert hearing berkaitan dengan pandangan daripada International Maritime Organization sebagai contoh, untuk kita faham dengan lebih jelas tentang masa depan dari segi stabiliti ekonomi di laluan-laluan sempit ini Yang Amat Berhormat.
- Di Melaka sebagai contoh, kita ada isu penetapan sempadan yang masih lagi outstanding yang masih lagi tidak selesai antara Malaysia dengan Indonesia, Malaysia dengan Singapura. Jadi, adakah perkara-perkara itu ada dalam pertimbangan kerajaan Mmengambil pelajaran daripada apa yang berlaku di laluan sempit Street of Hormuz ini? Itu yang pertama.
- Kedua, elok kalau boleh apa pandangan Yang Amat Berhormat, Ahli-Ahli Parlimen diberi peluang untuk mendengar expert tentang daripada International Maritime Organization mungkin untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Terima kasih.
JAWAPAN:
- Terima kasih Simpang Renggam. Soal International Maritime Organization (IMO) ini selalunya dia terikat daripada UNCLOS 1982 dan kita pun memang setuju. Cuma penafsiran UNCLOS secara terperinci itu masih terserah kepada masing-masing negara.
- Umpamanya dalam menghadapi permasalahan sempadan di Laut China Selatan di antara Malaysia-China dan semua negara-negara ASEAN, apa yang diputuskan ialah oleh negara-negara ASEAN bahawa pertama, tertaluk kepada UNCLOS. Dan kita putuskan untuk ada Code of Conduct, kerana kita juga tahu tidak mudah kita selesaikan semua sekali masih ada pertikaian. Jadi Code of Conduct itu memastikan supaya tidak ada perseteruan dan ketegangan politik yang akan menjejaskan hubungan baik antara negara.
- Contoh yang baik juga ialah Joint Development Authority, sepertimana kita lakukan dengan Thailand dan sekarang dengan Vietnam. Maknanya walaupun kita tahu pertikaian itu sukar diselesaikan, masing-masing bawa hujah yang penting, kuat dan bawa umpamanya fakta-fakta sejarah sempadan dan sebagainya, tapi dalam kes pengalaman kita dengan Vietnam, kawasan pertikaian itu without prejudice, masih kekal milik kita atau milik mereka yang mereka usulkan, tapi kita lakukan Joint Development Authority supaya kita dapat bangunkan dan dua-dua negara dapat faedah. Itu yang kita lakukan.
- Malaysia sebagai negara maritim juga punyai masalah dengan semua negara sempadan; Brunei, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan negara-negara di Indochina dulunya, dan negara China. Tapi keputusan kita ialah pertama, cari jalan rundingan damai, cara damai.
- Dan keduanya, guna mekanisme pertamanya, dua hala – bilateral dan sekiranya ada lagi masalah, masih terikat dengan UNCLOS. Kerana UNCLOS 1982 itu bagi garis panduan yang jelas. Setakat ini dengan Brunei ada kemajuan yang besar hanya tinggal kawasan yang sedikit sahaja yang kita juga libatkan Kerajaan Negeri Sarawak, juga dengan Indonesia kawasan yang terlepas itu masih kita rundingkan dan melibatkan Kerajaan Sabah. Dalam tiap kali rundingan dua hala dengan Indonesia dengan Presiden Prabowo Subianto, saya libatkan juga kedua-dua Ketua Menteri dan Premier.
- Mengenai Thailand baru-baru ini umpamanya, telah dipersetujui dengan Perdana Menteri Anutin. Jadi saya tidak fikir dia terlalu masalah, kerana kita belajar dari pengalaman Selat Hormuz. Pertikaian sempadan kalau dia tidak tangani dengan bijaksana dan gunakan umpamanya sentimen-sentimen kemarahan kelompok tertentu, akan menjejaskan dan sekiranya ini berlarutan, maka timbul ketengangan tak dapat dihindari.
- Sebab itu pilihan kita Yang Berhormat Simpang Renggam, ialah terikat dengan perjanjian antarabangsa, tapi kalau jawapannya UNCLOS saja tak cukup. Sebab itu, di ASEAN, UNCLOS 1982 tambah lagi dengan (COC) Code of Conduct, dan ini yang sekarang dimuktamadkan oleh negara-negara ASEAN dengan China. Tetapi dengan negara-negara jiran, kita masih guna ruang sebaik mungkin dengan Singapura dengan Brunei dengan Filipina. Walaupun Filipina lebih rumit kerana isu Sabah yang masih dituntut, tapi dengan semua negara ASEAN lain kita pilih jalan rundingan walaupun kadang-kadang rundingan itu lebih kerap dan kalau ada kebuntuan, kita tangguhkan untuk runding semula.
SOALAN 2 TAMBAHAN 3
YANG BERHORMAT TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]
- Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat, dalam langkah yang kita ambil untuk mengurangkan impak, ada dua kategori yang saya lihat mereka menghadapi impak yang besar, yang pertamanya industri SME. Selain daripada mereka menghadapi kekangan kewangan.
- Lagi satu masalah yang mereka hadapi ialah tentang sumber tenaga kerja. Di mana terutamanya bagi kerja-kerja 3D iaitu dangerous, dirty dan juga Mereka sukar untuk dapat pekerja tempatan, dan mereka terpaksa bergantung kepada pekerja asing dan waktu sekarang ini, mereka menghadapi, ya, sungguhpun ada pekerja-pekerja asing yang sedia ada, permit mereka telah tamat, mereka tidak dapat memperbaharui atau dapat pekerja asing yang baru. Ini menjejaskan bisnes perniagaan mereka.
- Sungguhpun ekonomi tidak stabil, sebenarnya ada banyak kilang juga mendapat tempahan yang lebih, tambah, tetapi mereka tidak dapat menunaikan tempahan tersebut kerana masalah tenaga kerja ini, terutamanya pekerja asing. Jadi, apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan?
- Yang kedua, berkaitan dengan golongan muda, terutamanya mereka yang baru sahaja lepasan universiti. Bagaimana kita boleh bantu mereka? Sebab baru-baru ini Menteri Besar Johor, dia mengatakan, mencaci, dia mengatakan kita janji hapuskan PTPTN, tetapi kerajaan tak hapuskan. Ini yang disebut oleh Menteri Besar Johor sedangkan Menteri Pendidikan Tinggi yang menjaga PTPTN, dia daripada UMNO. Jadi adakah Yang Amat Berhormat boleh mempertimbangkan sekali lagi supaya kita hapuskan PTPTN tersebut. Terima kasih.
JAWAPAN:
- Terima kasih Kota Melaka… Ya, PTPTN tak apalah, saya akan bincang dengan baik kerana Menteri Besar Johor pun dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Jadi, kita runding dengan baik. Dan soal PTPTN itu kita bincang dengan Menteri KPT.
- Baik, tentang tenaga kerja ini memang isu rumit. Di mana negara di dunia pun, bila ada kebanjiran pekerja asing, ia akan menimbulkan reaksi daripada rakyat. Sepertimana kita faham reaksi terhadap masyarakat pekerja asing terutama Rohingya sekarang. Apalagi kalau mereka ini dikenali sebagai kelompok yang juga kadang-kadang melanggar peraturan atau mengambil alih pekerjaan tempat yang tradisional orang tempatan, di pasar-pasar raya dan sebagainya.
- Sebab itu kita setuju supaya penguatkuasaan lebih tegas. Yang ada permit, yang boleh meniaga, yang ada permit dan boleh bekerja. Kalau tidak, tindakan tegas harus diambil tanpa kira dia daripada kaum apa, termasuk Rohingya.
- Keputusan kita dan saya ucap tahniah kepada immigration, KPS dan badan-badan penguatkuasaan, kena mengambil tindakan yang tegas. Ini juga akan mengundang kritikan, kerana seolah-olah kita tidak adil kepada pekerja asing, tapi mana-mana negara pun mesti ada peraturan. Kalau peraturan dipatuhi, sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing, kita akan beri perlindungan. Tapi kalau peraturan dilanggar, tempat-tempat perniagaan dirampas, tentunya akan menimbulkan reaksi negatif.
- Jadi sebaiknya, badan penguatkuasaan harus tegas. Kita memerlukan tenaga pekerja asing, itu satu kenyataan. Tapi yang ada di Malaysia pun ramai, dah berjuta. Yang diperlukan berjuta. Jadi, patut ada sekarang penyelarasan supaya yang sudah ada di Malaysia itu diberikan tempat bekerja daripada diimport lagi dari luar, kerana kita tahu sindiket pekerja asing pun adalah satu hal yang membebankan selama puluhan tahun dan menjadi tempat untuk orang mengaut kekayaan.
- Jadi sebab itu, bagi saya, isu ini harus ditangani kerana ada beberapa sektor pekerjaan yang memang diperlukan. Ada yang kata restoran kecil dan sebagainya, tapi harus diteliti oleh kedua-dua Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Dalam Negeri dari sudut keselamatannya.
- Tetapi pokoknya saya setuju dua perkara. Pertama, ada keperluan untuk menambah pekerja asing, tetapi harus ikut saluran dan peraturannya. Yang kedua, yang ada di sini, yang melanggar peraturan yang sedia ada, tindakan tegas harus diambil.
- Soal umpamanya, kepentingan golongan muda, kerana keutamaan kita adalah di mana sahaja peluang pekerjaan yang ada mesti diberikan keutamaan kepada anak tempatan. Sekarang ini, banyak syarikat-syarikat kerana dia minta tenaga profesional. Jadi, kita pada peringkat awal mudah memberikan keizinan. Ada agensi-agensi yang beri mudah, tapi kita boleh kata ini tak benar.
- Umpamanya untuk AI, tetapi yang bekerja itu untuk bukan di peringkat kemahiran dan kepakaran, kadang-kadang untuk HR, Human Resource punya Department. Jadi tak munasabah, rakyat Malaysia tak boleh. Sebab itu, kita sekarang telah tidak memberikan kemudahan kepada agensi-agensi memilih sesuka hati, tetapi harus teliti dan pertahankan syarat-syarat yang ketat.
- Kalau kita perlu kemahiran, kepakaran dari segi semikonduktor ataupun AI, kita boleh bawa. Tetapi jangan guna alasan itu untuk bawa dalam satu syarikat dengan tenaga kerja yang bukan mahir. Dan ini yang kita sedang usahakan.
