TEKS VERBATIM JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI SEMASA SESI PMQT 24 FEBRUARI 2026 DAN SOALAN DUA DAN SOALAN TAMBAHAN
TEKS VERBATIM
YAB PERDANA MENTERI
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA,
PENGGAL KELIMA PARLIMEN KELIMA BELAS
PERTANYAAN : WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
DARIPADA : YB DATO’ SERI DR.SHAHIDAN BIN
KASIM [ARAU]
TARIKH : 3 FEBRUARI 2026 (SELASA)
SOALAN
Minta PERDANA MENTERI menyatakan status siasatan PDRM berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan Kerajaan, ancamannya terhadap demokrasi berparlimen serta sama ada siasatan melibatkan unsur penyelewengan atau penyalahgunaan wang negara.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
- Terima kasih Arau. Soalan ini ada kaitan juga dengan apa yang disuarakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, termasuk semalam Kota Bharu, Kubang Kerian dan kini Arau, iaitu apakah ada alasan yang kukuh yang membuktikan ada percubaan gugatan kuasa asing atau pihak asing dalam mengugat keselamatan dalam negara.
- Mengikut siasatan awal, dari Ogos 2024 hingga projek yang dikemukakan itu ditetapkan timeline-nya, dari Ogos sehingga tarikh Pilihan Raya Umum (PRU), itu agak menarik, berpengkalan di luar negara dengan dana yang besar, didukung oleh warga tempatan dan strateginya itu adalah untuk merencana satu kegiatan, mempertikai Kerajaan yang ada dan usaha-usaha yang jalankan dan akan tamat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
- Hal ini Yang di-Pertua, masih dalam siasatan. Jadi sebab itu, saya tidak cenderung untuk menyebut nama atau tempat, tetapi saya umumkan berdasarkan maklumat yang telah sampai dan dalam siasatan PDRM kerana dalam laporan itu, dalam rekod itu, dengan syarikat dan badan-badan dan tokoh-tokoh berkenaan, itu sudah ada enam (6) kali perjumpaan pada tahun 2025 di dalam dan di luar negara.
- Untuk penjelasan, saya nak singgung di sini beberapa cebisan, sedutan dari rekod yang diperolehi tanpa menyebut nama bahawa daripada Ogos itu ditekankan strategi mereka untuk mendapatkan maklumat dan mempengaruhi melalui International Round Table, International NGOs dan melalui itu akan menggunakan International Push.
- Kemudian, brief Bloomberg untuk tindakan selanjutnya. Kemudian, tapi yang mendorong kegiatan ini adalah kerana siasatan rasuah oleh SPRM yang berskala besar. Itu yang menyebabkan mereka terpanggil untuk bertindak menggunakan kekuatan pengaruh luar dan dalam negara. Dan strategi mereka sepertimana yang disebut sebahagiannya, yang tadi saya quote dari rekod syarikat internasional berkenaan, yang menyebut umpamanya untuk menghubungi semua media asing dengan strategi mempertikai usaha kerajaan khususnya SPRM. Kemudian menggunakan kekuatan dan contact dengan negara-negara luar, dengan tujuan memberi naratif mempertikai kewibawaan negara Malaysia dan Kerajaan dan mengatur gerakan melalui Parlimen Malaysia ini yang membimbangkan kita.
- Disebut disitu untuk utilise contact among Parliamentarians untuk mengugat. Berdasarkan beberapa fakta kukuh yang telah dirangka kemas dalam dokumen yang diperolehi dan sebahagiannya yang saya baca tadi, pihak PDRM telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
- Jadi yang terperinci tentang jumlah saksi dan sebagainya itu saya serah kepada polis, tetapi yang saya nak tekankan di sini sebagai rumusannya, PR company yang berkenaan akan menggunakan sebaik boleh newspaper editors journalist. Dua, publish a legal analysis untuk mempertikai langkah-langkah diambil oleh Kerajaan. Dan ketiga, menetapkan dan mempengaruhi questions to be raised in Parliament tentang isu ini. Berikutnya, mempengaruhi melalui hubungan dengan menulis right to bankers setting out their strategy, maknanya ada sampaikan pengaruh melalui bankers dan question motivation of PM, itu tak apa political, kemudian memuji, mencari jalan menggunakan seluruh International media network mereka, memuji tokoh-tokoh tertentu yang di dalam siasatan, ia termasuk rasuah yang ada sekarang dikaitkan dan diminta supaya diberikan penghormatan dan penghargaan dan dipuji. Dan ini lebih kukuh dengan menggunakan International Media, tapi dua (2) kali disebut khusus tentang Bloomberg yang disebut dalam muka surat tiga dan empat dalam strategi mereka.
- Itulah sebabnya mengapa saya katakan perkara ini tidak boleh dipandang serius. Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia juga maklum dibangkitkan janganlah sampai esok dah terlanjur, tidak terkawal, baru kita agak ambil tindakan. Jadi kesiapsiagaan, kewaspadaan itu perlu yang merentas kepentingan parti atau kelompok.
SOALAN 2 (TAMBAHAN 1)
Yang Amat Berhomat,
Yang pertama tadi, kalau dalam siasatan itu ialah usahanya untuk mempertahankan maruah keluarga Tun Daim Zainuddin. Dia bukan melibatkan usaha untuk menjatuhkan negara.
Tetapi pada MalaysiaNow, ini laporan daripada MalaysiaNow. MalaysiaNow telah juga melaporkan salah satu daripada puluhan e-mel yang dilihat oleh MalaysiaNow. Perseus Strategies, firma guaman dan perunding politik berpangkalan di Washington yang dipimpin oleh peguam Jared Genser membincangkan strategi dengan beberapa pemimpin PKR, berusaha meyakinkan pentadbiran Presiden Barack Obama ketika itu supaya memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia, Dato’ Seri Najib ketika berlaku skandal 1MDB.
Hal ini melibatkan negara Yang Amat Berhomat, apa yang tadi melibatkan keluarga? Jadi dari segi perbandingan, apakah yang dibuat oleh PKR masa itu, tak salah? Tapi orang yang cuba mempertahankan keluarga ini, salah?
Nak tanyalah, Yang Amat Berhormat. Bukan tak perlu terang panjang-panjang. Cuma nak minta penjelasan. Salah, tak salah itu sahaja.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
- Terima kasih, Arau. Terima kasih, Arau. Saya rasa saya tidak mahu menjadikan ini gelanggang politik parti ataupun kes. Ini bagi saya, minta mohon Arau sabar dan meneliti laporan dulu. Ini bukan soal Tun Daim Zainuddin peribadi. Ini soal, kalau baca report umpamanya, hubungan dengan penasihat Menteri untuk ada hubungan, Menteri Luar Negara dan ini bukan sekadar lobi kebebasan. Ini mempertikai seluruh sistem negara dan mempertikai kedudukan Kerajaan.
- Jadi saya baca setakat yang, kalau Yang Berhormat Arau dengar satu, dia bukan semata kes untuk pertahankan satu tokoh. Betul dia nak angkat kedudukan tokoh tersebut. Tetapi yang dikemukakan dalam laporan itu, itu mempertikaikan seluruh sistem dalam negara ini. Dan rencana untuk menjatuhkan Kerajaan kerana timeline itu dari Ogos sehingga pilihan raya. Ini bukan soal sekadar membebaskan seseorang daripada pertuduhan. Jadi saya mohon dalam kes ini, mungkin saya tidak dapat berikan penerangan yang lebih daripada itu, tapi sekurang-kurangnya, dengar dulu penjelasan Majlis Keselamatan Negara ataupun PDRM.
- Dan ini yang saya baca sebahagiannya tadi, kalau Arau dengarlah bahawa yang dibangkitkan itu bukan hanya specific case, dia bangkitkan itu pertikai seluruh sistem dalam negara. Sebab itu kita anggap ini satu hal yang serius, umpamanya melibatkan bankers international, ini apa dia? Untuk menjejaskan kekuatan ekonomi kita. Takkan itu pun nak sokong kerana politik berbeda? Kerana ada kearifan, kewajaran, memikir dan merenung di antara kepentingan parti dan kepentingan negara.
- Saya sebut sini saja, bankers mendapatkan penyertaan ahli-ahli politik mempertikai di Parlimen, ya kalau soalannya itu soalan tentang kes, okey atau tentang tidak adil, okey. Tapi ini pressure and accountability and mempertikai kewibawaan sistem negara dan institusi-institusi dalam negara. Maklumat saya dinasihatkan oleh PDRM dan Jabatan Peguam Negara supaya terhad, supaya jangan kaitkan nama ataupun syarikat atau negara kerana masih dalam proses siasatan. Itulah sebabnya, kalau tidak saya boleh anggap terbuka ya.
- Tapi yang saya nak rayu satu saja, kita ambil sikap terbuka. Kerana sebahagian saya dengar semalam, sebahagian daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat pembangkang juga faham. Jangan kita naif ataupun tidak mengikuti bahawa bila main soal kepentingan negara, ya soal kritik saya terima, saya tidak pernah lapor oleh kerana Ahli-Ahli Yang Berhormat kritik Perdana Menteri, maka itu jadi isu. Saya jawab kadang-kadang. Tetapi ini bukan soal kritik kepada Perdana Menteri. Ini usaha sabotaj Kerajaan dan negara.
- Apa hubungan untuk perancangan teliti menggunakan international media dan bankers daripada masa itu sehingga pilihan raya? Saya tidak fikir, sekarang saya faham, saya tidak fikir semua orang yang di pembangkang akan merestui walaupun katanya ini mungkin memberi manfaat kepada mereka, untuk bersekongkol dengan usaha yang sedemikian.
- Dan kalau besok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu, itu di antara kelompok Zionis terkemuka. Kelompok Zionis terkemuka, digunakan dalam program ini, projek ini dan nanti tunggu sabar entah seminggu, dua minggu, bila keadaan ini terbongkar, boleh diceritakan. Apa kita nak pilih nak pertahan? Tak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis ini, memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza. Dan apatah lagi dengan kenyataan kita semalam. Terima kasih.
SOALAN 2 (TAMBAHAN 2): YB TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI (JELUTONG)
Yang di-Pertua, saya ingin tanya soalan tambahan kepada Perdana Menteri. Saya dengar dengan tekun tadi bahawa rancangan ini bermula pada tahun Ogos 2024 melibatkan bank, melibatkan media massa dan juga didokong oleh warga tempatan dan dijangka akan berterusan sehingga pilihan raya yang akan datang.
Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah ini merupakan isu yang amat serius, di mana ada kuasa luar yang ingin campur tangan dalam negara kita. Bagaimana Kerajaan akan menjamin pilihan raya yang akan datang itu adalah pilihan raya yang tidak akan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan Kerajaan kita dan menguasai masa depan negara kita.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
- Terima kasih Jelutong. Saya percaya sebahagian besar daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat, sama ada sebelah sini dan juga pembangkang akan bersama saya untuk menjamin satu pilihan raya yang telus tanpa campur tangan asing. Saya yakin kerana saya juga kenal ramai tokoh-tokoh pembangkang yang mungkin tidak setuju dari segi parti dengan saya, tetapi tidak akan bersekongkol. Itu saya yakin. Satu dua orang yang lain saya tak tahu saya kena tanya Arau selepas ini. Tetapi umumnya saya yakin.
- Kalau ini ada, maka perlu mungkin berdasarkan laporan ini sebaik ada maklumat tambahan dan boleh diizinkan oleh Jabatan Peguam Negara dan PDRM dan Badan-Badan Penguatkuasaan, kalau perlu saya boleh memanggil atau biar Majlis Keselamatan Negara boleh selaraskan satu perjumpaan dengan wakil-wakil Kerajaan dan wakil-wakil Pembangkang. Kerana bagi saya ini tidak terikat dengan parti, tetapi soal keselamatan atau national security dan kita tahu Malaysia seperti mana Yang Berhormat Pembangkang bersama semalam dalam kes seperti kecaman kita terhadap Israel dan Amerika semalam, itu satu-satu negara saya teliti seluruh liputan media, Malaysia itu di antara yang paling keras.
Yang di-Pertua,
- Tentunya kita tahu dia juga mengundang perhatian dari maklumat terkini, memang ada radar yang memantau dan mempunyai penjelasan mengapa Malaysia mengambil sikap yang bagi mereka terlalu keras. Saya tidak anggap keras, saya anggap adil. Saya anggap berkemanusiaan. Saya anggap ini satu langkah yang mempertahankan hak rakyat dan kebetulan itu di Iran, kita pertahankan.
- Tetapi yang saya nak jelaskan ialah ia tidak mudah mematikan tohmahan bahawa kita itu nampak bersekongkol dengan kelompok-kelompok yang dianggap pro-pengganas, yang saya tidak boleh terima tohmahan sedemikian.
- Jadi kalau ini berlaku, ini juga akan mengesahkan pandangan yang saya kemukakan terkait dengan kes ini dan kenyataan-kenyataan kita dalam isu Palestin dan Gaza sebelum ini.
- Jadi sebab itu saya harap Arau dan rakan-rakan beri kerjasama sekurang-kurangnya dengar penyelasan PDRM dan selepas ini saya percaya Majlis Keselamatan Negara boleh menyelaraskan perjumpaan supaya rakan-rakan dari Pembangkang juga turut hadir dan mendengar apakah kita boleh bersama bekerja membantu menyelamatkan negara dan keselamatan negara kita.
