Integriti

INTEGRITI

Komitmen Kerajaan adalah untuk mencapai aspirasi agar Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah
Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia

KEMASKINI

KEYNOTE SPEECH BY YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD PRIME MINISTER OF MALAYSIA AT THE OFFICIAL LAUNCHING PERDANA INTERNATIONAL ANTI-CORRUPTION CHAMPION FOUNDATION 11 FEBRUARY 2020 (TUESDAY), 8.30 PM | MARRIOTT HOTEL, PUTRAJAYA 1. It is indeed a significant occasion today as we gather to launch the Perdana International Anti- Corruption Champion Foundation or PIACCF. 2. This foundation will be responsible for the International Anti-Corruption Champion Fund and complement the aspirations of the United Nations Convention Against Corruption (UNCAC). 3. What makes this fund special and at the same time important is because it acts as a support system for anti-corruption ...
Selanjutnya
/ Integriti, Ucapan
PUTRAJAYA, 11 Feb -- Mendiang Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais dan Ketua Penyiasat Komisi Pembanterasan Rasuah Indonesia, Novel Baswedan penerima pertama Anugerah Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana 2020. Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena pelancaran Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana (PIACCF), di sini malam ini. Dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata anugerah itu adalah lambang penghargaan PIACCF kepada semua pegawai berani yang telah menderita dalam menegakkan integriti mereka. “Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada semua di seluruh dunia yang telah berkorban masa, nyawa dan komitmen dalam menamatkan ancaman rasuah,” katanya. Kevin Morais, Timbalan Pendakwa Raya ...
Selanjutnya
/ Berita, Integriti
PUTRAJAYA, 11 Feb -- Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana (PIACCF) dilancarkan di sini malam ini oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. PIACCF akan bertanggungjawab untuk Dana Juara Antirasuah Antarabangsa dan melengkapi aspirasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Rasuah (UNCAC). Dr Mahathir berkata dana itu penting kerana ia bertindak sebagai sistem sokongan untuk pegawai antirasuah yang telah menjadi mangsa, diancam dan dianiaya kerana menjalankan tugas mereka. "Kita tahu bahawa memerangi dan mendedahkan rasuah merupakan (pekerjaan) sangat berbahaya dan dunia telah menyaksikan ramai orang yang cuba berbuat demikian, menerima padah, malah sehingga melibatkan nyawa mereka," katanya pada majlis pelancaran itu ...
Selanjutnya
/ Berita, Galeri Gambar, Integriti
Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi ‘offset’. Dalam menjawab soalan dari pihak media beliau menekankan bahawa ia adalah prosedur biasa untuk kerajaan meminta ‘offset’ di dalam pembelian berharga tinggi. Beliau tidak pernah menyatakan AirAsia mendapat manfaat daripada prosedur ini. Perdana Menteri menambah jika wang disalurkan kepada individu maka ia adalah rasuah. Jika bukan untuk kepentingan peribadi, maka beliau berpandangan ia bukanlah rasuah. Beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada ia adalah rasuah ataupun tidak. Laporan media bahawa Perdana Menteri mengatakan tuduhan pemberian rasuah ...
Selanjutnya
/ Integriti, Kenyataan Media
PUTRAJAYA, 6 Feb -- Kementerian Pendidikan sedang giat melaksanakan usaha untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan menggantikannya dengan undang-undang yang lebih baik dan komprehensif, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata usaha itu selaras dengan Janji 50 Kerajaan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan kewibawaan universiti awam dan pendidikan tinggi. "Saya berharap agar akta baharu yang menggantikan AUKU kelak akan menjurus kepada kualiti dan kecemerlangan universiti bagi mewujudkan institut pengajian tinggi yang peka dan berupaya untuk bertindak balas dengan keperluan perubahan persekitaran," katanya. Pada majlis amanat dan ...
Selanjutnya
/ Berita, Integriti
KUALA LUMPUR, 30 Jan -- Setahun selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, imej kleptokrat yang dikaitkan dengan Malaysia sebelum ini berjaya dikikis sekaligus meletakkan integriti negara kembali dihormati, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Hari ini Perdana Menteri Malaysia tidak lagi disabitkan dengan tuduhan mencuri dana awam untuk kepentingan peribadi,” katanya. Secara langsung, kedudukan Malaysia meningkat dari tangga ke 61 ke 51 di Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2019 seperti yang dilapor Transparency International Malaysia (TI-M) baru-baru ini, katanya dalam perutusan setahun pelancaran NACP 2019-2023 hari ini. Dr Mahathir berkata, menilai prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sejak ...
Selanjutnya
/ Berita, Integriti
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat menteri-menteri, pegawai-pegawai tertinggi dalam Pejabat Perdana Menteri, Seterusnya hadirin sekalian yang ada kaitan dengan segala urusan pelaksanaan dasar-dasar daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO). Kita tahu bahawa kumpulan kita ini memain peranan yang amat penting. Sama ada negara kita ini dibangun ataupun tidak bergantung banyak kepada kita semua. Iaitu, bukan saja jentera kerajaan tetapi juga menteri-menteri yang berkaitan. Kerjasama antara menteri dengan pegawai-pegawai amatlah penting dan kita harus ketepikan perasaan peribadi untuk menentukan bahawa segala dasar untuk membangunkan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita telah perkenalkan dasar ...
Selanjutnya
/ Integriti, Kemakmuran Bersama, Ucapan
KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Sidang Kemuncak KL bertindak sebagai kerjasama strategik untuk melengkapkan usaha yang dilakukan oleh gabungan negara Islam sedia ada seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D-8). Perdana menteri berkata semua negara Islam dipelawa menyertai usaha ini dalam perbincangan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada masa akan datang yang akan dijenamakan semula sebagai Dialog Perdana, bermula 2020. Dr Mahathir, sebagai pengerusi Sidang Kemuncak KL, berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan edisi 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. Kenyataan Pengerusi ...
Selanjutnya
/ Berita, Integriti

777 total views, 3 views today

Share: