
Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri komited dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan, terutamanya semasa pandemik COVID-19 melanda.
Atas sebab itu, PENJANA atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara telah diperkenalkan. Kerajaan mengambil pendekatan yang terangkum dan holistik ke arah pemulihan semula ekonomi Malaysia dan adalah penting kepada semua untuk menyertai pelan ini.
Untuk itu, PENJANA akan memberi fokus kepada 3 teras :
- Memperkasakan Rakyat
- Melonjakkan Perniagaan
- Merangsang Ekonomi
Untuk maklumat lanjut, sila lawati Laman Web PENJANA.
Berikut merupakan beberapa inisiatif yang diperkenalkan di bawah PENJANA untuk rujukan pantas:
Program Subsidi Upah
Menggalakkan pengekalan pekerja dan mengurangkan kehilangan pekerjaan melalui penambahbaikan program subsidi upah sedia ada. Majikan diberi subsidi upah untuk mengekalkan pekerja mereka yang berpendapatan RM 4,000 ke bawah.
Perlindungan Sosial bagi Pekerja Ekonomi Gig
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi gig dan menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja ekonomi gig
PENJANA Kerjaya
Program Insentif Pengambilan Pekerja, Penjana Kerjaya adalah satu inisiatif pemulihan ekonomi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditadbir oleh Perkhidmatan Pekerjaan Nasional PERKESO bertujuan untuk mempromosi peluang pekerjaan yang diwujudkan dikalangan majikan di samping meningkatkan prospek pekerjaan. #PENJANAKERJAYA
Bantuan Khas Pengurusan Taska
Insentif untuk menggalakkan pusat asuhan kanak-kanak mengamalkan norma baharu dan pengiktarafan premis
Bantuan Sosial bagi Golongan Mudah Terjejas
Meringankan beban golongan mudah terjejas seperti ibu tunggal dan OKU
Internet untuk Pembelajaran dan Produktiviti
Meluaskan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi
Kemudahan Pengeluaran i-Lestari KWSP
Kemudahan Pengeluaran i-Lestari KWSP bertujuan sebagai bantuan kewangan untuk membantu ahl-ahli KWSP semasa pandemik COVID-19 dan berkuatkuasa sehingga 31 Mac 2021.
Pengeluaran Pra-Persaraan SPS
Membenarkan pengeluaran pra-persaraan sehingga RM 1,500 daripada Skim Persaraan Swasta (SPS) akaun B tanpa penalti cukai mulai April hingga Disember 2020
Dana Bantuan PKS
Tambahan dana RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro melalui BSN pada kadar faedah 2% tanpa cagaran Pembiayaan sehingga RM300 ribu kepada PKS dengan rekod perniagaan kurang 4 tahun di bawah CGC
Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro
PKS dan PKS mikro akan digalakkan beralih kepada digitalisasi perniagaan melalui program yang dibiayai bersama di antara kerajaan dan platform e-dagang. Platform e-dagang yang terlibat akan menyediakan kemudahan latihan, subsidi jualan dan khidmat sokongan jualan kepada yang layak
Geran Automasi SMART
PKS dan syarikat pertengahan dalam sektor perkhidmatan kini dapat memulai perjalanan penggunaan digital mereka dan meningkatkan kemampuan digital mereka untuk terus berusaha maju dalam norma baru ini. Setiap permohonan yang berjaya akan menerima hingga 50% dari jumlah kos projek, tertakluk kepada had maksimum hingga RM200,000 atau mana-mana yang lebih rendah, melalui pemberian geran padanan ini.
Pusat Sehenti MyAssist SME
Menawarkan bimbingan dan membantu proses pemulihan perniagaan bagi PKS
Sebuah platform sehenti yang menyediakan bimbingan perniagaan dalam talian untuk PKS akan diwujudkan untuk meningkatkan akses kepada SMEHub yang sedia ada.
Pembiayaan Mudah Bumiputera
Memastikan kelangsungan usahawan Bumiputera melalui sokongan kewangan yang boleh didapatkan daripada PUNB dan MARA
Skim SME-Go
Menyediakan pembiayaan kepada kontraktor kecil bagi memulakan pelaksanaan projek-projek Kerajaan. Pembiayaan akan diberi oleh Bank SME menerusi MySMEBina untuk projek pembinaan atau infrastruktur atau/dan MySMEBekal untuk projek pembekalan atau penyelenggaraan.
Kempen Shop Malaysia Online
Kempen ‘Shop Malaysia Online’ adalah untuk menggalakkan pembelian melalui platform e-dagang dengan menggunakan e-baucar yang turut dibiayai oleh Kerajaan dan platform e-dagang
Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA
Membiayai inisiatif transformasi oleh PKS dalam sektor pelancongan untuk memastikan kelangsungan dan daya saing dalam norma baharu
Geran Padanan Impak Sosial (SIM Grant)
Inisiatif Geran Padanan Impak Sosial yang bernilai RM10 juta ini merupakan inisiatif PENJANA yang diperkenalkan untuk menyokong perusahaan sosial dan inovasi sosial di Malaysia. Untuk setiap ringgit yang didapati melalui crowdfunding, geran ini akan memadankan amaun tersebut dalam nisbah 1:1
Kempen Beli Barangan Malaysia
Menggalakkan penggunaan barangan dan perkhidmatan tempatan melalui Kempen “Beli Barangan Malaysia”, termasuk mewajibkan penandaan barang buatan tempatan bagi rangkaian pasaraya dan mewujudkan saluran khusus untuk produk Malaysia di platform e-dagang utama.
ePenjana
Menggalakkan penggunaan e-dompet yang memudahcara penjarakan sosial untuk menjaga keselamatan pengguna disamping menggalakkan perbelanjaan pengguna
Sandbox
Inovasi dan Teknologi Nasional
Menggalakkan pengembangan inovasi dan kreativiti yang dapat memangkin pendigitalan penyampaian perkhidmatan
Dana PENJANA Nasional
Menggalakkan pelaburan antarabangsa ke pasaran modal teroka tempatan untuk menyokong usaha pendigitalan perniagaan tempatan
Sokongan Sektor Pertanian dan Makanan
Menyediakan bantuan kewangan kepada industri pertanian dan makanan yang terjejas akibat COVID-19 dan PKP