SHELL TAMBAH PELABURAN LEBIH RM9 BILION DI MALAYSIA

17 Jun 2025
Sewaktu bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell, Wael Sawan tengah hari tadi, beliau menyatakan komitmen pelaburan tambahan melebihi RM9 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, sekali gus mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat kita.
 
Keputusan ini, yang memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab tenaga serantau, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi negara yang mampan serta hala tuju Kerajaan MADANI yang jelas.
 
Share: