LAWATAN DAN TINJAUAN KE MARKAS UTAMA MAPIM UNTUK GLOBAL SUMUD FLOTILLA OLEH YAB PERDANA MENTERI
2 Oktober 2025
Seluruh dunia menyanjung keberanian para pejuang kemanusiaan, termasuk 34 wira Malaysia dalam Sumud Flotilla yang tidak gentar meredah badai demi Palestin. Semangat kalian membelah resah, meruntuhkan tembok kezaliman dan menyalakan harapan dunia bahawa keadilan pasti akan tertegak.
Dari tanah air, doa dan sokongan rakyat Malaysia tidak akan pernah putus. Kami akan terus bersama kalian dan keluarga, memastikan perjuangan ini teguh berdiri hingga tiba ke bumi Gaza.