BELANJAWAN 2021 – #TeguhKita #MenangBersama

“Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar buat Rakyat Malaysia. Peperangan melawan COVID-19 dan memastikan kelangsungan hidup Rakyat dapat dilihat melalui 4 pakej rangsangan ekonomi. Semangat perpaduan dan kerjasama kita yang merentas kepelbagaian kaum, agama dan fahaman politik juga telah membuktikan bahawa kita mampu mengharungi rintangan ini bersama.

Dalam melangkah ke tahun 2021, Kerajaan telah menambah baik komitmen #Belanjawan2021, hasil dari mendengar suara Rakyat menerusi pelbagai saluran, termasuk cadangan Ahli-Ahli Yang Berhormat dari semua belah pihak, demi Kemenangan Rakyat. Saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan kepada MOF dalam menyediakan Belanjawan 2021. Kami mungkin tidak sempurna tetapi kami mendengar. Saya percaya dengan kekuatan perpaduan dan semangat Kerjasama yang telah kita kecapi, InsyaAllah kita akan memang”

– YB SENATOR DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan

Similar Posts:

Posted on November 28, 2020
110 views
Share:
Tatal ke atas
Kajian Kepuasan Pelanggan