TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: SAMBUTAN HARI GAWAI 2025

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

SAMBUTAN HARI GAWAI 2025

  

22 JUN 2025 | AHAD | 8.00 MALAM

 

BORNEO CONVENTION CENTRE, 

KUCHING SARAWAK

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak,

Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan       

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah

binti Mohd. Sanusi;

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang

Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg,

Premier Sarawak; 

Kita doakan ‘afiyah syafakallah kepada isteri beliau di hospital.

Beliau terpaksa meninggalkan majlis untuk bersama ke hospital.

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid bin

Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan

Desa dan Wilayah;

Yang Berhormat Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali

Basah,

Yang di-Pertua Dewan Negara;

Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar,

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak;

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari,      

Dato’ Menteri Besar Selangor;

Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Premier Sarawak;

Yang Berhormat Ahli-ahli Jemaah Menteri Persekutuan dan

Sarawak;

Rakan-rakan yang saya muliakan;

Terutama Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang menjadi pengerusi: dan

Yang Berhormat Datuk Gerawat Gala,

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak;

  1. Datuk Gerawat Gala dalam ucapan dia sebut tentang Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari katanya visionary, inovative and firm. Saya gurau dengan Abang Jo memang firm, memang betul. Sebab dalam perundingan kita dalam beberapa isu, saya hormati beliau kerana beliau cekal dan tegas mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak, firm, tetapi tidak pernah mengabaikan kenyataan supaya kita dapat maju dan berjaya dalam mengharungi liku-liku dan mengangkat martabat Sarawak dan Malaysia bersama.
  1. Jadi sempena sambutan Gawai Dayak di Sarawak ini, saya, dengan rakan-rakan TPM Datuk Seri Zahid, dan rakan-rakan rasa bangga dapat bersama-sama. Kehadiran saya walaupun Datuk Gerawat Gala kata kali kedua, sebenarnya kali ketiga, dia memang terpukau dengan majlis ini dengan warna warni dia terlupa satu tahun.
  1. Tapi inilah semangat Peji Kenep Panau Pegep, Segulai Sejalai, indi awang indi asung. Tapi ‘segulai sejalai’ itu saya sudah jadikan ini moto dalam belanjawan, dalam ucapan-ucapan di seluruh negara dan sekarang menjadi moto bahasa Malaysia yang penting ‘segulai sejalai’ dan ini juga saya belajar dari semangat dan persiapan Gawai sebelum ini.
  1. Sebab itu apa yang ditekankan oleh Premier sebentar tadi dan saya ingat semangat dengan kehadiran TYT untuk menaungi perpaduan rakyat Sarawak, menyantuni semua budaya yang akan membina kekuatan kita. Saya selalu sering menyatakan di negeri-negeri kita ada pilihan. Menjadikan kepelbagaian sebagai medan perseteruan. Menunjukkan kehebatan dan keegoan kita. Meremehkan, merendahkan darjat orang lain. Seperti yang berlaku di banyak negara, malah pernah berlaku juga kepincangan, perseteruan, pergelutan dalam sejarah negara kita.
  1. Banyak negara-negara lain sampai sekarang permusuhan kaum, suku kaum, agama itu akhirnya membebankan negara, memiskinkan rakyat, dan menghampakan cita-cita ibu bapa dan anak-anak kita atau sebaliknya kita ambil pilihan yang lebih positi, perbedaan, ya, tetapi apakah tidak harus kita bangga bahawa kepelbagaian ini menjadikan kita ini satu medan untuk memupuk perpaduan dan kekuatan baru? Dan inilah semangat ini harus ada. Kita anjurkan umpamanya Majlis ASEAN, Negara-negara Teluk GCC dan China, dan dianggap oleh rakan-rakan sebagai satu kejayaan. Menghimpunkan negara-negara ASEAN itu biasa. Tapi menghimpunkan negara ASEAN dengan Arab yang kaya, Negara Teluk itu bukan mudah, apa lagi disertai oleh negara China.
  1. Bulan sebelumnya, kehadiran Presiden Xi Jinping, bulan berikutnya oleh Premier Li Qiang. Dalam setiap majlis, setiap pertunjukan, kita pamerkan kekuatan kita, kekuatan kaum-kaum, kekuatan budaya, kekuatan seni yang indah. Mereka ada akui bahawa jarang mereka dapat menyaksikan. Bukan sekadar kita menampilkan perbedaan Semenanjung, Sabah, Sarawak dengan pelbagai keindahan seni budaya mereka. Bukan sekarang menampilkan, tapi kita tunjuk rasa bangga kita dengan kekuatan suku-suku kaum di negara kita. Inilah rahsia kejayaan kita dan saudara-saudari di Sarawak harus pertahankan ini untuk menjamin keselamatan Sarawak dan Malaysia seluruhnya.
  1. Saya memang bincang beberapa kali tentang isu negeri-negeri, bukan khusus Sarawak. Kita ada Johor–Singapore Special Economic Zone yang menjadi tumpuan pelaburan rantau dan dunia. Kita dulunya Kulim Hi-Tech dan sekarang Kerian Integrated Green Teknology. Kita ada di Sabah, Blue Ocean Strategy. Jadi, tidak ada salah kalau di bawah pimpinan Premier Abang Jo dan kekuatan Sarawak, kita bangunkan Sarawak sebagai gergasi dan hab tenaga utama di rantau kita yang akan membanggakan rakyat Sarawak dan Malaysia keseluruhannya.
  1. Saya berusaha menyampaikan kepada kawan-kawan saya pemimpin-pemimpin negara ASEAN. Di antara strategi dan teras utama ASEAN adalah ASEAN Power Grid, connectivity and digitalization. Itu di antara dua, selain beberapa perkara yang ditekankan, termasuk dalam Kuala Lumpur Declaration 2045 yang disepakati oleh semua pemimpin-pemimpin ASEAN.
  1. Apa makna ASEAN Power Grid? Itu menerima kenyataan baru bahawa kuasa alternatif hidro dan gas daripada Vietnam masuk ke grid di Kelantan, turun ke Johor ke Singapura. Ada rancangan dari Sarawak dengan kekuatan hidro, gas, hidrogen untuk menerobos, bukan sahaja dari Sarawak ke Sabah, ke Kalimantan, Indonesia sehingga hingga ke selatan Filipina. Kemudian cadangan yang kita harus percepatkan dan pesatkan supaya ada undersea cable Semenanjung ke Singapura ke Batam.
  1. Hari Jumaat ini saya akan menemui Presiden Prabowo Subianto, bukan juga working visit, tetapi ini kerana sudah empat (4) kali dia datang ke Kuala Lumpur menemui saya, makan tengah hari atau malam, bincang sebagai sahabat. Jadi, wajarlah saya ziarah dia sekali, hari jumaat ini. Dan saya sudah beritahu kepada Premier Abang Jo, di antara tajuk utama saya hendak bincang dengan Presiden Prabowo Subianto ialah ASEAN Power Grid yang berpangkalan di Sarawak untuk manfaat kedua-dua negeri ini.
  1. Sebab itu saya mahu rakan-rakan baik di Semenanjung dan di Sabah dan juga rakan-rakan di Sarawak lihat kekuatan ini. Hubungan baik, Kerajaan Perpaduan MADANI, Semenanjung, Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Persahabatan dan saling hormat-menghormati di antara Perdana Menteri dan juga Premier, itu menjadi satu bentuk ikatan untuk meleraikan beberapa masalah. Semua penyelesaian kita tidak mungkin menyenangkan semua pihak. Di Semenanjung, saya masih dengar tohmahan bahawa Anwar dipaksa, dan diugut, untuk mempertahankan kuasa dia, maka dia memberikan laluan yang mudah kepada Sarawak.
  1. Di sini, ada juga golongan elit kecil yang menyerang Premier Abang Jo, seolah-olah tidak tegas dalam rundingan. Orang-orang ini, dia bicara tanpa melihat kepada fakta dan menyebabkan keresahan terus berlaku. Tapi percayalah saudara-saudara, bahawa semua rundingan ini tidak mudah. Tapi kalau kita pegang pada prinsip, kita mahu semua kawasan di wilayah kita maju. Prinsip bahawa tidak ada masyarakat dan kawasan kota, pinggir kota, desa dan pedalaman yang dipinggirkan. Tidak harus ada kemakmuran, kekayaan yang melimpah, tetapi kemiskinan terbiar. Dan kalau ada semangat itu, kita tidak terikat dengan suku kaum dan negeri.
  2. Sebab itu saya dalam Belanjawan menyatakan dengan terang, keputusan kita untuk menyediakan peruntukan terbesar untuk Sabah, Sarawak termasuk negeri-negeri miskin di Semenanjung, itu bukan kerana ugutan tetapi kerana tanggungjawab kita sebagai pemerintah yang adil untuk menjamin keselesaan bagi semua.
  1. Dan saya memilih untuk memenuhi semangat Gawai untuk menyatakan ini kepada rakan-rakan saya di sini. Tidak adil untuk diberikan ruang kepada orang menyerang, seolah-olah Premier Sarawak dan Timbalan-Timbalan Premier Sarawak serta Kerajaan Sarawak nampak berlembut, tidak. Saya tahu benar, kerana saya mengepalai rundingan-rundingan peringkat akhir. Memang sukar, kerana Panglima-Panglima Sarawak ini semua bukan sahaja firm tetapi keras.
  1. Tetapi saya faham, mereka membawa aspirasi rakyat. Mereka mahu supaya perasaan gelisah, terpinggir sekian lama itu dimartabatkan. Dan saya melihat dari segi semangat MA63 – Malaysia Agreement 1963 itu, yang sebenarnya dipelopori oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sendiri. Saya harus menyatakan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang memulakan ruang, jalan dan saya hanya cuba meneruskan.
  1. Kita ambil contoh umpamanya PETRONAS-PETROS, terumbang-ambing ya, biasa. PETRONAS sudah bertapak lama dengan Petroleum Development Act 1974 (PDA 74) yang dianggap sebagai suatu syarikat negara, bukan syarikat Semenanjung. Kemudian muncul keupayaan, kesedaran Sarawak yang merasakan sudah sampai ketikanya mereka mempelopori dan mengasaskan syarikat mereka sendiri, jadi kita harus terima. Malaysia dan Sarawak bukan tahun 70-an atau 80-an. Sekarang sudah sampai di mana anak-anak muda cukup kelayakan, cukup pendedahan di PETRONAS, di Shell dan beberapa syarikat dan mereka merasakan harus diberi ruang kepada PETROS, terutama dalam menentukan pengaliran dan distribution gas di Sarawak.
  1. Saya fikir dari segi itu, maknanya win-win situation. Dan untuk itu umpamanya, kita bincang tetapi biasa perbincangan ini, kerana kita sudah bertapak dalam asas yang lama, mengambil sedikit waktu. Dan kita serahkan kepada pegawai-pegawai, pengurusan, menteri-menteri tetapi saya sangat yakin, kerana saya tahu akhirnya rakan-rakan di Sarawak, Menteri-menterinya dan Premier-nya tahu, akhirnya kepentingan Sarawak dipertahankan, kepentingan negara harus dipertahankan.
  1. Sama dengan semangat saya. Saya tidak mahu umpamanya, negara keseluruhannya berasa tertekan dan rugi. Dan saya juga tidak mahu Sarawak, anak-anak Sarawak merasakan mereka itu tidak dihargai dan kedudukan mereka terpinggir. Maka sebab itulah akhirnya kita memeteraikan ini. Bahawa kemajuan kita, kalau industri minyak dan gas, memang memerlukan PETRONAS, dan untuk Sarawak, memerlukan PETROS. Kalau kita terima kenyataan itu, kita perlu dua-dua untuk sepakat, untuk angkat martabat Sarawak dan negara, saya yakin ini akan selamat.

Saudara-saudara,

  1. Minggu lalu, Pengerusi, Chief Executive Officer, and President of ConocoPhillips was in Kuala Lumpur to attend the Energy Asia Conference, organized by PETRONAS. He was at my office, and there was a day when YB Datuk Alexander Nanta Linggi, organized ini Kementerian Kerja Raya (KKR) the Gawai Festival for his ministry. I said, fine. When Tun Dr S Samy Vellu was a Minister, he organized a Deepavali Festival. What is the problem of having a Dayak Minister organizing a Gawai Festival? I said, okay, fine, I will attend. And unlike the Gawai Festival celebrated here in Sarawak, in Kuala Lumpur it is more meaningful because then it gives exposure and understanding, and believe me and YB Datuk Alexander Nanta Linggi intensifies to this.

 

  1. And he was apparently delighted with the spirit, the cooperation of all races; the Malays, the Chinese, the Indians in that celebration, looking at Gawai as part of their cultural festival in Kuala Lumpur. And seeing that enthusiasm and excitement, I then kept somewhat the red Dayak attire, or the Iban attire and then when I received the ConocoPhillips’ Chief, Ryan Lance I was in that attire. Of course, he was saying, ‘what funny tribal chief is this.’ I said to him “You see, I take great pride in informing you that I just finished attending or just left this function organized by my colleagues to celebrate Gawai Festival”.

 

  1. So, I told him about Sarawak, about the beauty of the culture, and that’s what we have to do, and I take great pride as a Malaysian to speak to this one of the great multibillion-dollar company, probably on the biggest oil companies in the world, and number one in the United States. He himself Ryan Lance, is a colleague of Donald Trump, the President and I then to get upon myself to show how proud I am as a Prime Minister of this great country to share the beauty and strength of the cultural festival called Gawai.

 

  1. That’s why I was there in that dress until the late evening, (Datin Seri) Azizah was curious “why are you in that dress?”. But I mean, let me just express my profound gratitude to our friends in Sarawak, the Dayaks and this time of course Orang-orang Ulu to take their meant to convene this festival and tell you in all honesty that Alhamdulillah, praise be to Allah, we are in a great country and a great state of Sarawak.

 

  1. We will have to work together to ensure that there are peace and security in this country. Never underestimate the potential problems if you are disunited. The geopolitical condition so challenging and alarming. The future is never certain, but what we can ensure is a united Malaysia. What we can assure is that leaders of integrity, respect principles of good governance and rid the country of accesses, corruption and abuse of power.

 

  1. Clarity of policies, digitalization or digital transformation, or energy transition remained focus in what we have to do. Work hard, diligently, indefatigably to support that agenda and to be mindful, the moment we crack, there will forces in this country and overseas foreigner would try to sabotage the relative achievement thus far.

 

  1. I would appeal to you, my colleagues. While rejoicing this great Gawai festival, always be reminded there is so much at stake. Malaysia emerged a respectable country. We have now become a hub for semiconductor, data centre and artificial intelligence in the region. Even the most what we called once remote province called Sarawak in those days, now has become a major attraction for international foreign direct investments. From Kuala Lumpur to China, to Moscow, to Davos. Those of you who follow my speech in Davos, I mentioned specifically the huge potential of this great state Sarawak to become the hub for energy and progress in the region.

 

  1. Sekali lagi Tuan Yang Terutama Tun, terima kasih atas kesabaran Tun dengar kuliah saya malam ini dan saya ingin akhiri dengan menyatakan penghargaan kepada Tun dan Toh Puan kerana apa yang saya bicarakan terutama dalam MA63, orang Sarawak bertuah kerana ada TYT yang sebenarnya kuat mempelopori perubahan ini.
  1. Kepada rakan-rakan Sarawak, kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid dan rakan-rakan Jemaah Menteri, saya ambil kesempatan ni depan kawan-kawan di Sarawak bahawa apa yang kita capai selama ini tidak mungkin berlaku tanpa dukungan dan kerjasama saudara-saudara.

 

Terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.