TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI

 

 TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

 

MAJLIS PELUNCURAN

SEKOLAH ANGKAT MADANI

 

 

20 JUN 2025 | JUMAAT | 3:00 PETANG

 

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC PUTRAJAYA)

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;

Saya dulu kalau guraunya, kalau naik kapal itu Haji. Kalau naik kapal terbang – pesawat dia jadi al-haj, itu cerita dulu bergurau sahaja.

Baik, dan rakan-rakan yang saya muliakan.

  1. Saya hari ini seperti juga Fadlina sebutkan tadi agak luar biasa bangga. Kerana intipati dan makna MADANI, negara MADANI itu cuba kita isi melalui program. Bila kita lontarkan idea ini, mulanya Sejati MADANI. Kampung-Kampung setiap kampung ataupun pinggir bandar, Komuniti Desa, pedalaman, maksimum RM 100,000 dan dikemukakan idea dia sendiri.
  2. Ada yang beli tractor, ada yang guna drone, ada yang ternak ikan, ayam, lembu dan pelbagai. Tidak cukup kemudian KSN dan pegawai penjawat awam kanan rasakan mereka harus terlibat secara langsung. Jadi ada Kampung Angkat MADANI. Menteri, Timbalan Menteri, pegawai-pegawai kanan pilih kampung mereka sendiri. Sebaiknya kampung asal mereka yang melihat seluruh aspek pembangunan desa itu. Masalah mutu pendidikan, kemudahan asas, dari masjid, jalan, masalah dadah di kalangan anak muda, masalah pengangguran, kemiskinan tegar, itu sekurang-kurangnya dia lihat daripada perancangan. KSU Kementerian Ekonomi umpamanya dia rancang makro. Suruh dia pergi ke turun ke kampung dan lihat apakah yang dapat diterjemahkan? KSP yang memang besar di budaya bangsa, kita suruh terjun pergi ke kampung. Ya, jadi begitu keadaan dia dan, alhamdulillah sambutan baik jadi.
  1. Kefahaman perancang di peringkat atas itu tidak sama apabila mereka terdedah dengan kenyataan di bawah. Saya pilih Cherok Tok Kun, walaupun contoh saya tidak begitu baik kerana saya tidak ada waktu terjun ke bawah dan menemui mereka berulang kali.
  1. Kena difikirkan soal kemudiannya bagaimana melibatkan. sektor swasta. Yang memang pun terlibat. Tapi tidak dalam skala besar. Semua syarikat TNB, Petronas, syarikat Maxis, Yinson, YTL semuanya. Ini masalah bila saya sebut, beberapa tak sebut yang lain kecil hati, kalau saya sebut semua sampai 5 petang karang, jadi mewakilinya semua ya. Baik.
  1. Tetapi kita rasa bagaimana kalau kita nak perkenalkan satu Program Sekolah Angkat MADANI dengan parameters dan struktur yang lebih tersusun dan kerjasama langsung dengan Kementerian Pendidikan. Jadi, saya ucap terima kasih kepada Fadhlina, KSU, KPPA dan seluruh jentera Kementerian Pendidikan, terutama guru-guru yang sambut dengan sangat positif. Guru-guru tidak mewakili pandangan dan kami dah tahu kami dah boleh kendalikan jangan ganggu, tidak ada sikap begitu. Dia bersedia dan berlapang dada menerima input baru.
  1. Jadi itulah rancangannya daripada mulanya kita perbincangan awal saya dengan KSN, KSP, kita kata kalau boleh kita luncurkan program dengan 300, baik kemudian kita kata 500, dan sekarang sambutan syarikat-syarikat Kerajaan dan sektor swasta Malaysia ini luar biasa kita boleh cecah 1,000 sekolah dan luncur hari ini.
  1. Jadi apa yang harus saya saudara-saudara lakukan? Dan saya nak sebut di sini guru-guru harus balik dari sekolah dan masing masing dah beritahu. Bila syarikat-syarikat ini urus dengan baik kadang-kadang dapat menerobos pasaran luar negara. Saya masih ingat Yinson sampai ke Brazil. Proton sampai ke Mesir. Petronas sampai dekat Angola. Banyak yang lain-lain, YTL projek besar sampai di UK tetapi saya salute mereka kerana mereka berpangkalan di Malaysia dan masih tanggungjawab untuk membangunkan negara mereka sendiri. Jadi kita terima kasih.
  1. Jadi sebab itu kita tidak mahu ada salah faham. Kita mahu syarikat-syarikat ini diurus dengan baik, Kerajaan beri kerjasama supaya dipercepatkan proses dan ini disebut reform pentadbiran awam yang lebih cekap dan keuntungan itu yang tentunya hak dan milik syarikat dan pemiliknya. Tetapi dapat juga diagihkan bukan sekadar CSR tetapi memenuhi maksud compassion, ihsan yang cuba di lengkapkan dalam kerangka Negara MADANI.
  1. Apa yang saya kita harapkan dari saudara-saudara? Tentulah sedikit sumber kewangan untuk lengkapi kemudahan-kemudahan di sekolah, kalau kita lihat sekarang ini kebanyakan sekolah di pinggir bandar yang mendapat faedah, tidak semuanya tapi sebahagian. Sebab itu rencana kita ini harus melibatkan penyertaan syarikat dan lebar, melebar jaringannya keseluruh negara. Ini yang kita cuba lakukan. Ada dari Negeri Pahang cikgu? mana Pahang? Oh, terima kasih. Dari Sarawak? Okey. Perlis? Okey. Pulau Pinang? Okey baik. Jadi kita teruskan program ini. Maknanya semua syarikat yang bertapak di semua tempat. Apa yang kita harapkan daripada syarikat? Kemudahan asas sedikit sebanyak dari segi dana, tetapi satu hal yang saya hendak tekankan dan penting. Syarikat-syarikat ini dan tokoh-tokoh korporat dan pengurus ini punyai pengalaman dan kalau diperkenalkan kepada pelajar-pelajar, siapa dia pengurus syarikat atau presiden, CEO satu syarikat. Operasinya sekian, keupayaannya sekian. Jadi anak-anak itu akan tertarik dengan tokoh itu dan kalau boleh, kalau tak sempat sebulan sekali, dua tiga bulan sekali ataupun dua kali setahun, turunlah sendiri ke sekolah, diperkenalkan ke sekolah, beri jamuan teh sedikit kepada anak-anak dan terangkan apa makna pendidikan, bagaimana pendidikan boleh merubah dari segi mobiliti sosial. Ini saya rasa satu pendekatan yang baik.
  1. Kerana kita tidak upaya umpamanya dapat beberapa orang dari pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pendidikan sahaja. Tetapi, kalau ada penglibatan tokoh-tokoh ini, syarikat-syarikat besar dan mungkin tujuh, lapan orang yang boleh ditugaskan, saya tidak membebankan kerana fokus dan tugas kerja saudara sudah cukup banyak. Tapi kalau katalah dua kali setahun ke sekolah untuk satu dua jam, saya ingat akan memberikan hasil yang lebih baik.
  1. Ada program bersama dengan Kementerian Sains yang sama. Semua saintis kita, cuma saintis di Akademi Sains dan saintis Kerajaan dan universiti diminta turun ke sekolah, ke lapangan. Pada masa itu untuk menggalakkan anak-anak meminati STEM. Kita tahu keperluan penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik itu penting. Jadi, perancangan itu diteruskan. Baru-baru ini saya dapat senarai daripada Menteri Sains, 100 orang saintis yang turun ke sekolah untuk sampaikan pandangan ini.
  1. Jadi saya harap dapat kita lihat, kadang-kadang orang sedang memikirkan hanya dari segi kemudahan asas itu satu perkara. Tapi yang penting juga disiplin mereka. Saya tadi bicara dengan YB Fadhlina tentang masalah dadah dalam masyarakat yang agak serius. Semua masalah yang melibatkan keluarga, baik kemiskinan, baik kemudahan asas itu harus ditangani. Dan baiknya ialah bila saudara saudari dekati mereka saudara tahu masalah negara ini. Kadang-kadang saya lihat naratif yang dibawa ini dalam perdebatan-perdebatan di luar itu hanya mewakili kepentingan-kepentingan masing-masing. Dia tak lihat dan cuba faham masalah di pedalaman Sabah, ataupun di hulu Pahang. Itu semua masalah-masalah berbeda dan kita masih berdepan dengan masalah-masalah asas yang harus kita tangani.
  1. Dari segi kerajaan saudara-saudara tahu, peruntukan Kementerian Pendidikan ini yang pertama, nombor satu. Saya bangga kerana negara ini memberikan tumpuan besar. Tapi syukur kerana kita ada capai keamanan, ketenteraman negara, PDRM, angkatan bersenjata keseluruhannya, tentera, itu dapat membantu mengawal menjamin keamanan. Kita di rantau ASEAN yang dianggap di antara paling damai di dunia.
  1. Kalau ada sedikit-sedikit di Myanmar yang cuba kita uruskan, kemudian baru-baru ini sedikit ketegangan di antara Sempadan Thailand dan Kemboja. Itu yang matinya seorang, itu pun kita anggap satu sebagai satu perkara yang serius. Berbeda dengan apa yang berlaku di Gaza atau sekarang Perang Iran-Israel. Akibat keganasan Israel di rantau itu. Itu jauh lebih serius menyebabkan negara-negara terpaksa tertumpu dalam memusatkan perhatian dalam bidang-bidang yang lain.
  1. Untuk tahun 2025, banyak peruntukan Kementerian Pendidikan itu bertambah dari RM58 bilion ringgit setahun sebelumnya kepada RM64 bilion. Apakah cukup? Belum. Masalah tandas sekolah pun belum selesai. Saya tadi sembahyang Jumaat di kawasan Puchong Dalam, kawasan kampung sikit belah Puchong. Puchong bukan semua bandar, belah kawasan dalam. Setiap kali lepas sembahyang Jumaat, nanti saya WhatsApp kepada Menteri. Kerana ada sahaja dan kalau tanya pelajar-pelajar sekolah itu, sekolah rendah, sekolah menengah, tanya guru semua hadir ke? Tak, ada tak datang. Nama apa? Dia bagi nama Salmah ke apa. Guru dia ajar apa? Dia ajar Sains. Tapi saya kata dia tak hadir, ada relief teacher? Ada tapi lambat sikit. Guru tak hadir sebab apa? Tak tahu katanya bersalin. Kalau bersalin, biarlah, adalah alasannya.
  1. Saya tanya tandas berapa ada di sekolah? Tak tahu. Berapa rosak? Yang rosak tu dua, tapi yang dinding satu rosak. Jadi dia bagi dan hampir walaupun kita belanja hampir RM1 bilion tahun lalu dan sebelumnya untuk baiki tandas. Ini soal maintenance kita begitu lama yang terbiar dan ketinggalan. Jadi saya punya feedback, begitu ya? Kalau PMX tanya Menteri, dia kata, takpa takpa Dato’ Seri don’t worry, everything is handled, don’t worry, tu kalau Menteri. Pergi ke budak sekolah ni, yes ada tandas dua rosak.
  1. Jadi, itu dari segi belanjalah. Pagi tadi di Perhimpunan Kementerian Kewangan saya terangkan soal kemiskinan, soal bantuan-bantuan yang meningkat. Gaji penjawat awam, saudara-saudara di swasta tahu gaji penjawat awam tu relative gapnya terlalu tinggi. Kerana 12 tahun tak ada revision, salary revision. Jadi kita buat, tapi ada kos. Tambahan untuk tahun ini sahaja RM10 bilion. Untuk tahun 2026 tambahannya itu RM18 bilion. Jadi ini semua memerlukan pengurusan yang cekap, yang berhemah dan beberapa inisiatif percukaian yang penting terutama untuk pendidikan, hospital. Saudara-saudara yang biasa ke hospital Kerajaan, sesak. Koridor pun digunakan untuk letakkan katil. Maknanya kita kena terus meningkatkan perbelanjaan untuk membantu hal ini.
  1. Jadi bila sektor swasta, terutama yang berjaya membantu. Tentunya ia memberikan sedikit kelegaan kepada kita. Saya bukan nak ambil, selalu saudara tahu memang kadang-kadang saya nak tegur. Syarikat kita untung berbilion, gaji pekerja terlalu rendah, rumah sesak macam sangkar. Jadi saya tegur, tetapi kalau sumbangan mereka tu real, okey bila kita minta kerjasama tu nanti akan dibacakan sebahagian senarai. Itu tak ada yang menolak, paling minima dua sekolah dia bagi bantu. Ada yang mampu, ada 10 sekolah. Ada syarikat lebih besar dia bagi 30 sekolah. Tetapi inilah kenyataan di Malaysia ini. Bahawa bila kita minta dan terangkan dengan baik dan dia yakin dengan pengurusan. Ini yang menariknya saudara sendiri guna wang dan belanja sendiri, dia tak ada lagi perantaraan. Saya dah minta Kementerian Pendidikan bagi kerjasama sepenuhnya di semua peringkat. Jangan banyak sangat soal, orang nak bantu, ini senarai sekolah, kerja kita mempermudahkan dan mempercepatkan. Jangan terlalu menekankan soal titik bengit soal peraturan dan sebagainya.
  1. Hormat bahawa nak masuk sekolah kena maklum dahulu jangan langgar sahaja, tidak boleh. Dan waktu ditentukan oleh pihak sekolah. Dan saya tengok di antara lain, umpamanya Yayasan Sime Darby, dia pilih juga sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Pulau Carey, Timur. Guru besar Cikgu Uthaya, ada? Mana? Haa okey ya. Pasti cikgu ya? Dia kena cepat dan tak boleh konyong-konyong tak boleh, dia kena cepat bagi kerjasama. Terima kasih Cikgu Uthaya. Kemudian Cikgu Tan Suat Bee, SJK (C) Ladang Siliau. Ada? Oh okey. Itu, Sime Darby.
  1. Yayasan Petronas dia pilih Gua Musang. Yang Petronas pilih Gua Musang ada minyak mana Gua Musang? Kalau Pengerang ke, saya fahamlah, Kerteh (nada seloroh). Ini cari Gua Musang, tapi baguslah bagus. Cikgu Zamri, Penolong Kanan, SMK Paloh. Ada? Mana? Haa okey. Saya pernah pergi dulu masa saya Menteri Pendidikan. Ya, Paloh. Dan ada cerita, boleh-boleh selingan sikit. Saya pergi dan sekolah tu memang jauhlah, teruk dan ada sungai tepi belakang itu dan kita naik jip. Kemudian dan maknanya untuk keluarga tu kena cross sungai juga masa tu. Ya lama dahulu semasa saya Menteri Pendidikan. Jadi tak apa saya pergi rasmi itu dan balik. Kemudian saya pun lama-kelamaan berehat di Istana hinggap Sungai Buloh.
  1. Salah seorang pengawal di situ, dia kata Dato’ Seri pernah pergi sekolah di Paloh itu, Paloh 2 tak silap saya, Kawasan pedalaman dan masyarakat itu agak pendapatan rendah. Saya kata, ya betul. Ayah saya tak suka. Sebab apa? Ayah saya memang kesal, sebab dia terpaksa dukung anak yang sekolah itu, dia kata adik dia tu dan dalam dukung nak merentas sungai itu kasut jatuh, hilang. Jadi sebab Menteri nak pergi jumpa Menteri, arahan ni, kasut kena beli baru. Ya Allah. Jadi, saya pun kata gini boleh tak saya tulis surat sikit kepada bapa, minta maaf atas ingatan dan insya-Allah saya akan kenang Sekolah Kebangsaan, masa itu Sekolah Kebangsaan Paloh dan saya akan cuba bagi bantuan tambahan.
  1. Jadi surat tak boleh hantar, jadi saya menyeludup surat. Saya dari segi itu pakar penyeludupan surat. Jadi Sekolah Menengah Paloh, please ya tengok lihat SMK Paloh, SK Paloh, kita tolonglah bagi bantuan tambahan sikit kerana saya kenang kasut hilang.
  1. Cikgu Masturainy, Guru Besar SK Tok Sera, Pahang. Baik cikgu okey. Cikgu nampak sihat, Guru Besar. Berapa orang pelajar? Besar sekolah? 800? Besar sekolah. Yang ini Yayasan UEM. Mana ada lebuh raya di situ. Tapi itulah bagus UEM, terima kasihlah. Petronas, UEM terima kasih banyaklah. Susah payah.
  1. Saya duk fikir masa saya nak rancang dulu saya fikir baik UEM ambil sekolah dekat lebuh raya, Petronas ambil kawasan- kawasan dekat dengan carigali dia dan kawasan-kawasan pelabuhan seperti Pengerang dan sebagainya. Jadi itu pandangan saya. Tapi rupa-rupanya orang korporat ini jauh lebih baik dan berjaya daripada itu. Terima kasih. Yayasan UEM siapa tadi? You kena pergi sendiri tau sekolah itu.
  1. Cikgu Ahmad Fadhli, Guru PK Pentadbiran SK Mukut, Pulau Tioman. Mana? Oh sana-sana, okey okey, dah duduk Pulau Tioman, angkat tangan pun tak tinggi (nada seloroh). Yang ini di bawah Yayasan TM. Okey, terima kasih. Ini lebih baik daripada bila saya dengan KSN dan Fadhlina rancang, kita rancang ini program syarikat korporat yang kendali ikut keupayaan mereka yang agak dekat tidak membebankan. Tapi yang ini dia ambil pendekatan yang lebih bertanggungjawab kerana kalau ikut macam di Tioman ke atau Sekolah Kebangsaan Tok Sera mana ada projek besar, lebuh raya pun tak ada, dari gali minyak tak ada. Tapi syarikat-syarikat ini ambil alih. Terima kasih banyak.
  1. Ini satu cabaran kepada guru-guru dan kemudian bagi tahu kepada ibu bapa negara ini negara MADANI. Tak banyak negara yang saya tahu yang ada rancangan, memang ada CSR sikit- sikit, tapi tidak ada yang dirancang secara teratur begitu. Sejati MADANI hampir setiap kampung negara kita, cecah peringkat awal RM1 bilion. Kampung Angkat MADANI dan sekarang Sekolah Angkat MADANI. Di mana syarikat-syarikat dan pegawai-pegawai tinggi turun ke bawah untuk menyantuni mereka dan cuba meringankan beban mereka.
  1. Jadi hari ini kita saksikan, alhamdulillah satu kebanggaan kita semua. Bahawa apa yang kita rencanakan, penghayatan semangat MADANI itu nampak dimengerti. It is beyond CSR. We are talking about compassion. When taking a responsibility to build this nation together to ensure that no one is left behind. Is no point talking about purely by impressive rowth figures, investment figures, if we do choose to neglect the poor and the marginalise. This to me is a remarkable feat and this could only happen to the full support of ministries, particularly Ministry of Education, civil service, public service and of course the teachers, committed teachers enthusiastic, that’s why I choose to go and meet them first to thank them. And most reassuring the commitment of our corporate leaders. Thank you very much.
  1. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya meluncurkan Sekolah Angkat MADANI.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.