
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI
2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
19 APRIL 2025 | SABTU | 12.00 TENGAH HARI
STADIUM PERPADUAN, PETRA JAYA, SARAWAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Segulai Sejalai.
Alhamdulillah,
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.
Waalaalihi wasahbihi ajmain.
Saudara saya,
YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg,
Premier Sarawak;
YAB Dato’ Sri Fadillah bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri 2 merangkap Menteri PETRA;
Yang Berhormat Speaker Dewan Negara;
YB Ahli Jemaah Menteri;
YB Timbalan-timbalan Premier;
YB Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Alhamdulillah kita dapat bersama-sama menyambut Aidilfitri di bumi kenyalang. Aidilfitri ini memang kita tahu hanya satu hari tetapi semangat kita sambut untuk bermaafan silaturahim, jalin hubungan antara kaum, antara agama yang pelbagai, itu yang menyebabkan kita sambut dan memberi kekuatan kepada kita. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan Kementerian dan Kerajaan negeri Sarawak yang memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan program ini agar kita dapat bersama-sama dengan rakyat di negeri Sarawak.
- Premier YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari ada menyebut tentang perkembangan semasa. Memang kita lihat sebelum itu kekuatan ekonomi kita yang lebih mantap melonjak dan Sarawak sekarang di samping itu telah memberi sumbangan yang besar. Di mana-mana negara saya pergi, baik Eropah, China atau Jepun, apa lagi negara di ASEAN, kita anggap Sarawak ini punya potensi yang besar sebagai energy hub of the region.
- Sarawak itu menjadi pusat kita. Memang kita bekerjasama di Persekutuan ini dengan negeri-negeri. Ada negeri yang agak mencatat kemajuan yang lebih awal dan kadang-kadang memberi sumbangan membangunkan negeri. Tetapi seperti mana saya sebut tadi, setelah taklimat negeri, saya katakan satu-satu negeri yang memberi peruntukan daripada dana negeri untuk membangunkan infrastruktur; jambatan, lebuh raya dan bekalan air; yang paling besar dibandingkan dengan semua negeri, ini adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Salute dan terima kasih.
- Ini kerana kerana sistem politik yang stabil, kerana pimpinan yang punyai wawasan kepimpinan yang tegas, yang punyai idea dan sentiasa menimba pengalaman pengalaman baru, yang mencungkil bakat-bakat yang ada keupayaan. Jadi untuk itu saya ucap terima kasih dan penghargaan yang tinggi dan saya salute pada sahabat saya, Premier YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari.
- Tetapi dalam keadaan kita bersyukur kepada Allah SWT, syukur ini Kadang-kadang kita dapat manfaat, kita anggap semuanya biasa, tidak. Sebab itu Al-Quran mengingatkan kita orang yang baik itu adalah orang yang mengerti bersyukur, la’in syakartum, la-aziidannakum, wa la-in kafartum, inna ‘adzaabi la-syadiid. Maknanya dia minta kita bersyukur Atas nikmat, syukur pada Allah, atas nikmat kita dapat. Apa nikmatnya? Kita hidup sihat. Apa nikmatnya? negeri aman. Apa nikmatnya? Ekonomi subur. Apa nikmatnya? Kemudahan sekolah, pendidikan, lebuh raya. Baik, apa nikmatnya lagi? Pimpinan yang dengar pandangan dan keluhan rakyat, baiki kelemahan-kelemahan kita, betulkan tatakelola kita dan jaga dari anak kecil sehinggalah ibu bapa kita yang sudah dewasa, itu syukur.
- Kadang-kadang kita lupa syukur. Jangan kita kufur menolak nikmat tuhan. Kalau kita menolak, asyik maki, asyik marah, asyik tidak pernah kenang budi, asyik tidak pernah reti apa erti bersyukur dan nikmat, bebal, marah terus menerus, nah ini bahaya takut azab yang pedih akan menimpa kita. Jadi semangat bermaafan, syukur harus ada di kalangan kita.
- Apa lagi dalam keadaan dunia yang tidak menentu. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif, menggemparkan. Negara kita 24%, ada negara 50%. Indonesia dan Thailand dalam 30%. Jadi apa yang kita harus lakukan? Ia harus mengingatkan kita. Kita kena siap jaga rumah tangga kita kena betul, negeri kita dan ekonomi kita. Supaya apabila ada malapetaka yang menimpa, kita dapat bertahan.
- Ini yang disebut daya tahan. Supaya kita ada daya saing. Jadi insya-Allah kita dapat tangani dengan baik. Kalau Sarawak kukuh ekonominya, Malaysia tumpu perhatian; beri pendidikan dan pendedahan kepada anak kita dengan baik, tingkatkan mutu pendidikan, mutu latihan, mutu penyelidikan, pastikan ada pemikiran baru.
- Seperti mana di Sarawak, tadi diberikan taklimat tentang hala tuju negeri dari segi tenaga, gas, ada keupayaan dan keupayaan itu untuk apa? Untuk bangunkan negeri. Untuk adakan prasarana baru. Adakan pusat-pusat latihan dan pendedahan keterampilan bagi anak-anak muda. Ini semua diberikan dan saya, tentunya seperti mana yang disebut oleh Premier, sebagai bapa bila lihat, dengar anak-anaknya laju kerja, ada idea baru bawa kemudahan, jadi kita dalam Kerajaan Persekutuan, tentulah jawab apa? Alhamdulillah, teruskan dengan usaha-usaha yang baik itu dan ini yang kita sambut tadi pandangan dan cadangan daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
- Mana ada yang tidak ada masalah? Ada. Rundingan kita dalam keluarga. Rundingan kita dalam negeri dan Persekutuan, ada tapi runding dengan baik kerana kita nak selamatkan negara kita ini. Negara yang ada masyarakat pelbagai kaum, pelbagai agama pelbagai wilayah, banyak negara-negara ini yang kecundang, sebab apa? Sebab masing-masing fikir kaum dia, kabilah dia, their own tribe, their own interest, dia tak fikir kerangka besar.
- Malaysia ini dengan Sarawak dan negeri-negeri fikir ke arah ke depan, jadi jaga supaya hubungan ini kekal dan baik, supaya kita angkat bersama. Orang tanya saya, saya asal Pulau Pinang. Kalau maju Pulau Pinang saya gembira. Maju Sarawak, saya gembira. Sebab ini akan menjadi pemangkin bagi pertumbuhan ekonomi negara, rakyat Sarawak supaya jangan ketinggalan.
- Sarawak bersama Malaysia tu agak lambat, dalam beberapa bidang dulu ketinggalan. Tapi sekarang keadaan berubah. Kalau ditanya umpamanya beberapa faedah kepada rakyat yang diberi sumbangan oleh Kerajaan Negeri, Sarawak di antara yang teratas. Kalau di bidang penyelidikan beberapa industri baru, apa lagi dalam industri tenaga dan gas, Sarawak nampak ke depan.
- Jadi bila kita ada beberapa idea baru untuk laksanakan Kerajaan Persekutuan nak jaga semua negeri. Ada negeri miskin seperti Terengganu, Kelantan. Ada beberapa daerah Hulu Pahang, Ulu Kedah, Perlis yang memerlukan dana.
- Kita kena fikir tu semua. Masalah banjir, kosnya tinggi. Tetapi kalau di Sarawak, kita boleh runding. Ada kes yang Kerajaan Sarawak sendiri gunakan dana Sarawak untuk bangunkan. Ada kes seumpamanya macam hospital kanser, Hospital kanser di Kuching, cadangannya baik tapi cadangan tu baru. Kerajaan Persekutuan harus sediakan dana satu bilion ringgit tapi bincang dengan baik, Kerajaan Negeri Sarawak dia tak apa kerana Sarawak akan dahulukan satu bilion, jalankan, dan Kerajaan Persekutuan akan bayar kemudian.
- Sebab itu saya kata kena segerakan. Bila tanya Dr. Sim, dia nak tambah lagi. Saya kata janganlah, buatlah dulu, cepat, jadi kurang-kurangnya bila ada hospital kanser, mana yang utama di seluruh Malaysia ini? Yang nombor satu itu di Kuching, itu sumbangan negara. Maknanya kalau tanya mana dia hospital kanser yang terbaik dalam negara kita, insya-Allah di Kuching, tak lama lagi dalam beberapa tahun ini.
- Jadi saudara-saudara, sebab itu saya katakan ada keperluan kita untuk meningkatkan usaha kita menjaga kepentingan kita bersama. Ada Cadangan-cadangan lain yang saya diminta untuk umumkan. Ada di Kementerian Pendidikan, projek-projek baru saya tidak akan bacakan. Sekolah-sekolah baharu, sekolah-sekolah menengah, sekolah kebangsaan di merata negeri di Sarawak, di daerah di Sarawak ini: di Sarikei, di Mukah, di Daro, di Sri Aman, di Saratok sama ada pembangunan semula sekolah ataupun sekolah-sekolah baharu.
- Jadi saya ucap terima kasih juga kepada semua Kementerian, KKR di bawah YB Alexander Nanta Linggi dan Kementerian Pendidikan dan saya hanya memesan di sini untuk meminta supaya semua projek ini jangan dilengahkan. Mesti dilaksanakan segera kerana rakyat mahu projek-projek ini disegerakan.
- Jadi sekali lagi lah saya ucap terima kasih banyak atas kehadiran saudara-saudari. Semoga Allah Taala merestui usaha kita dan jalinan kerjasama kita di antara orang Islam, orang Kristian, orang Bugis, orang Hindu itu menjadi satu keluarga yang baik di Sarawak dan Malaysia yang tercinta.
Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullah.
Similar Posts:
- BINCANG SEMULA KADAR GAJI, UPAH PENJAWAT AWAM BILA KEWANGAN NEGARA BERTAMBAH BAIK – PM ANWAR
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- JANGAN AMAL BUDAYA SELESA, TEKAD LAKSANA PERUBAHAN UNTUK NEGARA – PM
- TIDAK PERLU DARURAT BENCANA, HUJAN SEMAKIN BERKURANGAN – PM ANWAR
- PERBINCANGAN INTELEKTUAL UNTUK RESPONS KEPADA ISLAMOFOBIA – PM ANWAR