TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PERASMIAN IBU PEJABAT GX BANK DAN GX BANK UNTUK SEMUA

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

PERDANA MENTERI

MAJLIS PERASMIAN
IBU PEJABAT GX BANK DAN GX BANK UNTUK SEMUA

 

 

JUMAAT (2 OGOS 2024)

 

IBU PEJABAT GX BANK, 1 FIRST AVENUE

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.

 

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri;

YB Tuan Gobind Singh Deo,
Menteri Digital;

YBhg Datuk Zaiton Binti Mohd Hassan,
Pengerusi GX Bank Berhad;

 

YBhg En Anthony Tan,
Ketua Eksekutif Grab Holdings;

Pengerusi tertinggi GX Bank Berhad;

Pegawai-pegawai kanan; dan

Rakan-rakan yang saya muliakan.

1.     Terima kasih atas kesempatan diberikan oleh GX Bank untuk bersama di ibu pejabat dan meluncurkan Pusat Kecemerlangan. Acara peluncuran hari ini agak bersejarah kerana ia menandakan suatu perubahan ketara bukan sahaja dalam sistem perbankan tetapi tentang dasar digital negara. Negara harus beralih ke satu tahap yang lebih maju dan meyakinkan dalam bidang yang baharu iaitu menerokai suatu yang baru yang belum dikuasai, dimiliki dan difahami oleh masyarakat terbanyak. Jadi cabaran untuk kita begitu tinggi.

2.     Tadi Datuk Zaiton sebut tentang semangat khidmat yang ditekankan juga oleh Lao Tze. Dan saya dalam masa terluang di Sungai Buloh banyak juga baca Lao Tze. Di antara yang ditekankan ialah bahawa suatu pengembaraan 1,000 batu itu akan bermula dengan satu langkah, “A journey over thousand miles will begin with one step”. Maknanya langkah pertama itu penting, matlamat itu jelas. Tetapi kita ini hidup dalam apa yang disebut postnormal times, zaman pasca normal. Kita tahu dan saya selalu ungkapkan tentang keadaannya lebih kompleks, penuh dengan pertembungan dan pertentangan atau contradictions dan dikenali dengan sesuatu yang chaotic atau kacau bilau.

3.     Tetapi dalam konteks ini, dalam isu pembangunan yang mampan atau sustainable, kita bicara soal perubahan itu harus pantas. Betul a journey of a thousand miles, tetapi jika kita di pace lama kita akan ketinggalan. Kita boleh bermula awal, tetapi kita akan ketinggalan kalau tidak dalam kecepatan atau kepantasan sebagaimana yang dikehendaki oleh arus zaman. So, in postnormal times, one of the major core challenges is the pace of change. The pace must be very fast, unprecedented. Because you used the normal pace to effect change, we will lose out. Because the world is far more competitive and the challenge is far more complex and it requires innovations and additional effort.

4.     Dalam konteks ini, saya bangga dengan GX Bank kerana telah bermula dengan tahap yang lebih pantas seperti mana yang diunjurkan. Jadi saya ucap tahniah kepada semua rakan-rakan. Ini maknanya suatu hal yang harus difahami, kita tidak sekali-kali boleh bicara tentang Transformasi Digital ataupun yang selalu disebut Pelan Perindustrian Baru dan Transisi Tenaga, tetapi setelah kita terima semua konsep itu, dasar yang baru, kerangka boleh disiapkan tetapi kepantasannya itu tidak seperti mana yang diharapkan. Jadi sebab itu saya kata pace maknanya mempercepatkan itu sangat perlu.

5.     Kalau ikut teori-teori, siapa yang agak biasa dengan teori-teori perubahan, modernization or change yang telah disebut oleh W.W. Rostow, theory of change itu dianggap ada tahap-tahapnya. Tahap tradisional, pertanian, dan seterusnya industri. Tetapi kalau kita ikut unjuran itu seperti mana yang berlaku, kita akan ketinggalan. Jadi dalam period apa yang disebut postnormal times termasuk dalam soal digital pace must be leapfrog. Ini kita saksikan di antara idea yang banyak ditekankan oleh Tengku Zafrul dan YB Gobind iaitu memberikan apa sahaja kerjasama yang mungkin oleh Kerajaan dan jentera termasuk Bank Negara, Kementerian Kewangan, MITI, Kementerian Digital supaya tidak lagi terhambat dan terhalang dengan peraturan-peraturan dan proses-proses lama untuk menghadapi cabaran lama. Sebab itu arahan kita dalam soal digital bank ini ialah memberikan laluan yang pantas supaya mereka dapat bergerak maju dalam masa yang lebih cepat.

6.     Di rantau ini, Malaysia bukan paling awal, jadi dalam beberapa aspek kita agak ketinggalan. Jadi cabaran untuk GX Bank dengan bank-bank digital yang telah diluluskan ialah melakukan perubahan itu dalam kadar yang lebih laju dan pesat dan saya yakin Datuk Zaiton dan seluruh keluarga GX Bank ini akan menyahut cabaran ini dengan berani dan meyakinkan. Prasarana sudah disediakan dan kita bersyukur Alhamdulillah kerana angka-angka dan data pertumbuhan pelaburan, mengawal inflasi, pengangguran itu cukup membanggakan. Kita mencatat sesuatu yang meletakkan kita mampu berdaya saing. Negara juga telah dikenali sekarang sebagai di antara hab dan landasan untuk semikonduktor yang diterima oleh Eropah, Amerika dan negara China.

7.     Kita mengambil satu pendekatan yang lebih terbuka. Dasar negara kita dasar yang terbuka. Apa sahaja yang boleh menyelamatkan bangsa dan negara, apa sahaja boleh memacu pertumbuhan dengan lebih segar dan apa sahaja kerangka yang boleh memungkinkan kita berdagang dengan semua negara dan mempertahankan keamanan dan kepentingan ekonomi negara, kita akan terbuka. Kita mengambil sikap yang cukup terbuka untuk bersahabat dengan semua dan berdagang dengan semua, asalkan kita kekal sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

8.     Saudara-saudara lihat umpamanya kita kekal hubungan tradisional dengan Amerika Syarikat, dengan pelaburan yang tinggi kerana pelaburan-pelaburan dari soal pendigitalan awal itu umpamanya banyak sekali pelaburan di Amerika kemudian dengan Eropah. Saya dalam beberapa minggu lagi akan luncurkan satu pusat industri bersama dengan Tengku Zafrul di Kulim Hi-Tech. Infineon, pelaburan terbesar dari Jerman itu memilih Malaysia kerana sistem politik yang stabil, dasar ekonomi yang jelas dan workforce seperti saudara-saudara dan anak-anak yang menunjukkan kapasiti dan disiplin yang sangat baik. Ini menyebabkan pelabur lebih yakin.

9.     Di samping itu, kita sekarang telah meneroka dan ada hubungan yang sangat istimewa dengan negara China, selain daripada Jepun dan Korea yang juga dianggap tradisional. Ini menguntungkan kita. Kita jelas dengan dasar kita, kita bersahabat dan mengambil sikap yang bebas. Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok, Rusia untuk menerima undangan Presiden Putin berbincang soal kerjasama ekonomi, meletakkan kita sebagai di antara negara yang pertahankan pendirian kita yang bebas dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa. Tapi prinsip kita jelas. Kita tetap pertahankan kebebasan, kita tetap menolak kezaliman, kita tetap tidak mengizinkan mana-mana negara atau kelompok menindas, menghina dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.

10.     Sebab itu dalam soal Gaza umpamanya kita bersuara dengan cukup lantang kerana prinsip kemanusiaan. There’s no point talking about independence and humanity when you are blinded with the gross atrocities inflicted upon innocent people, women and children, regardless whether the victims are Muslim, Christian, Hindu or Buddhist. That is the position that Malaysia takes and that we will adhere to strongly, without compromise.

11.     Apa kaitannya dengan GX Bank ini? Sepertimana yang disebut oleh Datuk Zaiton tadi, iaitu inclusive, dia jamin ada penyertaan yang lebih jelas. Apa erti demokrasi? Apa erti bank? Apa erti digital bank? Kalau dia tidak menjamin penyertaan dari semua peringkat. Konsep bank tradisional tu ialah penglibatan kelompok kecil, elit, golongan kaya, itu tradisional bank. Orang tidak buka akaun kalau orang kampung, petani, nelayan, pemandu teksi itu jarang terkenal dengan bank. I’m talking about tradisional bank, a notion of a bank, how it began to operate. Tetapi dengan perkembangan masa, orang merasakan bagaimana boleh kita kenalkan satu prakasa ekonomi dan kita anggap mampan kalau dia meminggirkan majoriti rakyat? Bagaimana kita berbicara soal kemampanan atau sustainability itu kalau itu hanya mampan bagi segelintir kecil elit kemudian meminggirkan marginalized majority? Itu notion of a traditional bank.

12.     Sekarang yang membanggakan saya dalam melihat digital bank apa lagi GX Bank itu dalam masa yang singkat, setahun, telah mencecah pendedahannya kepada 800,000 orang. Ini suatu pencapaian yang sangat membanggakan, terima kasih. 800,000 itu tentunya bukan sahaja golongan profesional, golongan atasan, tan sri, datuk tetapi ia melibatkan semua anak muda. Kalau boleh ke sampai ke petani, nelayan, miskin bandar, kerana ini akan menyebabkan mereka mengerti. Ada 2 proses, satu ada faedah kepada mereka, ada peluang kepada mereka, pinjaman atau faedah dari segi kemudahan bank itu dirasa oleh mereka. Walaupun kecil, bukannya mencecah puluhan juta, mungkin ribu-ribu ringgit tapi ini sangat bermakna kepada mereka. Bila saya perkenalkan Amanah Ikhtiar 30 tahun yang lalu, kita bicarakan soal pinjaman RM2,000, RM5,000. Tetapi RM2,000 bagi seorang katakanlah ibu tunggal di kampung, itu sangat bermakna untuk dia jadikan modal meniaga, buat kuih dan hantar di kedai.

13.     Jadi dalam konteks digital bank, konsepnya sama, diperluaskan. Sebab itu kalau dalam satu tahun kita boleh mencecah 800,000 maknanya kemudahan itu, apa yang disebut sebagai ekonomi yang merakyatkan. Ekonomi bagi saya tidak mampan kalau tidak merakyatkan. Ekonomi itu tidak sustainable kalau dia menyebabkan gross marginalisation masyarakat banyak. Oleh itu bagi saya yang yang pertama faedah kepada mereka, dan kedua yang sangat kritikal dalam zaman digital ini ialah pendedahan kepada maksud digital. Bila tiap kali kita perkenalkan satu konsep baru macam digital transformation, saya sangat bimbang kerana apa erti perubahan dan zaman atau teknologi baru dan digital kalau ia tidak memberi manfaat kepada masyarakat terbanyak. Atau lebih parah, ia menyebabkan kesenjangan yang lebih melebar dan menyebabkan gross in equality when we start introducing new instruments.

14.     The entire purpose of Ekonomi MADANI, the aim and our intention, of course, to ensure that we grow, but at the same time to cater for the welfare of the majority of our people. Now if digitalization means a new technology, which is essential, which is critical for the country but at the same time as calls further inequality, then we lose out a major trust of Economy MADANI that we do not spare justice to the majority of our people. This is precisely the reason why I think the second impact of a digital bank precisely GX Bank is one, you give the facilities. After all, bankers do make money. But what is more critical is that it caters for the interest of majority of our people, that’s important to ensure real sustainability. The second important critical point is that this is important education exposure to the vast majority of our people that a digital bank means you have to understand what digital transformation is all about. Through that, you actually have 800,000 people in a matter of one year to understand the meaning impact of digitalization. To me for a country like Malaysia, that is far more useful, meaningful to ensure further progress and to keep the pace of development at the faster rate.

15.     Saya tekankan tentang dasar dan my duties of course to further encourage you to push this agenda forward. Pastikan pihak Kerajaan dan pihak swasta berganding bahu, bekerjasama dan untuk memastikan Malaysia ini terus bangkit sebagai satu kekuatan ekonomi dan teknologi. Saudara-saudara percayalah, pusat kecemerlangan yang dibicarakan tadi, centre of excellence itu sangat kritikal. Bincang daripada awal dulu, remember saya tekankan you want to set up please make sure centre for excellence kerana dia menjadi gedung tempat untuk melatih anak-anak. Anak-anak kita ini pintar tapi kadang kala tidak ada peluang.

16.     Orang bicara soal meritokrasi. Meritocracy is important. Hari itu saya bicara tentang meritokrasi ada orang faham saya ini tidak setuju meritokrasi, sebab saya kata merit must be fair. You want to compete with the best schools in KL with the school in Kapit and you want to talk about fair competition. So, meritocracy is essential but it must also promote fairness. This is the classic of John Rawl’s economic theory, justice is fairness. Tetapi ini bukan bermakna saya ketepikan merit. You have one of the best professional Datuk Zaiton, you must have chosen the best. It doesn’t matter kaum apa, warna dia, kampung dia, semuanya tak peduli. Nak cari doktor, kita mesti tentukan doktor terbaik, jadi merit itu masih sangat relevan. Cuma jangan kita terlalu ghairah atau obsess dengan merit sehingga kita lupa di sana ramai yang tidak mampu kerana tidak diberikan peluang.

17.     So centre of excellence ini mesti ada dasar yang kukuh untuk pengurus-pengurus bank tetapi juga program latihan dan pendedahan kepada kalangan yang miskin sama ada di bandar atau desa. Datuk Zaiton, saya nak tengok laporannya nanti apakah benar dalam centre of excellence ini kita cater prioritinya tentu untuk pengurusan, tapi ada juga komponen di mana diberi peluang kepada anak-anak muda kita dari yang terbaik dan juga yang terpinggir. Jadi dengan cara demikian, bank ini akan meletakkan satu dasar yang betul-betul inklusif, inovatif, tetapi juga ada ihsan dan juga pillar dalam MADANI iaitu compassion.

18.     Demikian sahaja kuliah saya pagi ini. Saya bangga kerana kejayaan cepat. Saya tidak jangka dalam masa secepat begini diluluskan kemudian kerjasama yang diberikan oleh Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Kementerian-kementerian dan dalam masa yang cepat saudara-saudara telah mencatat kemajuan yang membanggakan. Saya ucap terima kasih kepada semua pengurusan dan juga seluruh staf dan dari semua peringkat.

19.     Terima kasih dan saya dengan penuh kebanggaan meluncurkan ibu pejabat dan juga Pusat Kecemerlangan DX Bank.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.