TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2023


 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2023

 

 11 MAC 2023

 

STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah,

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem.

 

YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad,

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim;

 

YB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin,

Ahli Majlis Kerajaan Negeri mewakili Menteri Besar Perak;

 

Datuk Seri Huang Tiong Sii,

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim;

 

YB Dato’ Haji Rosli Bin Isa, 

Ketua Setiausaha

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim; dan

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Alhamdulillah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dapat hadir di Ipoh sempadan Tambun untuk bersama-sama menjayakan Hari Air Sedunia.

 

  1. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini adalah di antara kementerian yang besar, gabungan dua (2) kementerian yang tentunya punyai tanggungjawab yang besar. Sumber air, sumber kehidupan, sumber kemampanan menjadi tunggak dalam konsep Malaysia MADANI. Sebab itu, tentunya tanpa air akan terkesan alam sekitar dan tanpa air perubahan iklim itu tidak mungkin terkendali. Sebab itu saya telah memberi mandat kepada menteri yang juga tokoh muda untuk dibebankan dengan kerja yang lebih serta bidang tugas yang lebih besar.

 

  1. Pendekatannya agak berbeza, sebab dia ada sinergi di antara satu sama lain. Kalau pengalaman dulu dilihat ada ketegangan di antara kementerian yang harus mengurus sebagai satu badan induk menyusun kerangka strategi dari segi bekalan air, tebatan banjir, alam sekitar dan mendepani permasalahan perubahan iklim yang kian kritikal dan mencabar. Jadi saya harap rakan-rakan dalam keluarga kementerian ini tidak hanya dalam kerangka pemikiran lama, tetapi memikir bagaimana kita mendepani permasalahan ini dan menyelesaikan masalah-masalah.

 

  1. Sumber asli sekarang sudah berbeza dari dahulu, kalau sumber asli dahulunya getah dan bijih timah, sekarang lebih meluas, hasil galian baru yang harus kita manfaatkan untuk pembangunan negeri dan juga negara.

 

  1. Semalam dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, saudara Nik Nazmi bentangkan tentang pendekatan kita yang akan diperhalusi dan dicerakin, iaitu tentang bidang-bidang baru serta peluang baru yang dulu tidak difikirkan, termasuklah inisiatif di Sarawak disebut ammonia, tenaga hidrogen, electric vehicle, ini hal-hal yang baru. Kadang-kadang orang lama seperti saya ni membingungkan, sebab itu kita minta tokoh-tokoh baharu fikir dan buat sebaik-baiknya dan ini merupakan cabaran kepada beliau.

 

  1. Saya hendak tekankan satu-persatu, bagaimana satu negeri dan negara di mana air melimpah jenuh orang perak kata, tapi ada beberapa tempat, air tidak ada. Maknanya Allah kurniakan kita kemudahan ini tapi kita tidak dapat uruskan dengan baik bila bekalan air di beberapa tempat terputus.

 

  1. Sebab itu saya kata kerjasama dan sinergi kerajaan persekutuan dan negeri itu patut lebih erat dan kuat lagi. Ini kerana dari segi pemantauan, kuasa memantau, bekalannya, dan juga penyaluran air itu kadang-kadang merentas negeri. Sebab itu kuasa pemantauan itu harus dimantapkan antara kerjasama persekutuan dan negeri yang punyai kuasa air.

 

  1. Kemudian kita bincang tentang isu tebatan banjir yang menjadi kontroversi. Saudara-saudara, masalah banjir, masalah besar dalam negeri. Bukan masalah Sungai Perak ataupun banjir kecil-kecilan di Manjoi. Tapi masalah yang memberi kesan kepada rakyat umumnya. Setiap kali banjir maknanya simpanan dia, keperitan hidupnya, semuanya terkesan.

 

  1. Oleh yang demikian, kerajaan telah meluluskan peruntukan yang besar untuk tebatan banjir ini, iaitu sebanyak RM15 bilion. Uruslah dengan baik tebatan banjir ini kerana hendak menyelamatkan nyawa orang, harta benda dia dan simpanan dia. Janganlah guna tebatan banjir untuk mentekedarah duit.

 

 

  1. Sebab itu saya keras dan tegas dalam soal ini. Ada yang sudah marah, doa, solat hajat marah saya. Yang saya hendak buat ini adalah untuk memastikan pengurusannya betul. Semasa kita ambil alih kerajaan, sepertimana yang saya ulas di parlimen hari Khamis baru-baru ini, sudah diluluskan. Diluluskan ikut rundingan terus. Rundingan terus maknanya mari satu syarikat runding-runding hari ini harga sekian, syarikat ini jalan.

 

  1. Tidak semestinya salah, tetapi salah rundingan terus ini, kerana ada kira bicara lain di bawah meja. Ini menjadi masalah kerana kos menajdi tinggi. Bukan kita tidak percaya kepada pegawai di JPS, KSU atau menteri. Tetapi sistem itu kena betul. Sebab itu dalam Al-Quran, bila kita buat perjanjian, dia suruh perjanjian bertulis kalau boleh, dalam apa-apa perkara hutang-piutang perniagaan. Ya Ayyuhalladzina amanu Aufu bil uqud artinya : Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji, bermakna perjanjian itu ditetapkan, sudah tentunya ada peraturannya. Ini pula dalam hal ini kita runding tanpa kaedah yang teratur.

 

  1. Dalam konteks tebatan banjir apabila kita kaji balik harganya terlalu tinggi. Jadi sebab itu kita minta batalkan kelulusan lama dan minta disegerakan proses perolehan yang lebih telus dan teratur. Panggil syarikat itu, panggil 2-3 syarikat lain walaupun terhad. Tengoklah kira bicara macam mana, boleh buat atau tidak boleh buat. Jangan pula berkira syarikat itu syarikat geng kita, itu kawan kita atau keluarga kita. Kita perlu fikir masalah banjir ini orang susah kesannya kepada orang ramai. Itulah yang kita lakukan sekarang.

 

  1. Saya sudah bagi arahan dan saya ingatkan saudara Nik serta KSU Rosli, saya tidak mahu lengah. Saya sebutkan kepada KP JPS tadi, saya kata tidak ada main-main, bulan Jun saya fikir kena take-off peringkat pertama. Kalau tidak saya akan panggil KSU dengan JPS datang pejabat. Saya percaya, saya sebut ini kerana saya yakin insya-Allah mereka boleh lakukan. Maknanya bukan hendak lengahkan tetapi hendak jimatkan dan pastikan setiap sen yang kita gunakan itu tidak disalahguna.

 

  1. Jadi bila kita buat tender terhad cepat, kos rendah pula. Bagaimana kalau dahulu RM2 bilion sekarang jadi RM1 bilion, atau dahulu RM600 juta sekarang RM300 juta. Saya tidak tentukan, saya tidak tahu. Tetapi kena ikut pakar-pakar kejuruteraan dan kewangan kaji. Ini yang kita lakukan, kita bincang kerana ini soal hidup, soal tebatan banjir, soal keselamatan keluarga, mana mungkin setiap tahun negara sudah merdeka kaya-raya, hasil puluh bilion tapi setiap tahun redah banjir.

 

  1. Kita kena ambil keputusan yang betul dan selamatkan negeri ini. Sekurang-kurangnya ikhtiar kita, apakah boleh kita pastikan tidak akan berlaku banjir? Tidak. Tetapi boleh menjamin sekiranya ada projek tebatan banjir. Murah ke tidak, ada yang sampai RM600 juta, ada yang mahal sehingga RM900 juta.

 

  1. Jadi saya jelaskan bahawa isu tebatan banjir, pengurusan di semua peringkat mesti ingat ini agenda selamatkan nyawa rakyat. Ini agenda selamatkan kehidupan dan harta benda rakyat. Jangan digunakan kesempatan untuk mencuri harta orang.

 

  1. Jadi apakah ia patut dilengahkan? Tidak. Dipercepatkan proses dan kementerian akan bawa ke Kementerian Kewangan. Saya sudah beritahu Kementerian Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan bahagian perolehan, untuk ini bagi keutamaan cepat.

 

  1. Kemudiannya tentang isu bekalan air, program-program bekalan air di Perak, masalah bekalan air tidak serius berbanding di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan lebih berat, maka fikir, ini kerja kementerian. Bagaimana boleh kita salurkan, dari mana bekalan air yang besar untuk selatan Pahang dan untuk Pahang ke Wilayah ke Selangor ke Johor, dan juga ke Singapura.

 

  1. Dari mana modalnya, berapa kos kita hendak jual kepada Singapura? tentunya kita runding. Tidak boleh cara dahulu, kita buat silap sekali, kemudian setelah buat perjanjian bergaduh puluh tahun tidak boleh selesai. Jadi baru-baru ini bila saya jumpa Perdana Menteri Lee Hsien Long di Singapura, saya kata saya setuju bekalkan air, tetapi keutamaan untuk orang Pahang, Wilayah, Selangor dan Johor, manakala yang lebih kita jual kepada Singapura dengan harga baru yang munasabah dan berpatutan.

 

  1. Kalau kita sanggup buat kerja-kerja ini dengan teratur, saya pasti tidak kan menjadi masalah. Saya hanya terangkan dasar dan konsep yang kita patut lakukan. Maknanya kita kena fikir ini soal baru, bila soal air di Pahang, hendak bawa ke Johor sampai ke Singapura itu perkara baru.

 

  1. Apakah ada keuntungan kita? keuntungannya kita boleh bangunkan negeri Pahang dan dengan membangunkan sumber, mempertahankan sumber air negeri Pahang, bersih, kita boleh salurkan untuk tambah keperluan negeri-negeri lain.

 

  1. Jadi sebenarnya ada dua (2) tanggungjawab besar berhubung soal air belum lagi alam sekitar dan sumber asli. Maknanya tebatan banjir satu hal, bekalan air satu hal.

 

  1. Ada sahabat karib saya dari Amman, Jordan yang mempunyai ladang pokok zaitun. Katanya dalam satu tahun hujan lebat dua (2) kali setahun di Amman. Tapi saya kata macam mana boleh tanam pokok zaitun sebab tanaman tersebut memerlukan banyak air. Beliau kata dia buat sistem yang mana apabila hujan dia simpan air dalam satu (1) kolam besar yang boleh guna untuk 6 bulan. Kita banjir 3 kali setahun, tetapi bila masa kemarau, air tidak ada juga. Maknanya tidak guna kepintaran, tidak guna kebijaksanaan dan sumbangan yang Allah berikan itu dimanfaatkan dengan perancangan yang baik.

 

  1. Dia buat ladang pokok zaitun sudah berpuluh tahun. Setiap tahun dia hantar dekat saya minyak zaitun. Baru-baru ni dia tahu saya jadi Perdana Menteri jadi tanggungjawab banyak dia hantar banyak bertin-tin. Kemudian Kastam kata kena bayar cukai. Sebab saya tidak bagi tahu ini Anwar Ibrahim punya, saya bayar RM500. Pasal apa pula, bukan saya jual. Bukan saya meniaga. Tapi saya hendak tunjuk, saya hendak bagi contoh, kalau Perdana Menteri ambil minyak zaitun untuk dia, keluarga, kawan-kawan dan staf perlu bayar RM500, jadi semua Menteri, KSU, pegawai-pegawai mesti ikut peraturan yang sama. Barulah negeri ini boleh selamat.

 

  1. Dengar baik-baik saudara Nik Nazmi, tahun depan tidak mahu dengar lagi masalah kemarau tidak ada air. Bagaimana hendak buat? itu bukan kerja saya, itu kerja anda. Mengapa saya cerita begini? kerana bila saya duduk banyak tahun di rumah dia dahulu, saya tengok kebunnya. Saya tengok tank yang dibuat, jadi saya rasa aneh. Hujan lebat dua (2) kali setahun, dan dia boleh pastikan air yang disimpan digunakan sepenuhnya untuk pohon zaitun berpuluh-puluh ekar itu hidup.

 

  1. Maknanya ikhtiar, maknanya sains, maknanya teknologi, maknanya penyelidikan, maknanya usaha memikir luar daripada kotak atau pemikiran jumud. Ini kita pakai kotak lama, berfikir cara lama 40 tahun yang lalu, guna yang itu lah juga sampai sekarang tanpa memikir kaedah-kaedah baru.

 

  1. Ini untuk masalah air, jadi saya tengok ada pelan sekarang ini, Pelan Transformasi Sektor Air. Saya belum diberi taklimat mengenai pelan tersebut secara terperinci dan saya mengaku saya belum baca habis. Saya tidak tahu masalah ini masuk atau tidak, ini kerja Nik Nazmi.

 

  1. Apa yang saya sebutkan tadi soal tebatan banjir, soal air yang melimpah, macam mana hendak simpan? di Malaysia patut tidak ada masalah musim kemarau. Sebab limpahan hujan dan air itu terlalu banyak. Oleh itu, saya sebut tentang Transformasi Sektor Air, WST 2040 dan itu kerja menteri, KSU dan semua pegawai-pegawai.

 

  1. Sekiranya saya berkelapangan dalam sebulan 2 bulan ini saya pergi melawat ke kementerian. Saya hendak dengar apakah sudah ada jawapan kepada soalan-soalan saya bangkitkan. Saya percaya ada sebab itu saya berani lontarkan secara terbuka.

 

  1. Jadi saudara-saudara percayalah ada isu lain berkaitan alam sekitar seperti masalah hutan, masalah hijau dan lain-lain. Tapi saya nak manfaatkan waktu ini sekadar mengajak saudara untuk faham mengapa dalam Kerajaan Perpaduan ini kita cuba bawa perubahan.

 

  1. Tidak ada niat lain, selain daripada tema program kita hari ini, iaitu “Accelerating Change” – pemesatan perubahan. Tadi saya tengok YB Nizar ada sebut istilah lain, iaitu “pemacuan”. Pemacuan itu menjalankan dengan kapasiti cepat. Tapi kalau pesat lagi perubahan, dulu kalau teori-teori Management Guru, Peter Drucker dan lain lain ini dia cakap tentang “Managing Change”, iaitu bagaimana hendak menangani perubahan. Begitu juga saya, pada sekitar tahun 80-an saya pernah tulis buku mengenai menangani perubahan. Tetapi sekarang adalah waktu yang tepat untuk kita mempercepatkan perubahan tersebut. Ayat al-Quran dalam soal reform dan reformasi iaitu islah in uridu illal islah mastataktu – kita berdoa kepada Allah SWT, doa Nabi Allah Syu’aib AS, tidak ada pekerjaan yang lebih baik selain daripada membawa perubahan (reform).

 

  1. Reform seperti saya maksudkan, konteks perubahan itu selamatkan alam sekitar, selamatkan kehijauan, selamatkan bekalan air kita dan urus sumber asli supaya memberi manfaat kepada lebih ramai.

 

  1. Tadi di Pesta Landskap KPKT saya ingatkan tentang ayat al-Quran, iaitu ummatan wasata – umat yang seimbang ini umat yang jaga dunia dan akhirat, iman dan ilmu, manusia dan sekitarnya itu harus seimbang. Kalau guna kuasa, habis balak sehingga menyebabkan banjir, habis bukit-bukit diratahnya sampai rosak alam sekitar. Wa kadhalika ja’alnaakum ummatan wasatan litakuunu syuhadaa’a ‘alan-naasi wayakuuna ar-rasuulu ‘alaikum shaahidaa., jadi kita hendak jaga ini, keseimbangan yang disebut equilibrium, keseimbangan iman dan ilmu, akal dan kalbu, duniawi dan ukhrawi, material and spiritual, man and nature baru ada maksud keseimbangan.

 

  1. Saudara-saudara, kementerian ini adalah kementerian yang sangat penting, yang kritikal untuk menjaga persekitaran dan kemampanan (sustainability) negara yang kita sebut sebagai Malaysia MADANI. Jadi, sekali lagi saya ucap terima kasih serta menitipkan doa supaya semua mendapat keberkatan dan negara selamat daripada segala malapetaka dan bencana dengan syarat kita terus urus dengan baik dan tawakkal kepadaAllah.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

IPOH, 11 Mac — Peranan pasukan bomba dan penyelamat bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah juga mengurangkan kerugian yang ditanggung negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepantasan dan kecekapan anggota bomba memadam kebakaran berjaya meminimumkan kerosakan harta benda sekali gus membantu memacu pembangunan negara.

Justeru, Anwar yang Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak akan sekali-sekali berkira dalam menambah peruntukan kepada pasukan itu setiap tahun bagi memastikan perkhidmatan mereka sentiasa ditambah baik.

“Kalau kita tanya cukupkah peruntukan untuk bomba ini? Saya kata takkan cukup, tapi seiring pemulihan ekonomi kita akan sentiasa tambah peruntukan kepada kementerian terlibat,” katanya ketika merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Terdahulu Anwar menerima Hormat Perdana daripada anggota perbarisan Jabatan Bomba dan Penyelamatan Negeri Perak.

Sementara itu, Perdana Menteri di majlis sama turut mengumumkan naik taraf Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dari Balai Kategori D ke Balai Kategori C.

Dengan pengumuman itu, bilangan perjawatan di balai berkenaan akan ditambah kepada 29 anggota diketuai Ketua Balai gred KB29, selain sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) juga ditempatkan di sini bagi tujuan operasi pemadaman dan penyelamatan.

Anwar turut memuji prestasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia secara keseluruhan yang disifatkan berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, Nga dalam ucapannya berkata pengoperasian balai berkenaan sekali gus menjadikan Perak sebagai negeri kedua dalam negara yang mempunyai jumlah balai bomba terbanyak iaitu 35 balai.

“Saya amat yakin dengan adanya balai bomba baharu ini, ini akan memberikan impak yang sangat positif dalam penyampaian khidmat kebombaan dan penyelamatan yang lebih baik mengikut KPI (indeks prestasi utama) ditetapkan iaitu response time tidak melebihi 10 minit,” katanya.

— BERNAMA

IPOH, 11 Mac — Sejenis spesis orkid hibrid baharu yang dinamakan sebagai Aranda PMX-Anwar diumumkan di majlis perasmian Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di Taman D. R Seenivasagam, di sini hari ini, mengambil sempena nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Sejambak orkid berkenaan telah diserahkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kepada Anwar selepas Perdana Menteri menyempurnakan majlis perasmian itu. 

Ia dinamakan sedemikian bagi meraikan smbolik warna kuning-oren spesis berkenaan, yang menggambarkan kegembiraan, optimistik dan semangat seperti mana karakter Perdana Menteri. 

Aranda PMX-Anwar merupakan kacukan induk betina, Aranda Tecnokraft, yang merupakan hibrid orkid integenerik daripada kacukan Aranda Khaw Phaik Suan dan Vanda Memoria Choo Lalkeun, manakala induk jantan, Aranda Sayan, juga adalah hibrid orkid integenerik berwarna kuning kacukan di antara Vanda Medasand dan orkid liar Arachnis hookeriana.

Kacukan baharu itu berbunga kali pertama pada 5 Mac 2013.

Hibrid ini telah didaftarkan dengan Penguatkuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England.

Ciri-ciri bunga bewarna kuning-oren terang mewarisi sifat induk jantan dengan kelopak tebal, berbentuk hampir bulat dan tersusun cantik dengan bibir bunga bewarna oren kemerahan. 

Bibir bunga yang agak panjang dan warna oren kemerahan ini menyerlahkan keseluruhan jambangan bunga di pokok. 

Bunga ini bersaiz sederhana dengan saiz berukuran diantara 3.0 ke 4.5 sentimeter dan susunan jambak bunga berbentuk spiral dengan tangkai bunga berukuran sederhana di antara 28 hingga 30 sentimeter panjang.

Setangkai bunga mengeluarkan 8 hingga 12 kuntum bunga yang tahan lebih lima minggu di pokok.

— BERNAMA 

 

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Perdana  Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memberikan peruntukan permulaan sebanyak RM500,000 kepada Institut Sosial Malaysia (ISM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata ia bagi membolehkan usaha penyelidikan dilakukan untuk memperkasa golongan wanita di negara ini.

“Ada bidang baharu untuk penyelidikan dan hakikatnya untuk golongan wanita, kaum ibu dan anak-anak mereka, saya rasa amalan atau program rutin atau umum dalam sistem birokrat ini mungkin tidak dapat melaksanakan tugas khas itu.

“Oleh sebab itu, kementerian ini seolah-olah mencadangkan bahawa kita tidak semestinya mempunyai bahagian yang berbeza tetapi beberapa pegawai penyelidik yang bekerja di pusat akademik dan universiti tempatan atau pertubuhan antarabangsa untuk membuat rancangan atau penyelidikan yang memberi kesan kepada wanita…dan kita boleh tambah (peruntukan) nanti jika kita dapati kajian itu bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di sini hari ini.

Selain itu, Anwar turut meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM1 juta bagi Tabung KASIH Rahmah Wanita di bawah KPWKM yang diwujudkan bagi membantu golongan wanita dalam keadaan terdesak seperti mangsa keganasan rumah tangga dan wanita yang diabai ahli keluarga.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, Nancy dalam sidang media menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan berkenaan yang antara lain akan memberi fokus penyelidikan berkaitan isu keganasan rumah tangga dan isu gangguan seksual. 

“Kami sebenarnya memohon untuk Women Centre of Excellence tetapi Perdana Menteri menyarankan kami, beliau luluskan dahulu (usaha penyelidikan) di bawah ISM itu untuk mulakan penyelidikan dan lihat ke mana kami boleh pergi seterusnya,” katanya.

— BERNAMA

 

KEYNOTE ADRESS BY

THE HONORABLE DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PRIME MINISTER OF MALAYSIA

 

FOR

 

INVEST MALAYSIA 2023

 

8 MARCH 2023

 

KUALA LUMPUR

 

 

Introduction

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolillah Kareem

 

Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli

Minister of Economy

 

Yang Berbahagia Datuk Johan Mahmood Merican

Treasury Secretary-General

 

Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin

Chairman, Securities Commission Malaysia

 

Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Wahid Omar

Chairman, Bursa Malaysia

 

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa

Chairman, Maybank

 

Investors, Chief of Executives, Presidents Members of the media

Honoured guests, ladies and gentlemen

 

  1. Saya mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua tetamu kehormat dan setelah mendengar kedua-dua pidato penting tadi, yang meletakkan garis aluan besar bagi pertumbuhan ekonomi, pasaran saham dan juga kemungkinan kepesatan, pergerakan dan perjalanan bank di negara kita.
  1. Saya mengucapkan terima kasih kerana dalam kedua-dua pidato awal tadi, nampak memberikan beberapa harapan dan rangsangan baharu dan juga keyakinan, bukan sahaja kepada Belanjawan tetapi juga kepada Malayisa MADANI yang kita terokai sebagai satu landasan dan tonggak.

 

  1. Apa maksudnya? Maksudnya ialah bahawa kita harus melakukan anjakan. Negara ini mempunyai potensi untuk menjadi sesuatu kekuatan ekonomi baharu dan saya percaya rakan-rakan saya termasuk YB Rafizi akan memanfaatkan waktu nanti untuk memberi penjelasan langkah-langkah yang harus diambil yang agak berbeza daripada pendekatan lama. Pendekatan lama tentunya ada asas kekuatan tetapi apabila membicarakan soal tatakelola dan governance, saya fikir ini adalah kelemahan besar dalam negara kita.

 

  1. Jadi ini menimbulkan kebimbangan tetapi rasa cemas ini harus dirobak, saya tidak melihat kenyataan perkembangan dunia dan juga perkembangan dalam negara yang sukar itu sebagai sesuatu yang menakutkan.

 

Ladies and Gentlemen,

 

  1. Fear for one’s way of life and past achievements fading into irrelevance. Fear that we would never go back to “the way they were”. Ibn Khaldun, the great historian dan sociologist in his Muqaddimah, referred to this very pertinent text:

“Throughout history, many nations have suffered a physical defeat, but that has never marked the end of a nation. But when a nation has become the victim of a psychological defeat, then that marks the end of a nation.”

 

  1. So listening to both the earlier speakers gives me great hope, and I am sure many of you would share that the sense of renewed confidence with a firm commitment that the way we conduct our affairs must change, particularly the new spirit of transparency, of democratic accountability and good governance.
  1. We as a nation, as Malaysians, must shape our future and utilize the potential that we have and not allow for a number of political elites to continue squandering the resources constructed out of a cornucopia of class, creed and colour. Yet in times of diversity, we the people come and must come together in the spirit of resilience and unity that will guide us through any of these challenging times.
  1. The Belanjawan MADANI for example, laid down the foundation of a Malaysia that I, my colleagues and other Malaysians have long envisioned a Malaysia MADANI that puts Malaysians, respected race or creed especially the poor, the marginalised and the vulnerable, at the heart of its development.
  1. For the uninitiated, allow me to address the thrust behind Malaysia MADANI. I’m impressed because this has been fully grasped by the earlier two speakers but the vision that is designed to revive, renew and re-energise —Sustainability, Prosperity, Innovation, Respect, Trust and Compassion. We aim to reshape the narrative of our country based on three priorities: growth, reform and justice.

Driving economic growth that is inclusive and sustainable

 

  1. The driving economic growth that is inclusive and sustainable. I will focus on growth specifically, growth that is inclusive and sustainable.
  1. Current estimates of global economic performance warn of headwinds ahead. Analysts and researchers point to a global growth of 1.7% in 2023, a slowdown compared to 2.9% in 2022, We are all experts in this but I am a bit personally quite cynical about these figures because of the government changing.
  1. You may remember that I used to chair the Development Committee of the World bank and the IMF. Last year they revised growth scenario four times. So be wary, yes, but be a bit positive because the determinants in this country would be guided by what we do as a nation, as a business community and as policy makers. So the probability of US recession within the next twelve months occupies strategic debate. And I leave it to the experts like YB Rafizi and the rest to debate on this.
  2. I will focus on the issue of with a more positive note, whilst recognizing that there are concerns. But I remain like in my political career, an incorrigible optimist and I have proven at least for a time that we can make it and we can do it together.
  1. Now, global inflation shows signs of peaking, the estimation is that it will only move downward rather slowly. Bank Negara Malaysia reports Malaysian headline inflation averaging 3.4% for the period of January-November of 2022. It is expected to moderate, but still remain at elevated levels amid lingering demand and cost pressures.
  1. The good news, ASEAN is emerging as a defensive harbor — GDP growth for the ASEAN-5, excluding Singapore is estimated to remain resilient at 4.7% in 2023, down from 5.9% in 2022. China, a key economic engine and for us, a key economic partner, is in the process of its own reopening — the timing and extent of which we are all watching eagerly.
  1. I think in the tourism sector, it was of immense advantage to us. I have seen flights from Korea and China to Sabah that has been quite unprecedented. For 2022, we achieved a stellar GDP growth of 8.7%. We projects that Malaysia will achieve a 4.5% GDP growth in 2023, a notable achievement given the global economic environment.
  1. In general, 2022 was driven by a combination of economic recovery as most sectors returned to work, as well as large-scale pandemic recovery measures. While these actions were necessary to protect ordinary Malaysians, one thing stands true: it was delivered at a heavy cost.
  1. The Federal Government Debt now sits just below 61% of GDP, while statutory limit being at 65% of GDP, having been raised twice during the pandemic. Taken together with contingent liabilities, our total debt is RM1.5 trillion or 81% of GDP.
  1. Let me be frank and recognize two key points / issues:

One: Can we activate and implement everything all at once? Clearly, the answer is no. There must be a sensible progression as well as the fiscal responsibility to maximize our means, and yet still work within them.

 

Two: Recognize that people of ordinary means are under increasing economic pressure even for basic matters such as feeding, sheltering and ensuring the future progression of one’s family.

 

  1. Sensibly, one must build, secure and enable the ladders that will help the nation escape the middle-income trap, and for those at the very bottom, help them climb out of the despair of poverty. Without this, all is in vain.
  1. Belanjawan MADANI is designed to address these challenges head on through fiscal reforms, rebuilding our fiscal buffers and economic, fiscal and debt resilience.
  1. What we have done, as a practical and pragmatic first step, is to largely maintain the level overall spending. However, allocations have been strategically readjusted to better serve the nation and rebuild the critical core and aspirations of Malaysian society at large.
  1. I need to emphasize the need for transparency and to observe strict financial procedures. I have to reiterate the point that billions have been lost, no exaggeration, in every single major project. The way we do business must change and let me assure you that this administration will not will not compromise on the principle of good governance and anti-corruption measures.
  1. I had the opportunity of meeting various successful home-grown startups such as Carsome, Oppstar and Farm Fresh. My administration is committed to support high value-add local startups from early stage right up to listing onto Bursa Malaysia. Towards this,
  1. We certainly want to ensure that successful startups will have access to later stage financing here in Malaysia, so that they do not need to seek listing abroad.

Ladies and gentlemen,

 

Reforming institution and governance to restore confidence

 

  1. The Fiscal Responsibility Act and Government Procurement Act are key pieces of legislation moving forward. For too long, issues such as wastages, leakages, lack of transparency and accountability have hampered the best efforts to move the country forward. Which brings me to the Government’s second priority of reforming institution and governance.
  1. The scourge of corruption, ill-gotten gains and bribery have no place in this nation. The people deserve far better, and so do the businesses and the investors who are drawn to our unique advantages.
  1. The reforms we have made, and the ones we will make in due time, all concern this area of wastage and loss — for instance, transparency in procurement award and quality execution of any government business is now a rule, not a mere norm.
  1. While some question this administration’s forthrightness in highlighting issues of this nature, believing that it casts aspersions on our national image, we believe the opposite. To start rebuilding confidence in our future, we must be honest about the problems that we face today.
  1. I have said this many time, and I will repeat it here again. This Government adopts a zero-tolerance approach towards misconduct and corruption. We will uphold the highest ethical standards and there will be no room for abuse of power under this administration. Any breaches will be severely dealt with. Whether you are Tun or Tan Sri, regardless whether you are with this government or with the opposition, we will act without fear or favour.
  1. Now, good corporate governance must remain the basis on which businesses, companies and shareholders operate. It is also necessary to ensure that good governance provides robust safeguards for investor protection and the stability of the financial and capital markets. Of course, we need full support from the Securities Commission Malaysia and Bursa Malaysia.

Ladies and gentlemen,

 

Upholding social justice to combat inequality

 

  1. The third priority for this Government is to uphold social justice to combat inequality. The nation’s economic expansion and growth should be achieved in the wider context of human economy, term it as humane economy or Karamah Insaniah that prioritises the people’s needs, especially the poor and marginalized. We must free them from poverty’s grip, perpetuated some could say by an unbridled capitalist system that has nurtured inequality in wealth and living standards.
  1. The measures in Belanjawan MADANI deal with the eradication of hardcore poverty and minimizing the burden of cost of living. The poorest must be lifted and the IPR initiative by YB Rafizi, is one critical effort initiative in this direction so that they can move and save their families from the scourge of poverty.
  1. I am referring to the Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) or the People’s Income Initiative, is a powerful platform to correct this societal imbalance. It works through providing opportunities for the poor to increase their income potential in farming as well as in food and general maintenance service providers.
  1. Now let me pause for a moment here because this approach is a departure from the traditional approach of providing system for the poor and keeping them at that level so that they are totally dependent on us. If you follow the political economist, Samir Amin referred to the dependency syndrome. Now this is contrary to our approach, which to help lift them from poverty and not to continue to depend on the political masters to help them in exchange for their support in the next elections.

Ladies and gentlemen,

 

Technology, Manufacturing and the growth of the Digital Driven Economy

 

  1. Alongside these key infrastructure developments, the establishment of technology hubs in Penang and Johor, as well as the potential of Sabah and Sarawak in terms of competitive energy costs — these areas have attracted much interest and even begun securing approved investments.
  1. As technology and the virtual or even the metaverse advances, our connectivity still matter as a major trading nation. In this respect, the process to expand and improve airport capacity in Penang and Subang, led by Malaysia Airports Holdings as well as sea-access via Sanglang Port in Perlis and a main port in Pulau Carey are key elements.

Ladies and gentlemen,

 

  1. Green business is not only crucial to economic sustainability, but also for all life and its attendant qualities. Malaysia is blessed alhamdulillah, our home is also home to some of the world’s oldest rainforests, and our seas share an area recognised as one of the richest reservoirs of biodiversity. These are natural God- given assets — to protect them and value them highly is a must.
  1. In terms of assets we must build for ourselves in this area. Through Bank Negara Malaysia, we will provide financing to support green technology startups, while also helping SMEs implement low-carbon practices. Other forms of support in this area come in the form of a Green Technology Financing Scheme, Investment Tax Allowance and Income Tax Exemption for eligible activities.
  2. Alongside runs an enhanced focus in investments in green growth areas including hydrogen technology, bioenergy and electric mobility and interesting enough, Sarawak is taking the lead in this field — enablers of green adoption across sectors as well as future economic engines.
  1. A key part of the emphasis in these areas is ensuring that Malaysians also gain from the transfer of high-tech knowledge and skills, while prioritizing research and development efforts. It is one of the areas for the further development of Technical and Vocational Training – or TVET- that is being redesigned for greater participation of private sectors, while in conventional academia, updates on university syllabi are being developed.
  1. For TVET, I still welcome companies, banks to take over some of our government existing TVET and to run it to fit your own requirement so there is no mismatch between the training TVET and the requirement of industries. We have about 50 conglomerates and companies led by Petronas have taken over some of these institutions and I think that would all go well for the future of our youth.
  1. I look forward to projects in this field growing into a position where they can make use of Malaysia’s Voluntary Carbon Market that is operated by Bursa Malaysia. Launched in December last year, the Bursa Carbon Exchange or BCX, is a vital catalyst in the acceleration towards a net-zero future. Notably, it is the first exchange in the world to receive a Shariah pronouncement for its Carbon Exchange. Congratulations.
  1. To support the national journey to achieve Net Zero as early as 2050, I am pleased to announce that the Government is committing to a seed fund amounting to RM10 million to act as an assured demand of Malaysian-generated carbon credits to kickstart the market.
  1. Clearly, when talking about a viable future for the environment where respect for the planet and quality of life are driving principles, it is a natural fit for further development and support through Islamic finance, a field where Malaysia has long been recognised as a global leader. The Government is committed to enhance the Islamic finance ecosystem further so that it can drive real societal change, especially through the optimization of waqf.
  1. In this regard, the Securities Commission Malaysia will, with effect from 3 April 2023, extend the Waqf-Featured Fund Framework to include Islamic Real Estate Investment Trusts (REITs) and Islamic Exchange Traded Funds (ETFs).

Ladies and gentlemen,

 

Constantly evolving & responding, Malaysia must remained ready and open

 

  1. The New Investment Policy is a forward-looking framework to ensure we remain ready to cater to changes in the global economy and to spur investment in future sectors. In many ways, it guides, facilitates and helps implement reforms to strengthen the fundamentals of our investment ecosystem.
  1. We are open to innovation in emerging opportunities: part of this is dealing with the review of Intellectual Property policies to address issues such as ‘evergreening’ or artificial extensions of market exclusivity that exists in certain sectors. Efforts are also underway to improve the government’s advisory services for local companies and entrepreneurs in their efforts in creating and exploiting IP.
  2. We are open to agile incentives: this includes fiscal and non-fiscal incentives on a more sector-agnostic basis, to enable agility in catering to evolving technologies and global priorities – including projects that exist in the fields of renewable energy, the digital economy as well as research and development that cuts across sectors.
  1. We and kee into better meet needs of companies and investors. I understand there are parties who are concerned with respect to the Government’s announcement to study Capital Gains Tax on unlisted shares at a low rate. I would like to give you the Government’s commitment that:
  1. Bursa Malaysia serves as an important avenue for companies to raise capital for growth via the primary market.
  1. With the growing need for companies to scale their businesses, I am pleased to note that the SC together with Bursa Malaysia will introduce the LEAP Market Transfer Framework for companies to migrate from the LEAP Market to the ACE Market. At the same time, Bursa Malaysia will introduce a new Recognised Approved Adviser Framework that will expand the pool of advisers for the ACE Market. I think the invitation by Bursa Malaysia maybe was conditional that I announced these issues.
  1. Lastly, we are open to the demands of ESG: Not only are we open, we seek to accelerate the transition and transformation of industries and local players towards ESG adoption, even for SMEs. For example, through MITI, consultation and engagement with local and international stakeholders is ongoing to develop the National ESG framework for the manufacturing sector by 2024 and I believe Tengku Zafrul will enlighten you further on this subject.
  1. Malaysia is taking a leadership role in the low carbon journey, by bringing a platform to help companies measure, monitor and drive reduction in carbon. In this regard, I am pleased to announce that next month, Bursa Malaysia, working with the London Stock Exchange Group (LSEG), will be rolling out a Centralised Sustainability Reporting platform.
  1. This will enable companies, both public listed companies as well as non-listed SMEs, to calculate their carbon emissions impact. It will also help them to disclose standardised common ESG data in a way that conforms to established global standards.
  1. This platform has the potential to be a key enabler to Malaysia’s pivot to green, and to support our sustainable development, while creating high skill jobs for our progress towards a high-income nation.
  1. I am often asked about the state of the nation’s political climate. As a Unity Government, we are committed and upfront about building and steering the nation together, in a cohesive and constructive manner.
  1. This cooperation also drives and coordinates efforts, and provides the basis for greater local autonomy to get working on addressing inequalities. This is crucial in reworking the longstanding economic imbalances not only between Peninsular Malaysia and Sabah and Sarawak, but also the urban and rural divide and urban issues relating to urban poverty or urban poor.
  1. We may be a relatively young nation, but our path to political and democratic maturity has been a steep yet steady climb, especially within the last decade.
  1. The reshaping of the Malaysian narrative is a continuous work- in-progress. I strongly believe that in building Malaysia MADANI, the greatest barrier to progress lies within us.
  1. May Allah the Almighty give us the strength and fortitude to move past these challenges together and rewrite the new narrative for Malaysia.
  1. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Bursa Malaysia dan Maybank di atas inisiatif ini dan saya berbangga dapat bersama dan saya dengan segala hormatnya merasmikan INVEST MALAYSIA 2023.

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN JANUARI 2023

16 JANUARI 2023

DATARAN BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolillah Kareem

YAB Dato’ Seri Fadillah Yusof

Timbalan Perdana Menteri,

Menteri-menteri,

YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali

Ketua Setiausaha Negara,

Dan rakan-rakan yang saya muliakan.

1. Kita panjangkan rasa syukur kepada Allah Taala. Semalam seharian kita ada pemukiman menteri-menteri. Ada kelainan dari segi pelaksanaannya, pertama, bukan sahaja menteri yang memberikan pandangan, perubahan, tetapi kita undang Ketua Setiausaha Negara, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Ismail Adam dan beberapa ketua jabatan supaya ada keserasian, kesefahaman di antara pimpinan eksekutif negara dan juga penjawat awam.

2. Jadi ini agak julung kali diadakan di mana, menteri-menteri mendengar pandangan. Namun, beberapa pandangan lain seperti dari Peguam Negara, SPRM dan lain-lain tentang bidang tugas dan peranan masing masing belum berkesempatan untuk dibentangkan. Dan ini tekad saya supaya ada kesefahaman yang baik serta suatu tingkat kerjasama kerana sebenarnya dalam mengurus negara dan apatah lagi kalau ada minat untuk bawa pembaharuan, mesti ada suatu kesedaran bahawa kita bekerja dalam satu pasukan, dan harus mantap. Jadi saya ucap terima kasih bukan sahaja rakan-rakan menteri tetapi juga kepimpinan perkhidmatan awam yang telah memberikan dukungan ke arah semangat perubahan ini.

3. Natijahnya apa?, Kita serap apa yang disebut sebagai humility. Dengan tawaduk bahawa ada kekuatan dan sumbangan yang lalu daripada zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al Haj sehinggalah kemudiannya. Ada kekuatan ada kelemahan masing-masing. Malah kalau untuk berlaku adil kepada negara, selalunya kita ambil dari leluhur bangsa. Tidak akan muncul Perdana Menteri pertama, kalau tidak ada kekuatan perjuangan generasi terdahulu yang membawa semangat kebangsaan merubah sistem, menolak penjajahan. Jadi kita selalu datang dengan kesedaran yang sedemikian yang bukan sahaja berlaku di semenanjung yang lebih arif tetapi juga perjuangan yang sama di beberapa daerah yang lebih kental di Sarawak dan di Sabah.

4. Itu yang pertama, keduanya dalam apa-apa sistem mesti ada keinginan dan hasrat untuk bawa perubahan. Saya masih ingat tahun 90-an dulu Peter Drucker yang terkenal dalam bidang pengurusan, di antara buku Drucker yang kurang popular tetapi penting ialah culture of contentment, maknanya budaya selesa. Sistem pentadbiran sedia ada sudah bergerak puluhan tahun, sudah mantap, tetapi harus ada kesediaan humility to acknowledge, ada kekuatannya tetapi bila kita letakkan tokoh baru harus hasrat untuk bawa perubahan. Semua agama begitu, Nabi Muhammad SAW juga begitu, seorang tokoh, Rasul yang melakukan transformasi. Walaupun saya lebih suka dengan reformasi. Tetapi tidak mengapa. Bawa pembaharuan, jadi tidak benar bahawa kita harus ada budaya selesa, culture contentment itu yang mendidik kita. Apa yang saya pelajari dalam masa singkat ini bahawa sekiranya ada pendekatan yang lunak majoriti bersama kita.

5. Menteri-menteri ini bukan dari satu pasukan, saya berentap dengan YAB Datuk Seri Fadillah kurang lebih dengan UMNO. Tetapi untuk belajar menerima kekuatan, mengakui kelemahan dan yang lebih penting, bertekad menyatakan bahawa negara ini harus stabil politiknya. Harus jelas hala tujunya dan harus kuat keinginan hasrat membawa perubahan, mengangkat semula martabat bangsa dan negara dan kalau ada itu kesatuan, wahdatul fikri (kesatuan pemikiran) ke arah itu, maka saya percaya kita boleh lakukan.

6. Langkah-langkah itu sebahagiannya telah diumumkan oleh KSN, sebahagiannya yang saya lontarkan dan rakan-rakan kita, umpamanya tahap kecekapan menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Contohnya baru-baru ini kita menggesa suatu tindakan yang lebih agresif. Bukan untuk mengambil tindakan tapi untuk melepaskan masalah pekerja asing dalam industri perladangan dan juga pembuatan dan dalam bidang bidang tertentu yang nampak sangat kurang dan menjejaskan kadar pertumbuhan negara kita.

7. Jadi saya lihat imigresen menyambut begitu baik. Kemudian beberapa langkah yang kita dukung, sudah ramai orang menganggap bahawa beberapa tindakan kita itu harus lebih telus kerana ketelusan itu penting. Istilah telus itu saya reka semasa belanjawan bukan istilah dalam Dewan Bahasa juga bukan dalam kamus tetapi maknanya  tindakan perlu, kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan. Jadi saya harap sambutan itu hangat daripada rakan-rakan, daripada semua jabatan.

8. MAMPU belum ada, Ketua Pengarah mengadu kepada saya. MAMPU buat banyak, tapi Perdana Menteri tidak beri perhatian, tidak benar, sebenarnya kadang-kadang saya bagi perhatian lebih, Itu yang saya lawat kemudian. Sebab dia sudah mantap. Tetapi yang saya tekankan ialah penguatkuasaan. Apa yang saya pelajari terutama di Kementerian Kewangan, melihat banyak fail-fail, banyak keterlanjuran. Hendak salahkan pegawai kalau minit daripada Menteri apatah lagi YAB Perdana Menteri, dia patuh. Tetapi saya telah memberi pengarahan yang jelas kalau ada minit daripada Perdana Menteri sendiri pun kalau dianggap melanggar peraturan undang-undang, sekurang-kurangnya saya dimaklumkan terlebih dahulu. Apa lagi kalau di kalangan pegawai-pegawai di pejabat saya, atau  di pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri. Sebab itu, langkah pertama saya buat arahan dan minta YB Menteri beri kerjasama ialah kali pertama semua SUSK termasuk di Pejabat Perdana Menteri itu harus dari kalangan PTD.

9. Jadi langkah ini diambil tapi saya nak tekankan ia akan hanya berhasil kalau ada kerjasama yang penuh daripada rakan-rakan. Setakat ini, tanyalah KSN alhamdulillah, dengan penjawat awam ini, saya sangat terhutang budi kerana nampak semangat dan sambutan saudara-saudara itu sangat baik, teguran-teguran saya boleh diterima baik. Contohnya, saya sebut kontrak-kontrak yang kadang-kadang komisen terlalu tinggi harganya tidak berpatutan. Bukan saya menuju kepada sesiapa, is a fact,  you cannot. We cannot succeed as a nation. Kalau kebocoran dan ketirisan itu begitu banyak dan ramai pegawai terpaksa patuh kerana jika tidak patuh akan ditukar ke Pool, maka sebab itu saya harap saudara beri kerjasama dan kita bersama tingkatkan kecekapan.

10. Jadi sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan mungkin dalam ruang yang lain saya hendak lontarkan idea dan dengar pandangan saudara-saudara seperti mana saya lakukan dengan semua KSU dan Ketua pengarah. Insha-Allah kita adakan kalau ada apa-apa masalah jangan simpan kerana kita hendak pastikan negara ini bergerak dengan lebih pantas. Tolong sampaikan sama ada kepada saya atau Timbalan Perdana Menteri ataupun kepada YB Menteri supaya kita dapat maklum balas yang baik.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.