INISIATIF KERAJAAN PERPADUAN MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU EKONOMI ASIA DAN DESTINASI PELABURAN YANG BERDAYA SAING DI PERINGKAT GLOBAL


KENYATAAN MEDIA

YAB PERDANA MENTERI

PERTEMUAN SECARA MAYA BERSAMA ELON MUSK

Hari ini saya telah mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk. Beliau juga adalah CEO Tesla Inc.. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Komunikasi dan Digital YB Fahmi Fadzil, turut menyertai sidang ini.

Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia. Turut mengucap tahniah dan dokongan Kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini.

Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050. Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik.

Kami turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan.

ANWAR IBRAHIM

14 Julai 2023

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS LIBAT URUS BELANJAWAN 2024

‘MEMPERKASA MALAYSIA MADANI’

 

BERSAMA

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

 

 

14 JULAI 2023 (JUMAAT)

 

KEMENTERIAN KEWANGAN, PUTRAJAYA

 

  1. Terima kasih ke atas kehadiran wakil dari persatuan-persatuan, pengusaha, pelabur, peniaga koperasi dan pakar ekonomi. Dalam beberapa bulan yang lalu, saya aktif dalam mengadakan beberapa pertemuan dengan kelompok-kelompok kecil pakar-pakar ekonomi secara berkala dan juga menerima pandangan daripada peniaga-peniaga tentang bagaimana harus ditingkatkan lagi usaha memacu pertumbuhan, menarik pelaburan dan di samping itu, mewujudkan satu dasar yang menunjukkan keprihatinan dan ihsan kepada rakyat sesuai dengan kerangka Malaysia MADANI.

 

  1. Pagi tadi telah diadakan perbincangan dengan Elon Musk menerusi video conferencing disebabkan keuzuran beliau tetapi ada beberapa hal yang sangat menyegar dan meyakinkan kita. Beliau memilih Malaysia sebagai salah satu pusat penting dan bersetuju untuk memulakan pergerakan dengan mewujudkan ibu pejabat bagi kegiatan beliau di Cyberjaya dan akan beroperasi dalam masa sesingkat mungkin.

 

  1. Kegiatan kereta elektrik (EV) akan ditingkatkan melalui TESLA, sementara Starlink yang merupakan kemudahan akses Internet yang lebih demokratik menjurus kepada isu kemanusiaan juga turut dipertimbangkan. Beliau tekankan kepada saya bahawa ini sebenarnya “The future agenda for mankind, not to allow inequality to persist and to ensure that there is a opportunity for every single citizen, the most remote parts of the country to have access to Internet”.

 

  1. Ia lebih murah dan lebih kompetitif. Beliau hanya dapat menyediakan peringkat awalnya 40 kemudahan yang kita boleh letakkan di kampung-kampung, universiti, kolej yang sebagainya tetapi beliau memberi jaminan untuk memberi arahan supaya menjadikan Malaysia ini sebagai satu pusat atau negera yang penting untuk diberikan tumpuan.

 

  1. Selain daripada TESLA dan Starlink, Space X juga merupakan satu rencana beliau dan menariknya kerana apabila diluncurkan pada tahun 2009, kita adalah antara negara yang telah memberikan dukungan awal kepada beliau dalam keadaan banyak negara-negara lain termasuk negara barat tidak memberikan keyakinan.

 

  1. Jadi beliau menyebut kepada saya tentang bagaimana tersentuhnya beliau tentang keyakinan kita dan saya kata, walaupun saya secara peribadi tidak boleh mengambil kredit kerana ini dilakukan oleh pimpinan-pimpinan terdahulu, tetapi Malaysia tentunya bangga dengan keputusan itu terutama kerana terdapat tiga (3) syarikat utama di Malaysia yang sebenarnya memberikan pengisian dalam program itu.

 

  1. Saya telah memberi jaminan supaya Menteri Komunikasi dan Digital serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saudara Fahmi dan Tengku Zafrul akan memastikan ketiga-tiga syarikat itu diberikan ruang dan perhatian supaya mendapat sinergi dengan keperluan Elon Musk. Beliau memberi jaminan akan mengadakan lawatan dan kunjungan ke Malaysia dalam masa sesingkat mungkin.

 

  1. Ini memberi gambaran tentang keyakinan pelabur asing untuk datang ke sini. Sebab saya tahu Tan Sri Tengku Muhammad Taufik pun ada di sini, apabila ada Persidangan Energy Asia baru-baru ini, kita lihat beberapa kemajuan termasuk dari Saudi Aramco untuk mengembangkan pelaburan mereka di Johor dan mungkin di tempat lain. Pengerusinya sendiri, saudara Amin H. Nasser telah memberitahu kepada saya bahawa beliau mahu menjadikan Malaysia ini sebagai tapak di rantau ini.

 

  1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong tatkala menunaikan haji sempat berbicara dengan Putra Diraja, Mohammed bin Salman yang juga merupakan Perdana Menteri Arab Saudi yang turut memberikan pendekatan yang sama iaitu Malaysia akan dijadikan hub untuk minyak dan gas bagi pihak Arab Saudi.

 

  1. Ada beberapa kegiatan lain selain dari PETRONAS dan Saudi Aramco yang saya percaya akan dijelaskan kemudian, tetapi ini semua menunjukkan bahawa ada kelebihan di Malaysia yang patut kita manfaatkan kerana Malaysia boleh bertapak semula sekiranya kita boleh menarik pelabur ke negara ini.

 

  1. Oleh itu, saya rasa selain daripada masalah-masalah yang kita warisi; hutang, defisit, kedudukan dan senario ekonomi global yang mencabar, ada juga beberapa berita baharu dan harapan yang harus kita manfaatkan. Dalam Belanjawan yang lalu, saya telah tekankan tentang bagaimana kita harus pacu ekonomi yang terangkum dan mampan tetapi ia tertakluk juga kepada keupayaan kita melakukan reformasi, tata kelola dan institusi.
  2. Ini tentunya kontroversi kerana dia agak bersifat politik. Kalangan yang umpamanya selesa dengan cara lama, dengan memberi sogokan rasuah untuk mendapatkan kelulusan atau mendapat kontrak besar tanpa tender, itu tidak senang dan memberikan serangan yang kuat kerana kata mereka, pentadbiran sekarang khususnya Perdana Menteri terlalu sibuk dengan soal rasuah dan tidak mentadbir negara.

 

  1. Mereka lupa bahawa punca malapetaka negara ini di antara lain adalah kerana hilang keyakinan. Semalam, salah seorang konglomerat besar dari Hong Kong, Richard Lee telah berjumpa saya dan berbincang panjang dalam soal peluang pelaburan dan beliau lebih yakin serta mengucapkan tahniah kerana beliau kata ada usaha gigih pemerintah sekarang untuk mengikis imej negatif bahawa Malaysia ini sarang rasuah, dan kata-kata beliau tidak boleh dinafikan, saudara bacalah media di seluruh dunia, Malaysia memang selalu dikaitkan dengan masalah ini.

 

  1. Jadi sebab itu kita harus tegas, pacu pertumbuhan, tarik pelabur, reformasi institusi dan jamin dalam masa yang sama supaya masyarakat kita tidak tersisih dan terbiar terutama yang miskin sama ada miskin bandar atau desa. Saya percaya kalau ekonomi itu dapat meningkat, semua kempen kotor untuk menimbulkan kebencian antara kaum dan menimbulkan salah faham agama itu akan dapat dikurangkan.

 

  1. Saya tidak akan sebut tentang beberapa pencapaian suku tahun pertama, ada kebimbangan bagi bulan April dan Mei tetapi angka terakhir menunjukkan ada lonjakan semula bagi bulan Mei dan Jun. Ini mungkin ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) kemudian ataupun dalam dialog sebentar lagi. Terima kasih juga kerana yang hadir ini luar biasa ramainya dan mewakili semua peserta-peserta penting di Malaysia. Maknanya kalau berdasarkan kehadiran hari ini, kegiatan di luar ekonomi itu malap kerana semua ada di sini sebenarnya.

 

  1. Ada orang tanya mengapa kita beri penekanan umpamanya tentang isu-isu rakyat. Esok umpamanya saya akan ke Kedah, kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diselenggara oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), semua agensi pusat dan juga BERNAS. Satu kerja yang telah berbulan-bulan dilakukan dan diselaraskan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara kerana selagi kita gunakan teknologi yang sama, pendekatan yang sama maka jumlah subsidi untuk rakyat miskin dan beban kemiskinan itu akan ditanggung bertahun atau berpuluh tahun akan datang.

 

  1. Maka akan diadakan satu pendekatan baharu untuk memastikan ada peningkatan produktiviti bagi padi dan beras negara. Itu akan saya umumkan secara lebih terperinci esok dan ada kegelisahan di kalangan penjawat awam yang juga harus diketahui oleh saudara-saudari kerana selalunya apabila disebut angka itu dia kata kita ini bloated bureaucracy dan menjadi mantera yang diterima semua. Mungkin ada sedikit kebenaran tetapi apabila kita teliti dan saya meminta rakan-rakan yang membuat kajian dan yang meneliti, rupa-rupanya kebanyakan negara tidak masukkan jumlah umpamanya angkatan tentera polis dalam jumlah birokrasi itu, jadi dari segi peratusan sebenarnya lebih rendah.

 

  1. Negara Singapura tidak memasukkan armed forces and police, sesetengah negara tidak memasukkan golongan profesional seperti guru, doktor dan tenaga profesional perubatan. Akan tetapi, yang  kita tidak boleh nafikan ialah bahawa harus ada juga reformasi dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan mutu khidmat tetapi juga keprihatinan kita dan pengakuan kita bahawa kadar ganjaran upah itu tidak setimpal dengan pengorbanan khidmat mereka. Kita harus tangani hal ini.

 

  1. Dasar yang bakal diumumkan dalam memperkasa Ekonomi MADANI yang diharap akan diumumkan akhir bulan ini atau awal Ogos ialah yang pertama, agar Malaysia menjadi peneraju ekonomi Asia. Dalam pada itu, memastikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bertaraf global. It is a major challenge with the extremely vibrant and competitive environment in the region. How to make Malaysia the really efficient and more competitive.

 

  1. Efficient in terms of ease of doing business, competitive in terms of what we can give both to the Foreign Direct Investments (FDI) and also domestic investment. In my discussions and dialogue, quite number of you express why this special emphasis on FDI? I said we will have to continue to do that. Make no apologies on the requirement, the need to attract Foreign Direct Investments, at the same time we will make sure that the facilities incentive accorded must be equally given to the domestic investors.

 

  1. Membina ekonomi berteraskan inovasi dan pengetahuan. Perbincangan saya bersama Elon Musk pagi tadi umpamanya ada kaitan bagaimana beberapa syarikat tempatan mempunyai keupayaan untuk bersama dan tidak diberikan tumpuan, galakkan dan dukungan yang lebih dan ini harus kita berikan perhatian.

 

  1. Kemudian, keupayaan dalam ekonomi Islam yang kini mencecah lebih USD satu trillion dan juga jaguh Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) serantau. Kedua, kita juga memberikan penekanan kepada rakyat bahawa pertumbuhan dan pemacuan ekonomi ini akan menjamin kehidupan rakyat itu ditingkatkan dan lebih berkualiti. Pekerjaan pendapatan tinggi, peluang yang lebih adil dan saksama, penyampaian perkhidmatan terbaik dan perlindungan sosial untuk golongan rentan.

 

  1. Maka sebelum dibentangkan Belanjawan MADANI 2024, penting untuk saya umumkan beberapa langkah utama dan segera sebagai ikhtiar awal untuk merealisasikan pemerkasaan ekonomi MADANI. Selain daripada apa yang saya sebutkan, akan melibatkan beberapa pengumuman baharu hari ini.

 

  1. One key element of the MADANI empowerment is establish Malaysia as a global competitive investment destination. Malaysia will streamline its investment promotion agencies. By the end of 2023, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) will take the lead in reducing duplication among IPAs and at the same time strengthen the focus of handling investors, both domestic and foreign with the focus of translating approved investments into realized DDI and FDI, which means all the umteenth agencies will be only coordinated by Malaysian Investment Development Authorit (MIDA) respective whether there are agencies within a ministry or different ministries, you only go to MIDA and MIDA will coordinate the rest I have mentioned this and approved by the cabinet to suggest that we will not tolerate any departments or agencies that would insist that the old procedures sometimes are obsolete, must be observed or respected because this will be then coordinated and finally decided by MIDA.

 

  1. To better facilitate investors into Malaysia, the government will actively issue strategic investor pass for investors to enter into Malaysia on a multiple entry basis. For example, in Singapore, to attract professionals from Singapore, we have this Finance Zone in Johor. They require good accommodation and facilities, international school and golf course. I do not know what relevance has golf course got to do with good business but we satisfy them at the same time, they require multiple entry visa and there is no reason why we should delay this.

 

  1. Through this facilitation, strategic investors identified by MIDA will be able to stay in the country for a minimum of five years with a view to be extended for another five years. Earlier, we have given the full authority to Bank Negara in deciding professionals to be taken by the financial sector. In the past, after the approval given by Bank Negara, you have yet to go to Ministry of Home Affairs and etc and they will cause further delay.

 

  1. However, from the last two months, our decision was to give full authority to Bank Negara. Once Bank Negara decides and approves, then automatically approved by all the relevant agencies accepting, of course, if you identify him or her as a terrorist, cannot discount some of this potential investors. But I don’t think this is going to be the norm, probably very few exception and when I asked the list from Ministry of Home Affairs, from those names approved by Bank Negara, not one has been categorized as a terrorist suspect, good news.
  2. Now, third, to help address critical skills shortages, the government will extend the scope of digital nomad professional visit pass to cover manufacturing related skill sets. Through this path, eligible professionals such as E & I designers can move into Malaysia and freelance for up to two years.

 

  1. Selanjutnya, bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Kerajaan, beberapa langkah dilaksanakan dalam menyegerakan pelaksanaan projek cakna rakyat. Dalam belanjawan 2023 umpamanya setakat Jun 2023, RM188 bilion telah pun dibelanjakan iaitu 49 peratus daripada peruntukan lebih tinggi ketimbang perbelanjaan sebenar tempoh yang sama tahun lalu. Maknanya ada perubahan pelaksanaan. Kecepatan atau kepantasan pelaksanaan jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya tetapi saya telah beritahu dan beri arahan belum cukup memuaskan kerana kita boleh harus menjangkau lebih 60 peratus untuk sebelum bulan Ogos.

 

  1. Sehubungan itu, kita laksanakan pemusatan kuasa atau decentralization peruntukan tambahan dan memberi kelonggaran tatacara perolehan. Umpamanya jika projek itu RM50 juta ke bawah diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Teknik Sabah dan Sarawak. Ini bahaya apabila Menteri Kewangan silap juta ni sebab ringgit ini Gabenor punya hal. Luckily, he is here for a dialogue with the some relatively better news otherwise we have been ini trouble (nada seloroh).

 

  1. Peruntukan RM100,000 kepada semua jurutera daerah untuk melaksanakan pembaikan kecil di peringkat daerah. Apa maksud projek-projek kecil ini? Membaiki tandas sekolah yang hampir keseluruhannya tidak baik, bumbung dan sebagainya ini boleh disegerakan dan saya berikan arahan untuk menoktahkan kemiskinan tegar untuk keselesaan sekolah-sekolah dengan kemudahan asas seperti tandas.

 

  1. Itu mesti disegerakan dan ini termasuklah rumah pasukan tentera kita. Chief ada di sini dan kita memang tengok di beberapa tempat yang kita lihat dalam keadaan yang sangat daif. Jadi saya telah meluluskan untuk kor kejuruteraan RM200 juta supaya mereka dapat laksanakan segera untuk baiki bukan buat rumah baru, bukan betulkan struktur tetapi baiki perumahan-perumahan yang bocor ataupun tandas yang rosak dan pintu yang lekang dan sebagainya. Esok insya-Allah saya akan umumkan beberapa langkah lain untuk anggota polis termasuk penjara. Saya ada sedikit sentimen untuk membantu rumah-rumah penjara.

 

  1. Ini sama juga dengan projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu penambahan RM100 juta. Bagi Kementerian Pendidikan adalah sebanyak RM1.5 bilion dan kalau ada kelewatan, kita telah beri kelonggaran pelaksanaan termasuk untuk disenggarakan oleh PIBG.

 

  1. Ada beberapa langkah baru yang saya umumkan sekarang berhubung aspek peluang pekerjaan dan meraih pendapatan. Government-linked companies (GLCs) yang menyediakan 35,000 peluang pekerjaan akan turut mengambil lepasan TVET bekerja. Saya sudah minta semua GLCs memberikan laporan berkala tentang berapa jumlah yang diambil supaya target kita untuk memperoleh 35,000 pekerjaan akan dapat dipenuhi.

 

  1. Kementerian kewangan menetapkan secara dasar supaya semua syarikat GLCs yang mengambil pelajar yang menjalani praktikal / latihan industri / internship dan saya merayu kepada syarikat-syarikat yang mengambil intern. Intern ini adalah graduate atau siswazah, tetapi sesetengah syarikat yang ambil tidak bayar atau kalau bayar kecil sangat. Jadi untuk permulaan, intern dari segi tradisi memang tidak dikenakan bayaran, betul sebab ia adalah exposure and training tetapi jika dia datang daripada keluarga yang miskin dan kadang-kadang beberapa dialog saya di universiti, mereka merayu betul, dahlah habis belajar kemudian tidak ada lagi pinjaman, bantuan dan PTPTN. Jadi terpaksa bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu untuk kerajaan dan syarikat GLCs, elaun perantisan minimum RM800 sebulan untuk semua intern. Cadangan ini diberikan kepada saya oleh seorang pelajar tingkatan enam. Walaupun kita perlu input daripada pakar-pakar ekonomi tetapi kadang-kadang pelajar tingkatan enam bagi cadangan yang baik, jadi saya terima. Bank Simpanan Nasional akan meluncurkan Program Geran Padanan Pendigitalan PMKS dengan peruntukan RM100 juta pada Ogos 2023.

 

  1. Akhirnya ialah soal perlindungan sosial untuk rakyat yang memerlukan 80 peratus daripada nilai caruman PERKESO ditanggung oleh Kerajaan bagi menggalakkan pekerja gig membuat caruman PERKESO dengan peruntukan RM100 juta.

 

  1. Skim Perubatan MADANI turut diperkenalkan terutama bagi golongan miskin untuk mendapat rawatan dari pengamal perubatan awam swasta (GP) dengan peruntukan RM100 juta. Sambutannya sangat baik, oleh itu, Menteri Kesihatan atau Kementerian Kesihatan telah minta diperluaskan, maka kita memperluaskan skim ini ke tujuh negeri, terutama negeri yang lebih pesat penduduknya.

 

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk meringankan kos sara hidup di tambah kerana setakat ini lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data E-kasih akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SAR) mulai 17 Julai 2023 berjumlah RM600 bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas. Maknanya ini adalah tambahan 200,000 penerima STR berdasarkan data E-kasih, mereka mendapat RM600 mulai 17 Julai.

 

  1. Ini adalah beberapa langkah baru yang kita ambil yang lain itu saya telah menerima beberapa memorandum termasuk daripada SME, ANGKASA, persatuan, dialog-dialog dan kita ambil kira termasuklah perbincangan yang akan diadakan pada hari ini.

 

  1. Saya sekali mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kesediaan saudara-saudara memberikan kerjasama dan kita percaya dan yakinlah bahawa kalau ada satu tekad yang begini, saya percaya kita boleh angkat semula martabat ekonomi Malaysia sesuai dengan harapan kita untuk menjadi satu gergasi di rantau ini.

 

Terima kasih, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

PUTRAJAYA, 13 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa inisiatif baharu bagi memperkasakan operasi agensi penguatkuasaan negara termasuk menyediakan peruntukan RM100 juta bagi memperkukuh kelengkapan penguatkuasaan.

Inisiatif lain yang diumumkan adalah penambahbaikan Elaun Pakaian Seragam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta kajian bagi memperkasa organisasi dan menambah baik laluan kerjaya kepada Pegawai dan Anggota Skim Penguat Kuasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican menyegerakan penyaluran peruntukan RM100 juta kepada agensi penguatkuasaan selewat-lewatnya akhir minggu depan.

“Saya setuju dalam enam bulan ini, peruntukan RM100 juta untuk bantu mereka (agensi penguatkuasaan) lengkapkan keperluan di jabatan.

KSP segerakan, harap peruntukan diterima selewatnya akhir minggu depan. Akhir minggu depan iaitu Jumaat depan peruntukan sampai ke semua jabatan. Kalau tidak sampai lapor kepada saya ,” katanya pada program Cakna MADANI Perdana Menteri bersama Agensi Penguatkuasaan yang dihadiri kira-kira 2,400 anggota.

Anwar berkata Elaun Pakaian Seragam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) ditambah baik kepada kaedah bekalan Kemudahan Pakaian Seragam di enam agensi dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM5,502,780 setahun.

Enam agensi terlibat adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Jabatan Penjara Malaysia; Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Jumlah elaun ini kadang diberikan tidak setimpal dan ada yang kena tampung wang sendiri,” katanya.

Anwar berkata kerajaan pimpinannya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kebajikan anggota penguat kuasa yang bertugas untuk negara.

“Beberapa sesi mesyuarat, hal ni (kebajikan dan keselamatan) dibangkitkan apabila kita lihat tindakan seperti APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Jabatan Imigresen di sempadan hadapi risiko tugas dan tekanan.

Kawasan perbatasan kemudahan sangat daif… ini semua diberi perhatian (oleh kerajaan),” katanya yang turut menegaskan tindakan susulan akan diambil.

Anwar berkata beliau juga akan mengumumkan berita gembira khusus melibatkan aspek perumahan untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Petani pada Sabtu ini.

Beliau berkata usaha bagi menjaga kebajikan anggota penguatkuasaan lain seperti Jabatan Penjara, Jabatan Kastam dan lain-lain akan diteliti olehnya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Anwar meminta semua anggota agensi penguakuasa  melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang dengan berani tanpa rasa takut terhadap mana-mana pihak.

“Saya nak penguat kuasa jangan bagi peluang, ada penyeludupan jangan peduli pangkat sebaliknya ikut peraturan dan undang-undang…kalau ada ganggu untuk pertahankan, teks (maklum) saya,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan pasukan SPRM kerana tegas dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

Keberanian ini tidak mudah (tentang rasuah)… berdepan orang seperti pengarah besar yang macam-macam mereka boleh kawal,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

— BERNAMA

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS ANUGERAH BUKU NEGARA 2023

DAN SESI TEMU ANWAR

 

13 JULAI 2023 (KHAMIS)

 

 

DEWAN TUANKU CANSELOR,

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI),

TANJONG MALIM, PERAK

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.

 

YAB Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad,

Menteri Besar Perak;

 

YAB Datuk Seri Amirudin Shari,

Menteri Besar Selangor;

 

YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir,

Menteri Pendidikan Tinggi;

 

YB Adam Adli bin Abd Halim,

Timbalan Menteri Belia dan Sukan;

 

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali,

Ketua Setiausaha Negara;

 

YBhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah,

Pengerusi Lembaga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI);

 

YBhg. Professor Dato’ Dr. Md Amin Bin Md Taff,

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI);

YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara;

 

Rektor dan Kaunselor;

 

Pemimpin mahasiswa dan mahasiswsi UPSI; dan

 

Rakan-rakan sekalian.

 

  1. Terima kasih, ini merupakan satu penghormatan kerana kita dapat mengundang beberapa tokoh-tokoh besar yang berjasa dalam perjuangan kebangsaan, perjuangan penerbitan, perjuangan meningkatkan mutu ilmu di negara kita termasuk sahabat dan profesor saya iaitu, Profesor Syed Husin Ali dan rakan-rakan lain.

 

  1. Saya minta persetujuan untuk menggabungkan ucapan sempena Anugerah Buku Negara sekali dengan Dialog Mahasiswa. Jadi, tidak perlu ada dua (2) acara, ada bangkangan? ada ke? ini macam Parlimen kena tanya dulu. Kalau namanya pembangkang, perkara baik pun dia kena bangkang, kalau setuju pun dia kena bangkang kerana namanya pembangkang (nada seloroh).
  2. Pertama, kita bicara soal Majlis Anugerah Buku Negara, mana-mana negara yang hendak mengangkat tamadun, harus berlandaskan kepada kekuatan ilmu. Kita biasa dengan lontaran idea Ibnu Khaldun menerusi karya besar beliau iaitu ‘Mukaddimah’, yang menjelaskan bagaimana satu negara mundur yang disebut Emral El-Badawi sebagai ‘Normadic Culture’, boleh terangkat bangkit sebagai kekuatan baru. Negara yang kemudiannya punyai tamadun dan budaya kerana kekuatan baru, apa dia kekuatan baru? Pertamanya, kekuatan yang disebut assabiyyah bukan assabiyyah perkauman sempit, tapi assabiyyah yang disebut semangat esprit de corps – semangat kekitaan. Suatu kelompok negara dengan idealismenya generasi baru bawa perubahan, mengangkat martabat hidup rakyat dan negara dan tentunya berlandaskan ilmu. Berbeza di antara Emral El-Badawi, Nomadic Culture dan peradaban baru atau tamadun baru. Ini kerana tunggak kekuatan itu adalah ilmu dan cita-cita murni, ilmu dan idealisme.

 

  1. Sebab itu, bila kita bicara soal buku, kalau dalam Islam atau tradisi Islam disebut budaya iqra’ berkaitan dengan membaca. Ini amat relevan dengan keadaan semasa kerana generasi kini senang terpukau dengan media sosial. Tidak ada salahnya, ini perkembangan semasa dan tuntutan zaman. Tidak boleh menolak untuk menangkis perubahan. Tetapi ada kelemahan-kelemahan dalam merumuskan satu idea yang kompleks, merumuskan soal cita-cita bangsa, masa depan negara, idealisme perjuangan hanya dengan kupasan beberapa minit di media sosial. Malah membicara soal ekonomi, politik, masa depan, dasar pendidikan, atau dasar ekonomi semuanya itu hanya dengan kupasan beberapa minit. Ini bahaya, sebab dasarnya bukan dasar ilmu secara menyeluruh.

 

  1. Mengapa kita di universiti? dan mengapa ada kuliah-kuliah? Prinsip kuliah itu menguasai ilmu sedalamnya dan seluasnya dan tidak menghukum atau memutuskan dengan satu tazkirah atau satu ceramah atau satu kupasan dalam tiktok selama satu minit. Ini peringatan yang sangat penting, bagi rakan-rakan terutama di kalangan pensyarah yang biasa dengan kupasan saya semasa saya Menteri Pendidikan dulu saya banyak mengupas karya Allan Bloom “The Closing of the American Mind”. Dia menulis sekitar tahun 80an dan telah memberi amaran kepada rakyat Amerika. Bukunya, “The Closing of the American Mind”, mengenai pemikiran tertutup. Sebabnya budaya membaca sudah kian hilang, minat membaca di kalangan orang muda sudah jauh berkurangan dari dulu. Itu berlaku di Amerika Syarikat, tetapi saya percaya tentunya lebih parah jika berlaku di negara-negara berkembang. Inilah cabaran kepada anak muda.

 

  1. Kalau kita mahu negara ini terangkat sebagai negara hebat, kalau kita mahu disiplin dalam pelbagai bidang teknologi AI, budaya, dan ekonomi, mesti ada minat penguasaan ilmu yang lebih serius dan mendalam. Dan tidak sekali-kali menganggap cebisan idea dan fikiran yang dilontarkan dalam beberapa saat atau beberapa minit itu mencukupi.

 

  1. Di dalam beberapa siri Temu Anwar yang diadakan di kampus-kampus di Malaysia, saya seringkali mengingatkan tentang buku dan saya percaya sebahagian daripada Profesor nanti berikan sedikit ruang sebelum kuliah, kupas buku Harry Lewis yang mengupas mengenai ‘excellence without a soul’. Beliau merupakan mantan dekan di Universiti Harvard yang terkenal, tetapi menegur Universiti Harvard yang juga centre of excellence in terms of the academia, education and scholarship. Katanya ia excellence, karya hebat, meneroka alam pemikiran baru, mencungkil bakat terbaik di dunia, tetapi kelemahannya, without a soul.

 

 

  1. Pintar tapi tidak terdidik dengan nilai, jiwa dan hati nurani untuk memberikan sesuatu yang baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya. Gedung hebat, maha perkasa tetapi di luar dengan pelbagai permasalahan kemiskinan, penderitaan rakyat, diskriminasi kaum, penghinaan terhadap kulit hitam, tetapi itu tidak mengesankan mahasiswa. Kerana mahasiswa tidak dilatih tentang nilai, tentang cita-cita murni dalam kehidupan dan tidak mengetuk hati nurani dan mencungkil bakat mereka. Ini cabaran menurut Harry Lewis dalam ‘Excellence Without a Soul’.

 

  1. Saya lontarkan idea tentang buku ini kerana apa? kerana kita harus memberi jawapan, sementara generasi muda dengan semangat kental yang baru ini harus mampu bangkit menguasai ilmu, mencabar pemikiran kolot, lapuk dan jumud. Mencabar penguasa yang guna kuasa bila ada kuasa, diukur dengan wang, sombong, angkuh, rompak kekayaan rakyat. Hendak jadi Perdana Menteri sebab apa? supaya anak menantu, keluarga, kaum kerabat jadi kaya, bukan memikirkan masalah rakyat. Oleh itu, bangkit anak muda menentang pemikiran lapuk dan merosakkan itu.

 

 

  1. Inikah makna excellence in education, but with soul, the love of scholarship? What do you mean love of scholarship, you love knowledge? there’s always any interest in aspiration to continue master and gain information knowlegde for what purpose to serve the community and the nation to know what is right to fight for justice in order and to reject hypocrisy corruption. Ini yang kita hendak tekankan.

 

  1. Apa kaitan dengan buku yang kita bicarakan kerana pemikir-pemikir seperti Raja Ali Haji tahun 30-an, kemudiannya tahun 1940, pendeta Za’ba. Za’ba itu pemikir, pencabar pemikir jumud dan lapuk. Apabila bicara soal kemiskinan umpamanya apa yang disebut oleh Za’ba, miskin harta, tapi juga ada miskin ilmu, miskin akal budi, maknanya miskin akhlak, inilah kupasan seorang pemikir besar bangsa kita.

 

  1. Bila dibicara dan dikupas tentang kemiskinan, katanya miskin bangsa, miskin harta tetapi diperluaskan, miskin budaya, miskin ilmu, miskin akhlak, miskin nilai, kerana bagi Za’ba pendidikan itu bermatlamat memperkaya dari segi pendapatan, tetapi dari segi nilai, dari segi ilmu, ini yang harus kita renungkan bersama dengan minat dan kesungguhan kita untuk membaca.
  2. Profesor Syed Hussein Ali yang turut berada di sini menulis awal lagi tentang tingkat lapis susun lapis masyarakat, iaitu sosial stratification dalam masyarakat, kalau tidak salah saya di Kerdau, Pahang, satu kawasan di Batu Pahat dan satu lagi di Kedah. Beliau membandingkan bagaimana masyarakat itu dalam strata berbeda dan apa erti kemiskinan dengan kebergantungan kepada kelompok yang lebih berkuasa. Peranan orang tengah dan lintah darat, peranan pemilik tanah dengan sewa tanah yang tinggi, itu dikupas.

 

  1. Saya juga ingat Prof Syed dengan Ungku Aziz dalam rencana kemiskinan, bahawa kemiskinan itu bukan kerana sikap seperti yang dikupas oleh banyak pemikir dan pejuang-pejuang Melayu. Masalahnya mereka jadi pejuang kebangsaan tetapi tidak baca buku Za’ba, tidak baca perkara yang dirungkai oleh Ungku Aziz, tidak baca kupasan Husin Ali, mahupun Jose Rizal yang bicara soal kemiskinan orang Filipina, yang juga merupakan di antara pemuka – precursor of the Asian renainsance. Dia dalam ‘The Indolence of the Filipino’, Jose Rizal mengupas tentang kemalasan orang Filipina. Apakah mungkin malas sesuatu bangsa dan negara yang melahirkan tamadun-tamadun sistem kesultanan, perdagangan di antara negara-negara? Adakah kemungkinan sikap dan malas menyebabkan bangkitnya empayar Melaka yang megah dan terkenal di dunia? tentunya tidak. Tetapi kesan daripada sistem penjajahan, penindasan dan pemerasan.

 

  1. Dari mana kita dapat tahu semua ini, dari membaca. Saya sebut 2, 3 tokoh khususnya Jose Rizal dan juga Syed Hussein Alatas, dengan ‘mitos pribumi malas’. Begitu juga karya besar, Edward Said, seorang pejuang Palestin, Kristian Arab. Belum baca satu pun, belum habis satu. Jadi saya tanya universiti mana? saya tidak boleh sebut universiti mana, sensitif. Profesor kamu siapa? kamu belajar apa?, maknanya tidak diasah minat untuk membaca.

 

  1. Perkembangan ilmu itu sangat dinamik dan perubahan itu pantas. Dan ini kaitan dengan apa yang disebut sebagai post normal. Post normal times era, ini untuk tajuk kedua. Apa dia era pasca normal? Kita bicara soal tiga (3) ciri pasca normal, iaitu ‘Chaos’, ‘Complexity’ and ‘Contradiction’. Mengapa kita kata ‘chaos’, the world is in chaos? tidak ada nilai yang membentuk masyarakat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengesankan, sistem nilai robak rabik. Kalau Rusia takluk Ukraine dianggap zalim dan ganas, kalau Israel takluk Gaza diizinkan kerana mempertahankan keselamatan Israel. 1000 anak-anak kecil dan wanita terbunuh di Ukraine itu dianggap genocide. 7000-8000 anak-anak kecil, bayi dan wanita terbunuh di Gaza dianggap self defense.

 

  1. Sebab itu bila kita kupas kekacauan, kegalauan, dalam sistem nilai dan pemikiran orang tidak lagi tersentuh hati nuraninya. Anak mana pun, sama ada anak Melayu, bayi Cina atau India, kadazan atau Dayak, itu anak manusia, anak kita. Kalau dia terdera, dia terseksa, sudah pasti menyentuh hati nurani kita. Kalau tidak apa guna bicara soal agama, bicara soal bangsa, kalau tidak ada nilai dan prinsip kemanusiaan. Padahal Allah SWT angkat darjat kita, karamah insaniah, wa laqad karamna bani Adam, post normal times era, pasca normal ini, kerana ia becomes chaostic in the world in the country sekiranya kita tidak jaga.

 

  1. Sebab itu jangan kita terbawa-bawa fahaman perkauman, jadilah Islam yang baik, jadilah muslimun hakiki, jadilah akhlak yang sebaik dan nilai yang baik tetapi tidak perlu benci kepada orang, tidak perlu mengkafirkan orang, tidak perlu memunafikan orang sewenang-wenang, dan tidak menghina rakan-rakan kita yang bukan Islam. Ajaran Islam mana yang mengajar kita menghina sesama manusia.

 

  1. Justeru, jangan kita izinkan pengaruh jumud merosakkan di tempat kita apa lagi di kampus. Kampus ini harus menjadi mercu tanda hebat, pemikiran toleransi kemanusiaan. Saudara-saudara UPSI mesti bangkit sebagai contoh terbaik, sejarah gemilang di universiti ini.

 

  1. Selain ‘Chaos’, faktor kedua apa? ‘Complex’. Ia rencam masalahnya, tidak seperti mana kita fikir dahulu. Apa masalahnya? ekonomi, pendidikan, kesihatan, atau kemiskinan? Kita bicara sekarang digital transformation, transformasi digital. Oleh yang demikian, kita perlu bincang soal AI, soal ekonomi, juga soal nilai, kerana ia kompleks. Tidak ditinggalkan soal mutu pendidikan dan disiplin ilmu baharu yang berubah dengan begitu pesat. Kepesatan dan kecepatan yang terkadang tidak dapat dikejar kalau kita lambat kejar kita akan ketinggalan.

 

  1. Sebab itu Saudara Zambery meneruskan usaha Datuk Seri Khalid Nordin sebagai Menteri Pendidikan Tinggi yang mana beliau harus cepat melihat apa disiplin-disiplin baharu yang harus dikuasai dalam suasana yang dikatakan kompleks ini. Maknanya kita cari supaya kita tidak ketinggalan. Selalu saya popularkan istilah atau frasa ‘menggapai ke langit’. Ini idea baharu, teknologi baharu yang disebut transformasi digital dan peralihan tenaga (energy transition) atau transisi tenaga.

 

  1. Semua ini memerlukan persiapan pendidikan yang baru maknanya ‘menggapai ke langit’. Tetapi kalau kita asyik gapai langit kita tinggalkan landasan. Oleh itu kita perlu ‘mengakar ke bumi’, maka soal bahasa Kebangsaan itu harus diutamakan. Jadi baru-baru ini saya tekankan tanpa tolak ansur, siapa sahaja tanpa terkecuali termasuk syarikat-syarikat tempatan, syarikat antarabangsa jika mahu menulis pada mana-mana jabatan Kerajaan mesti menggunakan bahasa kebangsaan. Sudah enam (6) dekad merdeka masih merangkak-rangkak masalah bahasa. Ini masalah kamu, jangan bebankan negara, syarikat untung ratusan juta ringgit tidak bolehkah ambil 1-2 guru untuk mengajar supaya staf dan eksekutif menguasai bahasa dengan baik. Saya tidak mahu tolak ansur lagi. Kita juga tahu ‘mengakar ke bumi’ itu meliputi bahasanya, nilai, akhlak, dan pengajian Islamnya bagi anak-anak Islam. Oleh itu, mengakar ke bumi supaya jangan kita menggapai ke langit terus, jadi harus ada tingkat itu.

 

  1. Kita tahu kalau ‘menggapai ke langit’, penguasaan bahasa tidak lagi satu, tidak ada negara maju dan di dunia ini yang hanya menekankan satu bahasa. Malah dalam tradisi Islam kita lihat juga Rasulullah SAW itu mengizinkan Salman Al-Farisi menterjemahkan al-Quran dalam bahasa Parsi. Bukan sesuatu yang aneh kerana tuntutan pada masa itu adalah untuk dia bawa pulang ke Parsi selain daripada al-Quran dalam bahasa Arab, 200 al-Quran terjemahan dalam bahasa Parsi.

 

  1. Kalau baca hikayat Hang Tuah, Hang Tuah itu dianggap laksamana ulung Melayu. Hang Tuah juga mempunyai penguasaan bahasa yang baik, bahasa Jawa, bahasa Siam, juga bahasa Keling, yang mana pada masa itu di dalam kitab ada disebut sekitar 11 bahasa. Tetapi yang saya hendak tekankan di sini dalah penguasaan bahasa, maknanya dengan syarat semua rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Maka ada keperluan bagi negara ini untuk meningkat mutu penguasaan bahasa Inggeris terutama di universiti, supaya anak anak mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 

  1. Kita juga menggalakkan sekiranya anak-anak mahu belajar dan menguasai bahasa Cina dengan baik kerana bahasa Cina bukan lagi bahasa suku kaum Cina atau etnik Cina. Bahasa Cina sudah menjadi bahasa ekonomi dan perdagangan penting di Asia terutamanya. Saya lihat upaya tokoh-tokoh politik, ekonomi dan bisnes baik di Amerika atau Australia fasih berbahasa Cina juga meningkat. Jadi bagi saya tidak ada salah, yang saya tidak mahu tolak ansur ialah semua mesti menguasai bahasa Melayu yang baik, kemudian kuasailah bahasa-bahasa lain. Ini akan meningkat keupayaan dan martabat kita, jadi dalam post normal times, perkara kedua adalah ‘Complexity’. Dan ketiganya, ‘Contradictions’, ia bertentangan satu idea dengan idea yang lain. Penyelesaian di Malaysia berbeda dengan penyelesaian di Jerman.

 

  1. Yang saya hendak lakukan selain daripada bicara soal anugerah buku ialah membaca. Ini penting dan saya amat bimbang kerana minat membaca itu kian menurun. Padahal kalau sudah kata kita mahu hidupkan tamadun Islam, tentunya tamadun Islam itu tamadun ilmu. Ada salah seorang khalifah di Baghdad, minta salah seorang sarjana dan alim dari kawasan Samarkhan, Bukhara untuk menjadi penguasa menteri atau Perdana Menteri. Adakah anda tahu apa syaratnya yang diberikan oleh Perdana Menteri itu?, dia tidak kata saya hendak Mercedes baru, atau saya hendak rumah baik, atau saya hendak elaun tinggi, tidak minta kesemua itu. Itu Perdana Menteri zaman sekarang. Zaman dulu dia kata saya perlukan 10 ekor unta untuk mengangkat buku-buku saya dari Samarkhan ke Baghdad kerana saya tidak boleh menjadi pemimpin tanpa gedung ilmu yang sebegini, yang telah saya kumpulkan. Saudara, lihatlah bahawa itu adalah budaya Islam.

 

  1. Sebaliknya yang kita dengar tentang Islam itu macam ini, asyik munafikan orang, kafirkan orang, ilmu tidak ada juga. Padahal dalam dasar dan budaya Islam, untuk mengembangkan Islam itu tentunya akhlak, moral, dan kesabarannya, kebijaksanaannya, hikmahnya dan ilmunya bukan kumpul buku. Saudara, bicara soal unta, unta itu bawa buku ribuan iring bakal menteri ini pergi ke Baghdad, tetapi unta itu tidak ada ilmu, yang berilmu itu si alim ini, unta itu dia bawa buku banyak tapi tidak ada ilmu. Jadi jangan kita di universiti ini ibarat unta, buku bercambah di perpustakaan tapi kita tidak pernah menjenguk dan membaca.

 

  1. Di antara ukuran kejayaan seseorang mahasiswa ialah kebiasaannya menggunakan kemudahan perpustakaan dan berapa banyak buku yang dipinjam dan dibaca. Mengikut pengalaman saya tatkala saya mengajar di yayasan dan akademik di Kampung Baru dahulu dan selepas itu sebagai profesor di Georgetown University, Washington DC, di antara hal yang saya lakukan di setiap kuliah 2 jam, saya akan manfaatkan kuliah 2 jam itu dengan hanya mengajar 1 jam pertama kuliah, 1 jam keduanya itu menanyakan graduan atau mahasiswa program postgraduate tentang buku yang dibaca minggu sebelumnya, dan minta dia ulas. Bukan tanya sudah baca atau belum, tidak, kita tanya buku yang sudah bacanya. Saya sebut tentang governance di bicara soal ini. Sila ulas apa maksud public accountability. Jadi saya ingat itu sahaja cara profesor boleh pujuk anak mahasiswa ini membaca lebih daripada biasa dan kalau boleh pembacaan yang lebih luas.

 

  1. Saya baru diberikan buku daripada seorang bernama Mitch Kapor dan juga isterinya, Freada Kapor Klein. Beliau merupakan pengasas Lotus bersama Steve Jobs dan sekarang buat foundation sendiri untuk startup. Walaupun saya kata saya baca banyak sikit, dan lebih banyak saya baca semasa banyak bercuti di Sungai Buluh, dan sebelum tu di Kemunting, jadi bila Sharani kata macam mana Anwar hendak bertanding di Perak dia bukan orang Perak. Dia tidak katalah orang lain yang kata (nada seloroh). Saya jawab saya 7 tahun di Kolej Melayu Kuala Kangsar, 2 tahun di kem tahanan, Kemunting, jadi saya 9 tahun di Perak, saya layak jadi anak Perak.

 

 

  1. Sementara itu, 6 tahun di Sungai Buloh di istana hinggap saya banyak membaca. Tetapi dalam banyak membaca pun saya terpaksa akui ada bidang baru yang saya belum terokai. Saya terpaksa baca tentang AI dan sekarang saya sedang habiskan buku mengenai startup yang ditulis oleh Mitch Kapor, foundation atau yayasan paling terkemuka dalam memulakan program startup di Silicon Valley. Kerana bagi dia dalam sistem ekonomi baru ini, kalau kita tidak galakkan anak muda, orang baru mencebur dalam bidang teknologi baharu, kekuasaannya hanya di kelompok-kelompok besar syarikat-syarikat terkenal, jadi mereka akan kuasai semuanya. Jadi, dia mulakan startup itu untuk apa yang dia sebut dalam bukunya, ‘to reduce inequality to provide opportunities for the young. in the new technological exercise and exploration’, jadi pengalaman dia itu sangat membantu.

 

  1. Oleh kerana ilmu saya dalam bidang itu agak lemah. Saya terpaksa baca ada kebetulan minggu lalu dia kirim buku baru dia Mitch Kapor dan Freada Kapor Klein tentang pengalaman dan startup. Jadi kalau saya dengan umur sekarang ini terpaksa baca untuk dapat ikuti perkembangan semasa dan baru, apa lagi anak muda. Jadi baliklah dengan pesanan ini bahawa budaya kita budaya Melayu dan tamadun Melayu itu berkembang hanya dengan kekuatan ilmu. Tradisi budaya masyarakat antarabangsa sedemikian, sekiranya mahu menjadi seorang penguasa, pemikir, intelektual dan elit di barat, mereka ada corpus buku-buku di barat. China ada karya besar, India ada karya besar. Begitu juga kita orang Melayu dan Islam ada.

 

  1. Jadi jangan ketinggalan kerana kejahilan, kalau tidak jahil pun dangkal, kedangkalan ilmu ini akan memungkinkan orang-orang menghasut kita dengan mudah. Ilmu kita sedikit kemudian orang kata kalau tidak buat ini masuk neraka, kalau tidak sokong ini masuk neraka. Jadi kita pun kena betullah kerana ilmu kita terlalu dangkal, mahu berhujah enggak bisa, menyoal tambah tidak berani jadi akhirnya terperangkap dengan pemikiran kolot dan jumud, menghukum semberono kerana kejahilan dan kedangkalan kita.

 

  1. Jika mahu maju, mahu jadikan negara ini negara MADANI, maka tingkatkan ilmu, kuasai ilmu dan kita bersaing dengan negara lain dan insya-Allah dengan semangat generasi baru ini, dengan semangat membaca dan menambah ilmu, saya yakin insya-Allah Malaysia akan berubah wajah sebagai negara hebat di rantau ini. Insya-Allah.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

  

TEKS UCAPAN  

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

PROGRAM CAKNA MADANI BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN

  

 

13 JULAI 2023

PICC, PUTRAJAYA

  

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.

YB Anthony Loke Siew Fook,

Menteri Pengangkutan;

YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution,

Menteri Dalam Negeri;

YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali,

Ketua Setiausaha Negara;

YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli Bin Mohamed,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); dan

YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican,

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan.

  1. Terima kasih atas kesudian yang hadir pada petang ini. Saya bincang dengan KSN dan KPPA dalam penyempurnaan tugas kita ini bidang penguatkuasaan itu diberi amanah yang besar dan amanah bukan dari segi pulangan hasil kepada kerajaan, tetapi juga dari segi pengawalan, mengelak daripada ketirisan dan sebagainya.
  1. Setelah beberapa bulan dalam kerajaan dan melihat keadaan di lapangan, kita dapati ada beberapa hal yang harus diberi pertimbangan oleh kerajaan. Umpamanya keadaan di sempadan, kemudahan-kemudahan, kemudian perumahan, isu-isu keselamatan pegawai terutama dalam menghalang penyeludupan dan lain lain.
  1. Saudara, janganlah sekali-kali memikirkan hal ini tidak diberikan perhatian, sebenarnya kita beri perhatian yang agak serius. Kalau kita mahu penguatkuasaan kerajaan yang berkesan maka, perhatian tentang kebajikan dan keperluan mereka itu harus difikirkan dan cuba atasi sebaiknya.
  1. Saya tekankan hal ini kerana dalam beberapa sesi Mesyuarat Jemaah Menteri hal ini dibangkitkan. Kita maklum akan ugutan, risiko dan tekanan yang dihadapi oleh penguatkuasa kita di sempadan, umpamanya APNM, Kastam dan Imigresen. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan di kawasan perbatasan dan sempadan negara yang sangat daif.
  1. Saya cuma ambil kesempatan ini untuk mengingatkan saudara-saudara bahawa hal ini diberi perhatian walaupun tidak semua ketika kita umumkan. Tetapi ada langkah akan diambil umpamanya hal-hal berkaitan sempadan, Kastam, Imigresen di sempadan Indonesia-Malaysia khususnya Sabah Sarawak. Kita peruntukan RM1 bilion kerana kita tidak boleh harapkan pegawai-pegawai kita bekerja dengan bersungguh tapi kita tidak berikan sedikit ruang keselesaan kepada mereka, bukan sahaja dari segi pejabat, tetapi juga perumahan kebajikan mereka.
  1. Jadi saya mulakan dalam mukadimah ini supaya semua faham bahawa anda sentiasa diberikan perhatian. Dalam pengendalian usaha Kerajaan ini, kadang-kadang kita rasa, bukan saya hendak salahkan sesiapa, tapi saya nampak ada kelemahan kita. Apa kelemahan kita?, kita kurang beri perhatian tentang masalah di lapangan.
  1. Selain itu kita berdepan dengan kontroversi, contohnya soal FELDA, ya benar pernah diluluskan dan ada kertas Jemaah Menteri meluluskan RM8.3 bilion untuk melupuskan hutang peneroka FELDA, tetapi dalam Belanjawan 2021, sementara tahun 2022 tidak ada peruntukan. Jadi walaupun pengumuman pelupusan itu ada, keputusan telah dibuat tetapi tidak ada tindakan susulan. Maka bila saya jadi Menteri Kewangan, saya minta laporan FELDA dari segi kedudukannya, pengumuman dibuat dipersetujui dan diluluskan tetapi hutang peneroka kekal. Kita tidak boleh elaklah semuanya dipolitikkan. Tapi saya beritahu yang tandatangan, kelulusan memuktamadkan. Permulaan pelupusan pinjaman itu adalah akhir bulan Jun sebelum Raya Haji RM990 juta daripada jumlah RM83 bilion.
  1. Namun, bila sampai di lapangan macam-macamlah, ada yang berkata Perdana Menteri bohong sebab sudah lulus. Saya tidak pernah kata tidak lulus. Tapi lulus, tanpa fulus. Fulus tidak ada. Contoh, saya lulus peruntukan RM1 juta tambahan kepada Kastam, lulus tapi peruntukan tidak sampai-sampai, 3 tahun dia lulus tanpa fulus.
  1. Sebab itu kalau kita lihat apa tumpuan kita tahun ini, kita dahulukan pembaikan tandas sekolah. Setiap sekolah tanpa kecuali tempat anak-anak kita belajar dengan kemudahan tandas asas yang tidak sempurna. Ini tidak kira lagi kipas rosak, lampu rosak dan kemudahan-kemudahan lain tidak ada. Jadi terpaksa kita siapkan RM1 bilion untuk perbaiki tandas termasuk klinik-klinik desa yang digunakan oleh keluarga kita, terutama di luar bandar. Kita perlu tambahan lagi RM1.4 bilion.
  1. Inilah pendekatan yang dibawa oleh MADANI, ia akan bermakna kalau ada perasaan ihsan dan rahmah. Sikap ihsan dan rahmah serta pertanggungjawaban ini yang acapkali saya sebut, hadam dan popularkan. Kita kerja itu dengan niat secara keras menolak penyalahgunaan kuasa, keras menolak rasuah kerana kita kasih kepada sistem negara kita, kita cinta kepada Malaysia. Kita hendak selamatkan negara kita ini daripada kekayaannya dirompak, memperkayakan sebilangan kecil, sementara yang lain itu terlantar.
  1. Negara yang memiliki khazanah yang besar, kekayaannya banyak, tetapi tidak terurus dengan baik kerana salah urus, penyelewengan, tamak haloba, dan nafsu serakah, maka sampai bila-bila pun tiada jamin keselesaan hidup kepada rakyat. Sebab itu dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menekankan tentang apa pun usaha dan kerja kita termasuk penguatkuasa, Ketua Jabatan, dan Menteri yang diamanahkan,

Ertinya: Sayangilah siapa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan disayangi oleh siapa saja yang ada di langit.

(HR At-Tirmidzi no. 1924).

Tunjukkan tanggungjawab dan kasih sayang kita kepada sesama kita ‘irhammu’ (kasihlah kamu) ‘fil ardh’ (paling di bumi). Maknanya keluarga kita adalah sesama Islam dan sesama manusia ini. Sebab itu tidak boleh ketepikan orang, kita tidak boleh hanya jaga Melayu sahaja, Islam sahaja, tetapi kita kena jaga sesama manusia kerana ‘Irhamu man fil ardhi’ itu kasih kepada yang di bumi.

  1. Kemanusiaan yang disebut adalah Humanitarian ideals atau istilah qurannya karamah insaniah. Allah mengangkat darjat manusia itu, ‘Walaqad karramna banee adam’, Allah angkat darjat manusia itu, kerana kasih sayangnya, kerana kemanusiaannya kepada satu sama lain. Apatah lagi kita ini walaupun Muslim majoriti Melayu dan Bumiputra itu juga majoriti, peruntukan perlembagaan jelas pertahankan kedudukan Melayu dan Islam dan hak keistimewaannya, bahasanya dan Raja-rajanya. Tetapi menjamin keselesaan, keadilan, kemanusiaan bagi semua yang lain.
  1. Justeru, kita kena ada keyakinan bahawa Islam itu sebagai contoh dan teladan yang baik. Jadi kasih itu yang di bumi, manusia keseluruhannya, haiwan di muka bumi, pohon-pohon, tumbuh-tumbuhan dan bumi yang kita pijak, bukit-bukau, serta tanah yang kita pijak. Kalau kita tunjuk kasih sayang tidak boleh zalim sesama manusia. Tidak boleh zalim kepada haiwan, tidak boleh musnahkan pohon jika tidak perlu. Tidak boleh musnahkan bukit-bukau. Habis bukit-bukit diceroboh kesannya kerosakan kerana tidak ada keseimbangan. Apabila banjir yang lebih merana, terkesan akibat malapetaka itu kebanyakan golongan miskin. Golongan kaya, golongan atasan jarang sekali terkesan dengan masalah banjir.
  1. Jadi bila kita kata pertahankan bidang penguatkuasaan ini, hal ini kerana kita hendak selamatkan manusia daripada nafsu serakah orang yang gelojoh mencuri harta memunggah kekayaan. Sama ada balak itu dengan izin atau tidak izin banyaknya itu dikuasai oleh penyakau-penyakau. Dan kerana kesannya esok kepada rakyat di bawah. Itu sebab kena dengan semangat kasih sayang irhamu man fil ardhi kalau ini dilakukan apa sambungan hadis di langit akan mencurahkan rahmat dan kasih sayang ke atas kamu. Jadi kalau begitu sudah rahmat kasih sayang antara kamu, tidak payahlah minta elaun tambahan (nada berseloroh). Itu tafsiran tidak betul, kerana yang kita minta itu munasabah dan hak kita. Jadi kalau tunjukkan kasih sayang di bumi nescaya di langit akan mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada kita (those in heaven will shower mercy upon you).

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

  1. Badan penguatkuasaan ini dipantau. Kadang-kadang mendapat liputan yang sangat negatif serta sering dikritik oleh pihak media dan orang ramai. Daripada 10,000 kerja yang baik saudara-saudara telah buat, tetapi tidak tercatat dan tidak dilapor, sebaliknya ada satu kesilapan media lapor dalam muka surat halaman depan. Sebab itu bila berlaku seperti mana isu Imigresen di KLIA baru-baru ini saya turun, saya menyatakan bahawa saya tidak boleh nafikan mungkin ada satu kelompok kecil yang salah, tetapi saya juga tidak boleh nafikan bahawa mereka semua telah bekerja dengan baik kerana sewaktu saya pergi lawatan mengejut ada 15 kaunter dan semuanya beroperasi dengan baik.
  1. Kemudian kebetulan apabila lalu di situ saya lihat pengoperasian Kastam, ada enam (6) mesin pengimbas di KLIA yang rosak, hanya satu (1) beroperasi, sudah tentulah saya menegur saya kata patut hal ini diperbaiki segera. Sekarang sudah baiki semua, berbanyak terima kasih kepada KSN. Selaku Menteri Kewangan tentu saya tidak puas hati kerana kerosakan itu sudah lama tetapi adalah tidak adil sekiranya saya membuat satu kenyataan umum dengan melibatkan seluruh Jabatan Kastam itu sebagai contoh. Jadi saudara-saudara janganlah tersinggung kita jalankan tugas kita dengan niat ikhlas mendapat rezeki yang baik dan tahu ada beberapa kelemahan dan kecuaian harus dielakkan.
  1. Jadi itulah serba sedikit pengalaman saya kongsikan. Tetapi seperti mana yang saya sebut dalam mukadimah sebentar tadi, saya hendak tekankan bahawa saya berdiri di sini untuk memberi pengakuan dan jaminan bahawa kita ambil berat. Oleh sebab itu, beberapa bulan lalu saya umumkan tentang kadar gaji upah penjawat awam, banyak orang kritik, mereka kata penjawat awam terlalu ramai. Ini tidak betul. Faktanya salah sebab Malaysia sahaja yang mengukur penjawat awam secara keseluruhannya juga melibatkan profesion kepolisian, petugas perubatan, guru sebagai sebahagian kategori penjawat awam. Di sesetengah negara profesion yang saya sebutkan tadi tidak dimasukkan dalam katergori penjawat awam. Jadi bila kita masukkan nampak begitu besar. Tetapi jangan kita anggap nisbah penjawat awam di Malaysia sudah mencukupi dengan jumlah 32 juta penduduk. Singapura tidak ukur begitu, mereka tidak masukkan tentera dan polis.
  1. Walau bagaimanapun, sama ada naik atau tidak kadar upah dan elaun penjawat awam, itu masih dianggap rendah. Setelah 10 tahun lebih sekarang belum ada pun jawatankuasa yang harus dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk mengkaji semula sistem skim saraan penjawat awam. Maka insyaa-Allah dalam 1-2 minggu ini, selepas PRN, saya akan pengerusikan mesyuarat pertama bersama KSN, KPPA serta beberapa Menteri dan pegawai untuk meneliti keseluruhannya skim perkhidmatan dan persaraan penjawat awam disamping melihat keupayaan kewangan kita bagaimana kita boleh perbaiki dan tingkatkan. Saya juga cadangkan supaya peningkatan itu secara berperingkat. Ini kerana kekangan kewangan dan perlu juga melihat kepada keupayaan ekonomi.
  1. Saudara, baru-baru ini saya umum RM200 juta untuk rumah tentera. Perumahan tentera itu dalam keadaan yang teruk, kita warisi puluhan tahun. Begitu juga dengan kemudahan Esscom di Lahad Datu, perumahannya teruk, kemudahan asas teruk, pejabat Esscom pula menyewa rumah kedai sahaja. Jadi salahkah saya kalau saya luluskan segera beberapa bulan yang lalu, RM200 juta untuk baiki segera. Bukan apa, ini perumahan tentera, bukan hendak bangunkan semula pun, kita baiki guna kor kejuruteraan tentera, baiki tandas rumah, pintu rumah dan bumbung yang bocor.
  1. Itu peringkat awal, kemudian polis, insyaa-Allah, hari sabtu saya tengah selesaikan keperluan semuanya dengan KSP dan saya akan umumkan di Sungai Petani tentang perumahan PGA dan Polis. Penjara juga kita sediakan RM10 juta untuk pembaikan. Jadi insyaa-Allah selepas kita uruskan perumahan Polis pada hari sabtu kita akan lihat pula perumahan Penjara, Kastam dan JPJ.
  1. Saudara, menjadi hasrat saya agar hal-hal asas ini ditangani dahulu dan urusan pentadbiran kerja lebih baik daripada sebelumnya. Saya cuba bagi contoh saya kerja pun sekuatnya walaupun umur sudah hendak mencecah 76 tahun. Saya hendak bahagian penguatkuasaan ini serius, jangan bagi peluang kepada penyeludupan. Kita ikut peraturan dan undang-undang. Kalau sekiranya ada orang ganggu gugat kerja saudara, saudara boleh teks saya dan saya akan pastikan saya akan pertahankan hak saudara.
  1. Kalau tidak, negara ini akan rosak sistemnya. Negara ini tertegak sebagai negara hukum. Kalau yang kecil-kecil kita pantau soal rasuah, yang besar-besarnya ambil berbilion-bilion ini jangan kita lepaskan. Sebab tu saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Azam dan seluruh pasukan SPRM kerana keberanian. Ianya tidak mudah, tidak mudah. Saya pun tahu bahawa tidak mudah. Saya Perdana Menteri, tapi saya tahu tidak mudah hendak berdepan dengan orang yang ada berbilion-bilion. Kalau orang itu berkedudukan tinggi, dia boleh buat apa sahaja, boleh keluar kenyataan apa sahaja, boleh fitnah. Pengaruhnya besar, mereka boleh kawal, mereka boleh beli media sosial, mereka juga jaga kepentingan media dan mereka boleh beli orang untuk mempengaruhi pendirian mereka dan mereka boleh beli undi. Tetapi saya sudah terima jawatan ini, saya sudah hadapi dan jalani liku-liku hidup sama ada yang senang mahupun getir, lebih banyak yang susah. Saya hendak pastikan kerjasama kawan-kawan dan saudara jalankan amanah dengan sebaiknya supaya kita dapat selamatkan Malaysia dan angkat semula martabat negara ini.

Saudara-saudara,

  1. Kita juga mahu perkukuh struktur organisasi dan laluan kerjaya kepada pegawai dan anggota skim penguatkuasa. Oleh itu, kita ada ambil keputusan belajar dari pengalaman. Sesetengah balai Polis tu masih guna mesin taip lama, mesin pengimbas selalu rosak, kemudahan-kemudahan asas banyaknya lemah. Maka kita beri kelonggaran kepada semua jabatan ini bagi aspek kemudahan keperluan asas kita beri kelonggaran untuk membeli peralatan, memperbaikinya dalam konteks keupayaan kewangan segera yang kita luluskan untuk tahun ini. Mulai sekarang kalau ada hal-hal yang saya sebutkan tadi Ketua Pengarah dan KSU harus kemukakan segera supaya kita boleh selesaikan tahun ini juga. Janganlah sampai tidak boleh buat kerja kerana isu kemudahan-kemudahan asas ini.
  1. Ada yang bangkit soal elaun pakaian seragam bagi kumpulan pengurusan dan profesional. Isunya jumlah yang diberikan ini tidak setimpal, harganya lebih jadi kena tampung wang sendiri. Uniform ini keperluan yang diwajibkan sudah bukan pilihan, sudah wajib. Jadi kalau belanja itu lebih daripada had yang ditetapkan berdasarkan keputusan jabatan masing-masing termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup implikasi kewangan untuk tahun ini sahaja RM5.5 juta ringgit ditambah.
  1. Saudara bagaimana kita boleh perbaiki? ada bahagian penguatkuasaan yang mengutip dana yang besar, iaitu LHDN dan Kastam. Jadi saya bersetuju untuk tahun ini kita peruntukan RM100 juta untuk membantu mereka melengkapkan apa sahaja keperluan di pejabat atau jabatan mereka. Ini satu permulaan yang saya ingat begitu bermakna kerana ini kali pertama maknanya yang sudah kutip RM100 juta itu ditahan untuk keperluan jabatan keseluruhannya. Untuk berlaku adil, kita terpaksa juga beri kepada penguatkuasaan yang tidak ada pulangan hasil. Ini kerana tanggungjawab mereka juga besar, justeru, kita pastikan supaya ada peruntukan khas yang diberi kepada jabatan tanpa perlu membuat permohonan dan peruntukan tahunan. Dan ini saya sudah beritahu KSP supaya dapat disegerakan dan peruntukan ini boleh diterima selewat lewatnya akhir minggu depan. Kalau tidak terima sila lapor kepada saya.
  1. Saya sekali lagi tekankan, kita punyai cabaran besar dalam negara kita. Kerana kita warisi keadaan hutang negara terlalu tinggi RM1.5 trillion dan defisit 56%. Tetapi berita baiknya apa? suku tahun pertama pelaburan tinggi RM71 bilion. Pertumbuhan ekonomi negara lebih tinggi daripada negara China, Singapura dan Indonesia 5.6%. Inflasi tiap bulan kian rendah 28% dengan pengganguran berkurangan, melainkan pengangguran di kalangan graduan muda agak tinggi sedikit.
  1. Namun, kita terpaksa mendepan dengan masalah kejatuhan ringgit. Walaupun berlaku di seluruh dunia tetapi ringgit itu tercabar di antara lain kerana kadar faedah kita rendah. Di antara yang paling rendah di rantau ini. Jadi bila dalam dialog mahasiswa mereka tanya, saya kata kalau saya ada RM1 million dollar Amerika Syarikat saya hendak letak simpanan tetap di Malaysia atau Singapura atau Indonesia. Pulangan di Indonesia dan Singapura lebih tinggi kerana OPR mereka itu jauh lebih tinggi, walaupun Singapura tidak panggil OPR. Tapi kalau saya naik kadar faedah, perniagaan kecil rakyat akan terbeban. Peminjam hutang rumah akan terbeban. Kalau saya tidak naikkan, ringgit jatuh sedikit. Jadi kalau tanya saya sebagai bertanggungjawab di antara ringgit jatuh sedikit dengan beban kepada rakyat, saya pilih untuk menyelamatkan rakyat daripada kedudukan ringgit.
  1. Baru sebentar tadi saya menemui Richard Lee Chee di antara peniaga paling kaya di Hong Kong, Beliau berminat untuk melabur di Malaysia. Minggu hadapan rombongan beliau akan datang ke Malaysia untuk membawa mesej pelaburan besar-besaran di sini. Jadi selagi kita dapat menarik pelabur seperti ini, saya percaya kita boleh selesaikan masalah ekonomi. Tanggungjawab kita bukan soal naikkan faedah, tanggungjawab kita pastikan negara ini diurus dengan baik dan dapat mengelak daripada penyakau-penyakau meragut kekayaan.
  1. Saya tidak sebut ini sebagai satu agenda mainan politik. Saya pegang sekarang, saya di antara pengkritik kerajaan paling kuat dahulu, saudara pun tahu perkara itu, tetapi apabila lihat fail-fail yang ada sekarang, rupanya kita warisi satu sistem yang benar-benar rosak. Kita angkat pemimpin-pemimpin sama ada namanya parti Melayu atau parti Islam atau parti pelbagai kaum, lebih ramai yang gunakan kuasa memperkayakan diri, keluarga dan kroni mereka. Bercakap berdegar-degar jaga Melayu, jaga Islam, jaga negara, tetapi masing-masing punyai kekayaan berbilion-bilion ringgit.
  1. Sebab itu bila orang jerit kuat-kuat hendak tolong Melayu, saya tengok muka-muka ini kalau betul-betul dia kaya. Saya kata betul hendak tolong Melayu ahlan wasahlan Harta kamu berbilion itu serah kepada orang Melayu setengahnya. Kamu ada kekayaan dapat RM5 bilion, RM2 bilion serah RM1 bilion balik pada rakyat. Kerana dari mana kau boleh dapat RM5 bilion RM2 bilion. Ada seorang mantan menteri meninggal, rebutan kekayaan di antara keluarga, ibunya dengan isteri. Kekayaan RM2 bilion. Ada orang dengan catatan punyai bank di Luar Negara. Memunggah kekayaan begitu banyak. Kalau hendak berjuang untuk rakyat, pulangkan balik kepada rakyat. Barulah kita boleh selamatkan negara ini.
  1. Tetapi sementara kami di sini, saya hendak jamin apa pun serangan yang mereka lemparkan, satu perkara yang saya hendak jamin saudara-saudara dan saya tidak akan tolak ansur sama sekali, iaitu saya tidak akan izinkan negara ini dan pemimpin-pemimpin untuk menggunakan kuasa mencuri harta rakyat dan merosakkan negara. Saya pohon kerjasama saudara-saudara pegang satu amanah penguatkuasaan dalam negara kita. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Kerajaan telah memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Beliau berkata ini menyaksikan bayaran pencen bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012 manakala pegawai awam yang bersara mulai 2013 bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.

“Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023.

“Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pesara semasa berkhidmat dan prihatin dengan kebajikan pesara dalam keadaan dan situasi sekarang. Oleh itu, kerajaan juga akan mengkaji semakan gaji perkhidmatan awam dan ia akan turut melibatkan pesara-pesara perkhidmatan awam,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980.

Beliau berkata ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang diharap dapat memberikan impak positif kepada kakitangan awam, pesara-pesara perkhidmatan awam dan kerajaan.

Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan pindaan undang-undang pada 2013 yang memperkenal skim pencen baharu dan melaraskan bayaran pencen setiap tahun dengan kenaikan dua peratus sebagai kurang menguntungkan pesara dan tidak berperlembagaan.

Pada 6 Julai lepas, Anwar berkata kerajaan akan mengumumkan mekanisme khas berkaitan pencen penjawat awam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa undang-undang sedia ada bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak menuntut semula bayaran kenaikan pencen sebanyak dua peratus yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas kerana ia sudah dinikmati oleh pesara dan jumlah yang diberikan tidak terlalu besar kerana kebanyakan penerima adalah dalam kalangan B40 dan M40.

— BERNAMA

 

KUALA LUMPUR, 11 Julai– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak bersikap berat sebelah kerana sering menjadikan ulama tersohor Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi dan karya pemikir Islam itu sebagai rujukan sejak zaman muda beliau sehingga kini. 

Anwar berkata karya ilmiah Yusuf Al-Qaradawi yang mengupas pelbagai aspek kesederhanaan dari segi pemikiran, tindakan, pemahaman dan kehidupan dalam ekonomi dan sosial umat Islam amat memberi kesan kepada kehidupan beliau.

“Kekuatan beliau ialah beliau menimba ilmu daripada khazanah lampau yang banyak tapi mengolah daripada zaman semasa, cara beliau kupas itu cukup menarik, beliau bawa kupasan itu selalunya luas daripada ruang lingkup terbatas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku ‘Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Sebuah Autobiografi: Sang Pelita Umat’ yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan anak Yusuf Al-Qaradawi,  Dr Mohammad Al-Qaradawi.

Perdana Menteri memberi contoh Fiqh Az-Zakat, yang dihasilkan oleh Yusuf Al-Qaradawi, disifatkan sebagai karya terbaik di dunia yang mengupas begitu mendalam mengenai kepentingan zakat sebagai institusi tonggak umat Islam dalam membantu golongan fakir dan miskin. 

Perdana Menteri berkata kupasan karya itu, antara lain menyentuh kepentingan tata kelola dan  pengurusan sistem ekonomi yang baik dalam menangani kemiskinan.

“Kupasan beliau ini bukan sahaja ketuk pintu hati kita tapi dapat menarik minat anak-anak muda untuk mempunyai semangat dan kekuatan membawa perubahan,” katanya. 

Daripada aspek peribadi, Anwar turut mengimbau kisah Yusuf Al-Qaradawi yang sentiasa ada bersama beliau pada saat-saat getirnya dan sering menerima kata-kata nasihat daripada ulama berkenaan. 

“Beliau tokoh gergasi dalam dunia ilmu tapi beliau anggap kita macam sahabat, ada hal kita tanya beliau, ada hal beliau tanya kita. Kasihnya daripada dulu, beliau mengambil berat, mengambil tahu, apatah lagi hidup saya, Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan anak-anak, beliau itu seolah-olah tonggak yang sentiasa ada,” katanya. 

Buku Sang Pelita Umat, daripada edisi asalnya dalam Bahasa Arab, mengisahkan perjalanan hidup ulama kelahiran Mesir itu sejak kecil yang aktif mengaji al-Quran, zaman persekolahan di Madrasah Diniyyah hingga Aliyah serta zaman kuliah hingga beliau menamatkan pengajian di peringkat sarjana.

Sepanjang hayatnya, Yusuf Al-Qaradawi, yang meninggal dunia pada 26 Sept tahun lepas pada usia 96 tahun, telah menghasilkan lebih 120 buku termasuk naskhah perundangan Islam selain menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa. 

Atas jasa bakti beliau dalam dunia Islam, Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.

— BERNAMA