KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Kerjasama antara semua jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sangat dituntut dalam menghadapi musibah banjir termasuk di Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah, kerjasama kedua-dua pihak ketika ini telah menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook malam ini.
Perdana Menteri berkata beberapa projek baharu turut diumumkan dalam lawatannya ke Pasir Mas hari ini sebagai langkah mengatasi masalah banjir iaitu meluluskan pembinaan benteng sementara bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.
Selain itu, Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 serta proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta akan dimulakan tahun depan.
“Moga segala dirancang ini bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah banjir yang berlaku,” katanya.
— BERNAMA
Similar Posts:
- PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR DISEGERAKAN, PERLU BEROPERASI MULAI JUN INI – PM ANWAR
- JIMAT RM1.8 BILION MENERUSI PROSES TENDER TERPILIH PROJEK RTB – ANWAR
- PEMBANGUNAN NEGERI, TEBATAN BANJIR ANTARA DIBINCANG DALAM KUNJUNGAN HORMAT AMIRUDIN
- KERAJAAN SUNTIK PINJAMAN RM152.6 JUTA UNTUK SIAPKAN OPV1 – PM ANWAR
- GEMPA BUMI: MALAYSIA SUMBANG LEBIH US$2 JUTA UNTUK TURKIYE, SYRIA