TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MALAM GALA FESTIVAL BUDAYA PUTRAJAYA 2023
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MALAM GALA FESTIVAL BUDAYA PUTRAJAYA 2023
30 SEPTEMBER 2023 (SABTU) | 8.30 MALAM
DATARAN PUTRAJAYA, PRESINT 3, PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
YB Dato Sri Tiong King Sing,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya;
YB Khairul Firdaus bin Akbar Khan,
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya;
YBrs. Dr. Yasmeen binti Yasim,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan);
YBrs. Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff,
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan);
YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan);
Datuk Fadlun Mak Ujud,
Presiden Perbadanan Putrajaya;
Tuan Yang Terutama, Duta-duta;
Pegawai-pegawai, rakan-rakan; dan
Saudara Saudari di depan di kanan dan di kiri.
- Terima kasih di atas kehadiran untuk menyerikan Malam Gala Festival Budaya Putrajaya 2023. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Perbadanan Putrajaya kerana telah menghasilkan satu pementasan yang begitu menarik dan hebat di negara kita. Maknanya kita mempunyai potensi untuk mengembangkan bakat dan ini memberikan makna kepada pertumbuhan seni dan budaya.
- Dahulu apabila saya lakarkan soal kebangkitan Asia atau Asian Renaissance, pangkalnya adalah pertumbuhan ekonomi kerana dengan memperkasa ekonomi, negara akan maju tetapi kemajuan itu tidak mungkin terbatas dengan pemerkasaan ekonomi. Negara dan masyarakat itu perlu kekuatan ekonomi tetapi juga pemerkasaan seni dan budaya.
- Sebab itu pentingnya peranan Kementerian ini dan program-program yang dilaksanakan untuk memartabatkan maksud seni sama ada lukisan, puisi, filem, teater, pementasan atau tarian yang kita akan saksikan pada malam ini.
- Pemerkasaan ekonomi dan pemerkasaan seni dan budaya dalam negara kita dengan kepelbagaian ini adalah kekuatan. Tidak banyak negara di dunia yang boleh mempamerkan seni dan budaya Melayu sebagai terasnya, dan dilengkapkan oleh seni dan budaya suku-suku kaum yang lain, dari Perlis hingga ke Sabah. Saya ucapkan tahniah kerana penyertaan menyeluruh dari seluruh suku kaum dan rakyat Malaysia pada malam ini.
- Gunakan kesempatan ini untuk melihat kekuatan yang ada pada kita. Kita boleh memilih perbezaan ini untuk memperkukuh dan memperkuat atau kita boleh memilih untuk menimbulkan keretakan. Saya percaya rakyat yang waras, cintakan negara, menghormati nilai karamah insaniah, dan kemanusiaan akan melihat perbezaan ini.
- Suku kaum, pelbagai jenis tarian dan budaya itu adalah kekuatan kerana kepelbagaian itu membina kehebatan negara Malaysia tercinta. Jadi saya harap malam ini kita adakan majlis dan saya percaya saudara-saudara sedang menunggu persembahan yang akan disampaikan dengan latihan yang begitu lama. Saya dengar semalam anak-anak terpaksa berlatih sehingga jam satu pagi. Hebat anak-anak ini dan berikan tepukan buat mereka. Jadi malam ini saya dan rakan-rakan akan bersama-sama menyaksikan rasa senang dan bahagia melihat keupayaan anak-anak mempamerkan kehebatan mereka dalam seni dan budaya.
- Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan satu penekanan kepada YB Dato Sri Tiong King Sing kerana beliau bimbang, takut saya tidak mengumumkan peruntukan tambahan. Saya ingin beri jaminan kerana pelancongan ini satu bidang ekonomi yang sangat penting dalam negara kita.
- Maka Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya harus percaya bahawa pelancongan adalah salah satu fokus kita selain perkembangan industri dan IT, teknologi makanan dan lain-lain. Tentunya dalam Belanjawan Negara kita akan berikan juga pemusatan tentang industri pelancongan termasuklah pemerkasaan seni dan budaya.
- Setakat itu sahaja saya boleh umumkan malam ini kerana malam ini adalah malam santai untuk kita tonton persembahan. Jadi sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Menteri dan seluruh pasukan di Kementerian dan Perbadanan Putrajaya kerana berusaha menjayakan majlis pada malam ini. Oleh kerana saya melihat sungguh hebat acara malam ini, mungkin saya akan cadangkan supaya acara Festival Budaya Putrajaya ini dijadikan acara tahunan di Putrajaya.
- Semoga Allah SWT memberikan kekuatan taufik dan hidayah.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PUTRAJAYA, 29 Sept — Kejayaan sesebuah tamadun merupakan hasil pimpinan pemimpin yang mempunyai hati nurani yang bersih dan tidak hanya bergantung kepada kerangka ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata tanpa ciri itu pada pemimpin, sesebuah tamadun akan runtuh sekiranya soal nilai dan akhlak tidak diberi tumpuan dalam agenda pembangunan tamadun.
“Dalam dunia moden dan teknologi maju, kena ada nilai dan akhlak. Tamadun yang runtuh bukan sebab ekonomi atau sosial, tetapi kerana tiada nilai dan akhlak, sebab itu tatakelola rosak.
Apabila tatakelola lemah, negara akan jatuh,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi agama di Seri Perdana, di sini malam ini.
Anwar berkata sejak beliau memimpin Kerajaan Perpaduan pada November lepas, agenda untuk mengangkat martabat Malaysia di mata dunia menjadi agenda utamanya dengan dibantu barisan Menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum dan agama.
“Saya pegang jawatan ini, Alhamdulillah..dan saya selesa. Saya tak perlu wang berjuta-juta untuk beli harta.
Saya tidak perlukan itu, tapi saya nak buktikan sesungguhnya di Malaysia ini ada Melayu Islam yang berpegang dengan fahaman Islam dan boleh angkat martabat negara,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Menyentuh peranan Jakim, Anwar berkata peranan jabatan itu di bawah pimpinannya lebih luas berbanding sebelum ini kerana khidmat nasihat serta pandangan Jakim diperlukan dalam setiap urusan tadbir urus negara dan menyatakan penghargaannya terhadap setiap pandangan yang dikemukakan daripada agensi berkenaan.
Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jakim yang bermula pukul 6.30 petang itu dihadiri kira-kira 300 pegawai hal ehwal Islam Jakim dari seluruh negara.
Hadirin turut bersolat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Zulkeffly Adimun disusuli dengan bacaan doa dan tausiyah (nasihat) yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dan kemudiannya mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah.
Majlis ilmu sedemikian diadakan secara berkala di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak diperkenalkan Anwar pada 22 Dis 2022 dengan pengisian tausiyah yang disampaikan ulama terkenal dari dalam dan luar negara serta solat secara berjemaah.
Antara ulama yang pernah menyampaikan ceramah di majlis berkenaan ialah Imam Besar Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri, ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani.
— BERNAMA











KUALA LUMPUR, 29 Sept — Kerajaan akan memulakan perbincangan bagi menyerahkan semula sebahagian aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang sebelum ini dipindahkan ke sebuah syarikat tujuan khas (SPV) dimiliki Kementerian Kewangan pada 2018, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pertimbangan itu dibuat setelah meneliti laporan awal serta melihat TH kembali diurus dengan baik, peningkatan keyakinan pendeposit, serta pengurusan cekap dan berintegiriti oleh kepimpinan baharu institusi pengurusan haji negara itu.
“Setelah meneliti perkembangan dan bincang dengan Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Pengerusi Lembaga TH Tan Sri Azman Mokhtar, saya telah beritahu daripada awal bahawa sebaik sahaja TH diurus dengan baik, maka MOF akan memulakan perbincangan supaya menyerahkan semua aset yang dipegang SPV.
“Ini juga mematikan fitnah amat tidak bertanggungjawab pada Menteri Kewangan ketika itu (Lim Guan Eng) dan kerajaan ketika itu seolah-olah memindahkannya pada kelompok bukan Islam. Tidak, saya lihat rekodnya, dan di MOF, ia masih dalam pegangan MOF, sekarang saya pegang amanahnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga TH yang ke-60 di Menara TH hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Pada Mac 2019, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika itu berkata langkah memindahkan aset RM19.9 bilion kepada SPV berjaya ‘menutup lubang’ jurang antara aset dan liabiliti yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.
Perdana Menteri berkata selagi beliau diberi amanah memegang tanggungjawab menjaga negara, beliau tidak akan bertolak ansur dalam segala percubaan untuk merosakkan agensi mahu pun syarikat milik negara bagi mengaut keuntungan.
“Sebab itu dalam soal tatakelola, kamu kecamlah saya pun. Selagi saya ada amanah ini, saya tidak akan tolak ansur untuk pastikan negara ini diurus dengan baik dan halang percubaan untuk merosakkan agensi ini kerana kegelojohan dan ketamakan beberapa orang.
“Dan saya beri jaminan sebaik sahaja dibaiki maka kita serahkan semula (aset), tapi kerajaan tidak boleh tanggung kerugian kerana kecuaian-kecuaian ini. Kita lihat contohnya TH, sebaik ada tatakekola baik, dengan cepat ia dipulihkan. Alhamdulillah, sebab itu saya ucapkan tahniah kepada pengurusan TH,” katanya.
Sementara itu Anwar berkata kerajaan juga akan meminda akta TH bagi bagi memenuhi maksud Maqasid Syariah, bukan sahaja dari aspek pengurusan kecekapan, tapi bagi membolehkannya berfungsi memberikan penghayatan kepada pengurusan ibadah haji.
Pada sidang media selepas itu, Perdana Menteri berkata rundingan berkaitan pemindahan semula aset berkenaan akan melibatkan kesemua aset yang telah dipegang SPV sebelum ini, dan penyerahannya akan dilakukan secara berperingkat.
“Keputusan ini (penyerahan semula aset) dengan sendirinya menjawab segala tohmahan dan fitnah bertahun lamanya, berbakul-bakul fitnah, kata aset ini dijual,” katanya.
— BERNAMA









KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di laman Facebook malam ini, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.
“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Tema sambutan tahun ini ialah Perpaduan Teras Malaysia MADANI.
— BERNAMA











KUALA LUMPUR, 27 Sept — Falsafah Madani tidak boleh menjadi mampan sekiranya Malaysia hanya melihat semata-mata dari segi perubahan atau transformasi teknologi tanpa diiringi dengan prihatin dan ihsan untuk memastikan setiap rakyat di negara ini diberikan akses kepada kesalinghubungan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ia bukan hanya soal teknologi tetapi untuk memastikan setiap rakyat daripada setinggan bandar atau miskin bandar hingga ke kawasan terpencil di Sabah atau Sarawak diberi peluang dan akses kepada kesalinghubungan.
“Jika tidak, pada fikiran saya, ia tidak mampan,” katanya pada ucapan penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 anjuran Huawei Technologies (M) Sdn Bhd hari ini.
Anwar menegaskan bahawa kemampanan bukan untuk memanfaatkan segelintir orang, golongan elit bandar atau konco kerajaan tetapi untuk memberi manfaat kepada semua rakyat di negara ini.
Perdana Menteri juga berkata transformasi digital memerlukan budaya pemikiran, sikap dan kesediaan baharu, bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk berkongsi dan rentak itu mesti berubah.
“Kita perlu bertindak balas dengan sewajarnya bukan sahaja melalui transformasi digital tetapi untuk memastikan terdapat kemudahan menjalankan perniagaan dan dasar yang lebih jelas.
“Itulah sebabnya mengapa kita melancarkan Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu dan malah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” katanya.
Anwar menekankan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan yang sangat berani untuk memastikan negara mendapat manfaat daripada perubahan luar biasa, kemajuan dan pembangunan dalam industri teknologi maklumat.
“Pentadbiran yang lepas memutuskan untuk hanya satu rangkaian sahaja tetapi saya fikir selepas perbincangan dan perbahasan yang lebih meluas dan malah orang seperti saya perlu mempelajari lebih mendalam inovasi dan teknologi, kami telah membuat keputusan untuk membenarkan dwi rangkaian dan itulah keputusan untuk penyertaan Huawei yang lebih berkesan,” katanya.
Beliau berkata ia bukan satu keputusan yang mudah kerana pandangan konvensional di beberapa bahagian di dunia adalah mengenai keselamatan dan kapasiti industri baharu.
“Kita di Malaysia, dengan Falsafah Madani dan Ekonomi Madani ini, memutuskan, dan saya percaya sewajarnya, bahawa apabila kita (mendapat manfaat) dari Barat, kita juga harus mendapat manfaat daripada Timur,” katanya.
— BERNAMA










SPEECH TEXT
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
AT
MALAYSIA ICT SUMMIT 2023
27 SEPTEMBER 2023 (WEDNESDAY)
MITEC, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh,
Salam Sejahtera.
Saudara YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil,
Menteri Komunikasi dan Digital;
YB Teo Nie Ching,
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital;
YBhg Tan Sri Mohamad Salim Bin Fateh Din,
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC);
Simon Sun,
CEO Huawei Malaysia;
Julian Gorman,
Head of Asia Pacific GSMA; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Bagi pihak Kerajaan tentunya kita memulakan dengan menyatakan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wataala dan juga penghargaan kepada HUAWEI dan GSMA kerana dapat menyelenggarakan ICT Summit yang sangat bermakna.
Excellencies, ladies and gentlemen,
- The Malaysian government have taken a very bold decision to ensure that we get and benefit from the phenomenal change, advancement and development in the IT industry and therefore we made this decision, a departure from a decision to ensure that we benefit from whatever technology that has been produced and surfaced and the decision to have a single network.
- We made a very tough decision and mind you, I am not exaggerating when I say this, to allow for a fair competition so that we as a nation, the young nation can benefit from the best of both worlds. Well, it is not an easy decision precisely because the conventional view in some parts of the world is the concerns about security, about capacity of new industries particularly STEM from China.
- In Malaysia, with this MADANI philosophy and MADANI economy decided, I believe rightly that once we get the best from the west, we all should benefit the best from the east. We have made the decision years ago by the past administration to only work on a single network. But I think after extensive discussion, debates and even people like me having to learn and explore deeply to the innovation, technology and explorative of all, we made the decision to allow for a dual network.
- Thus, that is for more effective participation by Huawei and let’s see, I think we will be proven right because as a young nation, whilst we have benefited immensely from the contribution from the west, from the United States and Europe, the initial part of our development and industrial strength in Penang and Lembah Klang. We also realize that the geopolitical politics and economic changes have impacted upon our country and we have seen the growing rise of China and to an extent India and we should, as a nation that is fiercely independent, be bold enough to make decisions like what is best.
- I came back from New York yesterday evening, so I am a bit dazed, particularly when I am not reading the text. I was in Nanning, China few weeks ago, Premier Li Qiang was kind enough to host and had discussions and I told him precisely, the need of Malaysia as a vibrant economy with an independent stance to benefit because we have benefited, as I said, without exaggeration from the technology, from Intel to Motorola etc, from United States who continue to be a reliable friend but we see that our neighbor China has shown a lot of friendship and interest to make sure that neighbors prosper together.
- So in the last few months, I have met and had lengthy discussions with Premier Li Chiang three times and President Xi Jinping, who gave that wonderful vision which has certainly attracted my attention not only in terms of economic advancement, digital transformation but he talks about food security, elevating the standards of the poor. We share was somewhat something unique because most leaders do not talk about values and civilization, except for the pioneers of independence, be it in the what you consider the pilgrim fathers of the American independence movement, or some of the early initiators during the struggle against colonialism or imperialism.
- However, President Xi Jinping and myself, we talk about values and civilization which transcend not just economic imperative or technology, but focuses on issues of compassion and humanity, which is a deficit in our society.
- So what relevance has this to the ICT industry? Because we talk about inclusivity and digital divide. So this is not technology per se. This is technology with understanding of what is required to ensure that nation mature and benefit its citizens. We are not in favor of a digital transformation that would continue this divide or gross inequality between the very rich and the poor, or developing the urban and the rural hinterland. But we talk about digital divide and inclusivity.
- That is why when I met the Huawei leaders in Nanning, China, I was persuaded to have this meeting anyway, they told me a few things. For example, technology and training which is very critical. You see, Malaysians have the capacity, enormous capacity and it is not new. From the 90s, in my meeting with Bill Gates or Dell have always said that is spectacular.
- The resolve of young Malaysians which does not include me to study and to have that discipline that is required and surface and become successful, competent professionals. That’s why Intel, for example, decided to have its research center and training in Penang. Now what we lack, therefore, is that small niche that level of expertise that is required and only through our collaboration with industries in the west and here like what we have with Huawei with a commitment to give that opportunity, the small niche or gap that could allow us, the younger Malaysia, to excel have the level of competence and expertise that is required.
- Therefore, I must express my appreciation to Simon Sun and colleagues for undertaking this task. When a Prime Minister gives that appreciation, which means Huawei is expected to do a bit more and this collaboration would, of course, immensely assist not only Huawei as a company but in our attempt to undertake this whole process of digital transformation, which is entrusted partly to MCMC, YBhg Tan Sri Mohamad Salim Bin Fateh Din, so please listen carefully and make sure this collaboration works.
- Now, we talk about inclusivity because a society cannot sustain itself and when we talk about sustainability is very important. When you refer to the issue of Sustainable Development Goals (SDGs), not only inclusivity, issue of inequality and SDGs specifically because to me, in MADANI philosophy, if we cannot be sustainable, if we look purely in terms of technological change or transformation without care, concern and compassion to ensure that every single citizen in this country is given that opportunity.
- That is why our 5G network made it abundantly clear. It is just not a matter of technology, but as a matter of ensuring that every single citizen, from the urban squatters or urban poor to the remotest area in Sabah or Sarawak, must be given that opportunity and access and connectivity. Otherwise, to my mind, it is not sustainable. Sustainability is not to benefit the few, urban elites or ruling cliques, sustainably means every single citizen will benefit. That is why we do not represent a view using this race card in this country.
- The country and the constitution made abundantly clear that the Malays and Bumiputeras will be protected but it is also made clear that in order to succeed and for countries to mature, we must not use a Race card, as one must make sure that every single Malay, Chinese, Indian, Sabahan or Sarawakian be given their due right to stay, leave and protect this country.
- So I just want to express again my appreciation and to reiterate what we have said before when we embarked upon this whole issue of digital transformation, because it requires a new mindset, a new attitude and our preparedness for us not only to learn but also to share. The pace must change and we cannot talk about transformation and not ease of doing business.
- We have a session in Cabinet Meeting this morning and I reiterated this similar point that we have the potential and thank God, when we were in New York recently, you can sense the enthusiasm, recognition of potential investors to Malaysia.
- But we will have to respond accordingly, not only through digital transformation, but to make sure that there is ease of doing business and the clarity in policy. That is why we announced the MADANI economy, the Energy Transition Plan, The New Industrial Master Plan, and even our Midterm Review of the 12th Malaysia Plan was actually a departure from a notion, the traditional notion of thinking about five year plan to something that is adjusted according to the needs of the times including the issue of digital transformation.
- Now, next month, I will have to present to the Parliament the second MADANI economy and I believe the issues I have raised here, and the issues that you have raised in your deliberations, if we are to summarized, can be presented to YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, who shouldn’t just sit and enjoy my speech. He must take notes and present them to me so that we can improve the MADANI budget. So thank you again for this opportunity and I have decided not to read the text, which is going to be extremely boring to you. Mind you, most of you have better understanding in competence so let me give the macro outlook and introduce or remind you about the new approach by this administration.
Terima kasih sekali lagi kepada semua dan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
