SERDANG, 7 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa inisiatif dan insentif bagi meningkatkan kualiti hidup dan memelihara kebajikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) termasuk dalam aspek penyediaan infrastruktur, penjagaan kesihatan, pendigitalan dan perumahan.
Antara yang diumumkan Anwar untuk warga Felda ialah Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) yang melibatkan peruntukan RM21.21 juta, pembinaan pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta, perbelanjaan untuk kos operasi lampu jalan dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun, dan subsidi diesel RM36 juta setahun bagi tiga Felda di Sabah.
Beliau turut mengumumkan program Digital MADANI bagi memperkasa ekonomi gig, penyelesaian isu perumahan generasi baharu Felda (PGBF) dan usaha membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain seperti sawit dan kelapa.
Anwar yang juga Menteri Kewangan pada Sambutan Hari Peneroka Felda di sini hari ini turut menyatakan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.
“Kebetulan saya Menteri Kewangan, saya tengok fail ada hutang RM8.3 bilion. Sehinggalah kita ambil alih (Kerajaan Perpaduan), kita buka fail, semak balik, dan RM8.3 bilion saya luluskan.
Kita telah buat keputusan untuk kurangkan jangan bebankan anak-anak Felda, ada generasi kedua, ketiga dan keempat (yang perlu dijaga),” katanya.
–BERNAMA
Similar Posts:
- KERAJAAN TIDAK BERCADANG PERKENAL GST, CUKAI KEPENGGUNAAN BERASAS LUAS TANGANI ISU HUTANG NEGARA – PM ANWAR
- JIMAT RM1.8 BILION MENERUSI PROSES TENDER TERPILIH PROJEK RTB – ANWAR
- KELULUSAN PROJEK TEBATAN BANJIR BERNILAI RM7 BILION MELALUI RUNDINGAN TERUS DITELITI SEMULA – PM ANWAR
- HENTIKAN ANJUR MAJLIS BESAR-BESARAN – PM ANWAR
- PM ANWAR SEMBAH MAKLUM KEPADA AGONG BELANJAWAN 2023