BERITA TERKINI
KOTA BHARU, 18 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman kepada pembeli rumah pangsapuri kakitangan awam di Lembah Sireh, di sini, yang terbengkalai.
Beliau berkata tindakan itu dibuat bagi meringankan beban pembeli yang terpaksa menanggung pembayaran pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Pinjaman Sektor Awam (LPPSA).
Katanya pelepasan bayaran pinjaman berkenaan akan diberikan kepada pembeli yang terlibat, sehingga mereka boleh menduduki rumah masing-masing.
“Bagi projek perumahan penjawat awam di Lembah Sireh yang terbengkalai, saya buat keputusan, selagi rumah berkenaan tidak dapat diduduki, kita bagi pelepasan moratorium. Maknanya tidak perlu bayar sekarang, bayar nanti apabila dapat masuk ke rumah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Jaya, Pasir Hor di sini hari ini, dan turut hadir ialah Pengerusi Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) Datuk Husam Musa.
Sementara itu, Husam berkata SPNB akan membina 3,545 unit RMR tahun ini, dengan 2,558 unit RMR sedang dalam pembinaan dan 987 unit telah siap dibina.
— BERNAMA
Similar Posts:
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG
- KERAJAAN SUNTIK PINJAMAN RM152.6 JUTA UNTUK SIAPKAN OPV1 – PM ANWAR
- ISU IMPORT, SEKURITI MAKANAN ANTARA FOKUS BELANJAWAN 2023 – PM ANWAR
- KERAJAAN TUMPU USAHA TURUNKAN HARGA BAHAN MENTAH – PM ANWAR
- PM ANWAR ARAH JEMAAH MENTERI AMBIL SERIUS TEGURAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2021