BERITA TERKINI
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Cadangan pembangunan dan menaik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Kuala Lumpur, merupakan antara perkara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Perdana Menteri mengadakan pertemuan itu bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL Datuk Azmi Abdul Hamid, di Kementerian Kewangan di Putrajaya.
“Penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian, agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Sebelum ini, Anwar berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya di kawasan bandar, perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa kepada penjaja dan peniaga kecil, agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan suasana kondusif.
Perdana Menteri berkata kemudahan itu perlu disediakan, memandangkan kumpulan berkenaan turut menjadi penyumbang kepada ekonomi negara, menerusi perniagaan yang dijalankan.
— BERNAMA
Similar Posts:
- JIMAT RM1.8 BILION MENERUSI PROSES TENDER TERPILIH PROJEK RTB – ANWAR
- TIGA PERJANJIAN LIBATKAN EKONOMI HIJAU, DIGITAL, KESELAMATAN SIBER DIMETERAI DI SINGAPURA – PM ANWAR
- PM ANWAR BERTEMU BILAL ERDOGAN
- ISU IMPORT, SEKURITI MAKANAN ANTARA FOKUS BELANJAWAN 2023 – PM ANWAR
- KERAJAAN AKAN PASTIKAN REFORMASI STRUKTUR EKONOMI YANG TERATUR — PM ANWAR