BERITA TERKINI
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang akan terus diperkukuh demi kelangsungan serta kesejahteraan rakyat negeri itu.
Anwar dalam hantaran di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan beliau menerima kunjungan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan delegasi kerajaan negeri Pahang di Putrajaya pagi tadi.
“Pertemuan tersebut menyentuh perihal aspek pembangunan serta kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang.
“Insya-Allah, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang akan terus dipererat demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat Pahang khususnya,” katanya.
— BERNAMA
Similar Posts:
- MALAYSIA-CHINA TEKAD PERKUKUH HUBUNGAN BAIK – PM ANWAR
- PEMBANGUNAN NEGERI, TEBATAN BANJIR ANTARA DIBINCANG DALAM KUNJUNGAN HORMAT AMIRUDIN
- NASIB GOLONGAN MISKIN TEGAR TERUS JADI KEUTAMAAN KERAJAAN PERPADUAN – PM ANWAR
- PM MAKAN MALAM BERSAMA KEPIMPINAN NEGERI SABAH
- FEDERAL GOVT, PAHANG CLOSE COOPERATION CONTINUES TO BE STRENGTHENED – PM ANWAR