PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN PRESIDEN TIMOR-LESTE, ADAKAN PERBINCANGAN DUA HALA

BANGI, 17 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan PM Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Pada kesempatan itu, PM Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.

Menu Siswa Rahmah adalah inisitiaf Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditawarkan pada harga serendah RM3.50 dan sehingga kini sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik telah menawarkan menu tersebut sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, PM Anwar kemudiannya menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.

— BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden Timor-Leste Dr José Ramos-Horta serta mengadakan perbincangan dua hala di Seri Perdana di sini.


Ramos-Horta dan delegasi tiba di Malaysia semalam untuk lawatan khas dan antaranya bertemu Anwar bagi membincangkan serta menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara selain meneroka ruang kerjasama baharu.


Dalam perbincangan hampir sejam bermula kira-kira 12.10 tengah hari, Ramos-Horta turut merakamkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.


Turut serta dalam perbincangan dua hala itu Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Norman Muhamad.
Hadir sama Ketua Pengarah Hal Ehwal ASEAN Timor Leste Milena Rangel dan Duta Besar Timor-Leste ke Malaysia Joana Veneranda Amaral.
Ramos-Horta dan delegasi kemudiannya diraikan dalam jamuan tengah hari.
Malaysia dan Timor-Leste mengekalkan hubungan yang erat dan mesra sebelum kemerdekaan Timor-Leste pada 2002.


Malaysia adalah negara pertama menubuhkan Pejabat Perhubungan di Dili pada 13 April 2001 dan negara pertama dalam kalangan negara ASEAN yang menubuhkan Kedutaan Besar di Dili pada 19 Mei 2002.


Malaysia secara aktif sentiasa menyokong Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi terutamanya dalam menyediakan kursus latihan pembinaan kapasiti untuk para pegawai Timor Leste melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Pada 2021, Malaysia merupakan rakan dagangan kelapan terbesar Timor-Leste dan destinasi eksport ke-13 serta sumber import ketujuh.


Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste mencatatkan AS$84.6 juta (AS$1=RM4.4) bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022.
“Melalui pertemuan ini kami berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor-Leste serta meneroka ruang kerjasama yang baharu,” kata Anwar menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau.
Anwar berkata Malaysia juga akan terus memberi dukungan kepada Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi.


Malaysia turut mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN, katanya.
“Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama,” kata Anwar.


— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.