PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TPM THAILAND

BANGI, 17 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan PM Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Pada kesempatan itu, PM Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.

Menu Siswa Rahmah adalah inisitiaf Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditawarkan pada harga serendah RM3.50 dan sehingga kini sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik telah menawarkan menu tersebut sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, PM Anwar kemudiannya menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.

— BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan, di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Lawatan khas Prawit ke Malaysia itu, diiringi Timbalan Menteri Pertahanan Thailand Jen Chaichan Changmongkol.

Ketibaan Prawit dan delegasinya di Seri Perdana kira-kira pukul 12 tengah hari itu, disambut Anwar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sejurus tiba, Anwar dan Prawit mengadakan perbincangan selama hampir dua jam dan kemudiannya meraikan Prawit serta delegasinya dalam majlis makan tengah hari.

Prawit dan delegasinya tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 11 pagi tadi bagi sesi lawatan khas sehari ke Malaysia.

Kunjungan yang antara lain bertujuan memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara serta bertukar pandangan dan perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau itu, merupakan kunjungan kedua Prawit ke Malaysia sejak pintu sempadan negara dibuka semula pada April lalu, akibat pandemik COVID-19.

Kali pertama Prawit ke negara ini pada Mei lepas bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am Ke-55 antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur.

Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Thailand merupakan rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan kedua terbesar di rantau ASEAN, manakala Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar bagi Thailand di dunia.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.