BANGI, 17 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan PM Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.
Pada kesempatan itu, PM Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.
Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.
Menu Siswa Rahmah adalah inisitiaf Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditawarkan pada harga serendah RM3.50 dan sehingga kini sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik telah menawarkan menu tersebut sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.
Selesai menjamu selera, PM Anwar kemudiannya menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.
— BERNAMA
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepadanya.
Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasminya, Anwar berkata budaya itu mesti dihentikan.
“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya.
Anwar sebelum ini menolak menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, pada 24 Nov lepas.
Langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.
— BERNAMA
Similar Posts:
- HENTIKAN ANJUR MAJLIS BESAR-BESARAN – PM ANWAR
- PM ANWAR SEMBAH MAKLUM KEPADA AGONG BELANJAWAN 2023
- PM ANWAR PENGERUSI MESYUARAT KHAS KABINET KERAJAAN PERPADUAN
- TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN ATAS SOKONGAN YANG JELAS DAN TEGAS – PM ANWAR
- BELANJAWAN 2023 DIBENTANG SEMULA PENUHI KEPERLUAN SETIAP MASYARAKAT – ANWAR