PERJANJIAN PETRONAS-ADNOC CERMINAN UNTUK MALAYSIA BINA HUBUNGAN ANTARABANGSA LEBIH JITU – PM ANWAR

BANGI, 17 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan PM Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Pada kesempatan itu, PM Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.

Menu Siswa Rahmah adalah inisitiaf Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditawarkan pada harga serendah RM3.50 dan sehingga kini sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik telah menawarkan menu tersebut sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, PM Anwar kemudiannya menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.

— BERNAMA

KUALA LUMPUR, Dec 6 (Bernama) — Permeteraian perjanjian antara Petronas dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) merupakan cerminan untuk Malaysia membina hubungan antarabangsa yang lebih jitu serta menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai negara di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas, telah menandatangani perjanjian bersejarah dengan ADNOC untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.

“Saya menjunjung kasih atas peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjadi tenaga pendorong utama kepada kejayaan usaha ini,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata beliau menyambut baik perjanjian bersejarah itu dan menaruh sepenuh keyakinan bahawa syarikat serta tenaga kerjatempatan mampu menerajui serta meneroka idea dan peluang untuk bersaing di peringkat global.

Petronas akan memegang 100 peratus ekuiti dan pengendalian untuk meneroka dan menilai minyak bukan konvensional di kawasan konsesi itu bagi tempoh sehingga enam tahun.

Selepas fasa penilaian yang berjaya, rakan kongsi boleh memasuki konsesi pengeluaran yang ADNOC mempunyai pilihan untuk memegang 50 peratus kepentingan.

— BERNAMA 

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.