KELULUSAN PROJEK TEBATAN BANJIR BERNILAI RM7 BILION MELALUI RUNDINGAN TERUS DITELITI SEMULA – PM ANWAR

BANGI, 17 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan PM Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Pada kesempatan itu, PM Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.

Menu Siswa Rahmah adalah inisitiaf Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditawarkan pada harga serendah RM3.50 dan sehingga kini sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik telah menawarkan menu tersebut sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, PM Anwar kemudiannya menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.

— BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Jumlah ini bukan kecil…atas alasan umpamanya membantu menyegerakan langkah tebatan banjir tetapi ada masalah apabila peraturan tidak dipatuhi dan ada upaya mencari kesempatan.

“Ini amat dikesalkan dan saya berterima kasih kerana pegawai kanan Kementerian (Kewangan) bersama dan tidak selari dengan maksud ini, tetapi pada ketika itu (hanya) mengikut arahan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat sejurus memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan (MOF) di sini.

Sementara itu, Anwar berkata beliau telah mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan MOF berhubung beberapa isu yang menjadi keutamaan menjelang persidangan Parlimen yang dijadualkan pada 19 dan 20 Dis. 

“Ada usul mengenai peruntukan gaji dan beberapa peruntukan kelulusan kewangan yang mendesak. Jika tidak, gaji tidak boleh dibayar pada Januari.

“Belanjawan akan dibahaskan pada sesi Parlimen tahun depan selepas Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) merasmikan sidang Parlimen,” katanya. 

Anwar berkata kerajaan perpaduan akan memberi tumpuan kepada menyediakan iklim yang segar dan positif untuk menggalakkan pelaburan, memulihkan keyakinan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara. 

Ditanya mengenai barisan penasihat ekonomi yang akan dilantik oleh beliau untuk menganggotai pasukan yang diketuai oleh Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Anwar menegaskan perkara itu masih dalam perbincangan.

“Saya perlu berbincang dengan Mohd Hassan, dari segi parameter dan keutamaan serta sudah tentu akan berunding dengan pegawai kanan yang berkaitan di MOF dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu,” katanya.

— BERNAMA

 

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.