ISU MONOPOLI IMPORT BERAS TIDAK HARUS DIPOLITIKKAN, USAHA BERNIAT BANTU PESAWAH MISKIN – PM

BANGI, 17 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan PM Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Pada kesempatan itu, PM Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.

Menu Siswa Rahmah adalah inisitiaf Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditawarkan pada harga serendah RM3.50 dan sehingga kini sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik telah menawarkan menu tersebut sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, PM Anwar kemudiannya menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.

— BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata isu monopoli import beras yang dikuasai tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak harus dipolitikkan kerana usaha itu berniat membantu pesawah miskin.

Anwar berkata beliau berbincang baik dengan Syed Mokhtar yang telah bersetuju memberi balik RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan kepada petani.

“… dan akan berunding semula dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagaimana Padiberas Nasional Bhd (Bernas) boleh memberi jaminan keselesaan dan keadilan kepada pesawah padi yang miskin,” kata beliau pada sidang media selepas memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Anwar hanya berani menegur Syed Mokhtar berbanding tokoh korporat terkaya di Malaysia yang lain kerana beliau Melayu dan mudah dibuli.

Anwar berkata keputusan yang diambilnya bukan mudah kerana terpaksa berdepan dengan konglomerat sama seperti keputusan yang diambil untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas perjudian daripada 22 kali kepada lapan kali yang menyebabkan segelintir pihak berkata beliau anti Cina kerana melibatkan syarikat-syarikat Cina.

“Saya tidak ambil kelulusan tanpa berunding. Saya kenal dia dan saya tahu dia syarikat besar, bukan maksud saya nak robohkan empayar dia tetapi saya kata buatlah keuntungan dan saya beri jaminan mana-mana pelabuhan di Tanjung Pelepas yang saya akan arahkan Kementerian Pengangkutan dan MOF akan cari jalan bantu supaya dapat diperbaiki dan ditambak,” kata beliau.

Anwar berkata apabila ada perniagaan yang melibatkan kepentingan rakyat miskin termasuk pesawah padi yang berada di Kedah merupakan orang Melayu paling miskin dalam negara, beliau perlu mengambil langkah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk membantu golongan tersebut.

Anwar sebelum ini membidas tindakan kerajaan ketika itu melanjutkan tempoh konsesi Bernas yang mempunyai kuasa untuk memonopoli import beras.

“Langkah saya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri cari jalan bagaimana ini boleh dilakukan kerana kelulusan itu tidak tepat dari awal. Saya tahu sesiapa yang dapat keuntungan dan dia (Syed Mokhtar) pun setuju dengan mudah, tidak sempat jumpa telefon sahaja.

“Saya ucap terima kasih kepada dia juga tetapi saya kata untuk menjamin masa depan pesawah padi miskin saya ambil langkah untuk berunding dengan dia dan cuba bantu. Saya tak faham mengapa ini menjadi masalah. Sudah berpuluh tahun dah Bernas ini, ini kali pertama saya kata cukuplah,” kata beliau.

Anwar berkata perundingan secara teliti akan membawa faedah yang lebih baik kepada pesawah miskin.

Perdana Menteri semalam berkata kerajaan pimpinannya akan meneliti isu monopoli import beras yang dikuasai Syed Mokhtar serta meneliti keuntungan beliau yang membeli pegangan Bernas milik Tan Sri Tan Boon Seng dengan harga RM800 juta dan Datuk Seri Shahidan Kassim (RM400 juta).

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.