BARISAN KEPIMPINAN PDRM LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PM ANWAR

BANGI, 17 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan PM Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Pada kesempatan itu, PM Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.

Menu Siswa Rahmah adalah inisitiaf Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditawarkan pada harga serendah RM3.50 dan sehingga kini sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik telah menawarkan menu tersebut sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, PM Anwar kemudiannya menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.

— BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.

Kunjungan julung kali sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas, turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pengarah PDRM.

“Pertemuan yang diadakan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara,” demikian menurut hantaran di laman rasmi Facebook PDRM.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

— BERNAMA
**Sumber foto: Polis Diraja Malaysia

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.