ANWAR BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA JIANG ZEMIN

BANGI, 17 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan PM Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Pada kesempatan itu, PM Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.

Menu Siswa Rahmah adalah inisitiaf Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditawarkan pada harga serendah RM3.50 dan sehingga kini sebanyak 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik telah menawarkan menu tersebut sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, PM Anwar kemudiannya menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.

— BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden China mendiang Jiang Zemin di Kedutaan China, di sini hari ini.

Anwar juga menandatangani buku takziah untuk mendiang Jiang Zemin dan memuji pencapaian dan sumbangan beliau kerana memainkan peranan luar biasa dalam mengemudi dan mengukuhkan hubungan China dengan Malaysia khususnya dan ASEAN secara amnya semasa tempoh pemerintahan mendiang dari 1993 hingga 2003.

“Dengan penuh kesedihan dan pilu mendengar pemergian bekas Presiden Tuan Yang Terutama Jiang Zemin.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia dan rakyat, kami mengucapkan takziah dan simpati yang tulus kepada kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China.

“Beliau akan sentiasa dikenang kerana kepimpinan dan legasinya yang cemerlang semasa proses reformasi, pembukaan dan pemodenan China.

“Ingatan dan doa saya bersama keluarga mendiang H. E Jiang Zemin serta rakyat Republik Rakyat China, pada saat kehilangan seorang negarawan yang cemerlang,” tulis perdana menteri dalam buku takziah.

Turut hadir Menteri Luar Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing. 

Jiang Zemin, 96 tahun, meninggal dunia akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Shanghai pada 12.13 tengah hari, 30 Nov. 

Pengebumian negara akan diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing, China hari ini.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.