Berita Terkini
PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) — Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mula menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri hari ini, menegaskan isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan perpaduan pimpinannya bagi mengurangkan beban dialami rakyat ketika ini.
Beliau berkata satu pertemuan dengan agensi dan jabatan berkaitan akan diadakan selewat-lewatnya Isnin ini bagi membincangkan isu kos sara hidup termasuk harga barang.
“Walau ada (petanda) positif umpamanya dengan kekuatan ringgit dan juga soal bursa saham yang menunjukkan keyakinan kepada pentadbiran kerajaan sekarang.
“Saya rasa, keutamaan itu harus terhadap kos sara hidup iaitu harga barang yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat,” kata beliau pada sidang media pada hari pertamanya di Perdana Putra di sini.
Anwar hari ini bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Similar Posts:
- PM ANWAR PENGERUSIKAN MESYUARAT KHAS MAJLIS TINDAKAN SARA HIDUP NEGARA
- PM ANWAR ARAH JABATAN KERAJAAN BANGUNKAN WAHANA UNTUK LAKSANA SUBSIDI BERSASAR
- PM ANWAR BERTEMU PENGURUSAN TERTINGGI PERBENDAHARAAN, BINCANG BELANJAWAN 2023
- PM ANWAR MULA TUGAS MENTERI KEWANGAN
- SUBSIDI BERSASAR : PM ANWAR BERI JAMINAN KEPENTINGAN PIHAK INDUSTRI TURUT DIBERI PERHATIAN