
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
TIADA SYARAT LENGKAP DOS IMUNISASI COVID-19 UNTUK TERIMA
BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2022
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh Kerajaan pada 5 April 2022 adalah untuk semua kakitangan awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 yang lengkap.
Susulan itu, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022. Bagaimanapun perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai.
Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi. Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir.
Biarpun tidak diwajibkan, Kerajaan menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kesejahteraan bersama.
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
11 APRIL 2022
Similar Posts:
- Kenyataan Media Berkaitan Tiada Syarat Lengkap Dos Imunisasi COVID-19 Untuk Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022
- Kenyataan Media Berkaitan Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022
- Kenyataan Media Berkaitan Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022
- Kenyataan Media Berkaitan Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 Secara Berperingkat
- Kenyataan Media Berkaitan Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 Secara Berperingkat