
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
PENDIRIAN MALAYSIA BERHUBUNG SITUASI DI PALESTIN
1. Malaysia amat bimbang susulan peningkatan keganasan di Wilayah Palestin Yang Diduduki Israel.
2. Sehubungan itu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa pada 15 April 2022 lalu.
3. Serangan yang berlaku ke atas salah sebuah masjid paling suci bagi umat Islam dan dalam bulan Ramadan yang mulia ini menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang diamalkan oleh tentera penjajah Israel terhadap hak-hak asasi, kehidupan, kesejahteraan serta maruah rakyat Palestin.
4. Mendasari hal ini, Malaysia meminta masyarakat antarabangsa memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin yang berpanjangan ini.
5. Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa bagi mencari keamanan dan keadilan bagi rakyat Palestin selain kemakmuran di rantau Timur Tengah.
6. Pada masa yang sama, Malaysia juga menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pendudukan haram Israel, merealisasikan aspirasi untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya.
DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
16 APRIL 2022
Similar Posts:
- Kenyataan Media Berkaitan Tuntutan Daripada Pihak Yang Mengaku Sebagai Waris Sultan Jamalul Kiram II (“Sultan Sulu”) Terhadap Kerajaan Malaysia
- Kenyataan Media Berkaitan Tuntutan Daripada Pihak Yang Mengaku Sebagai Waris Sultan Jamalul Kiram II (“Sultan Sulu”) Terhadap Kerajaan Malaysia
- Teks Ucapan Sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022
- Teks Ucapan Sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022
- Kenyataan Media Berkaitan Pembukaan Semula Sempadan Laluan Darat