Kenyataan Media Berkaitan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil. 3 Tahun 2022

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI


MELONJAK POTENSI PELABURAN LANGSUNG DOMESTIK (DDI) NEGARA MELALUI PEMERKASAAN PUSAT SEHENTI (OSC) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)


Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil. 3 Tahun 2022 membincangkan dua perkara utama berhubung pelaburan langsung domestik (DDI) dan pemerkasaan pusat sehenti (One Stop Centre – OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Negara yang kini dalam fasa “Peralihan ke Endemik” dan DDI adalah elemen terpenting dalam pemulihan ekonomi.

Sehubungan itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) khususnya dalam memperkasakan DDI.

Antara cadangan tersebut termasuklah melaksana kajian berkaitan inisiatif bagi mengurangkan 50% kekangan birokrasi; melakukan penyatuan dan penyelarasan insentif pelaburan; merekayasa proses pengurusan buruh asing serta menyediakan pelan tindakan untuk mengembang rangkaian ‘perusahaan kecil dan sederhana dengan pelaburan langsung asing’ (PKS-FDI).

Bagi melonjakkan potensi DDI, Kerajaan akan terus komited memperbaiki kualiti perkhidmatan PBT khususnya memperkasakan pelaksanaan OSC 3.0 kepada OSC 3.0 Plus agar sentiasa efisien, cepat dan telus.

OSC 3.0 Plus adalah prosedur lengkap dan seragam berdasarkan undang- undang semasa bagi mengawalselia dan memudahcara proses pemajuan di kawasan PBT sehingga bangunan layak diduduki menggunakan aplikasi digital sepenuhnya di semua 98 PBT di Semenanjung Malaysia.

Penambahbaikan tersebut melalui pengenalan Sistem OSC 3.0 Plus Online dengan penekanan kepada aspek ‘teach in’, pengurusan aduan dan sesi libat urus pemegang taruh termasuk membangun mekanisme pusat sehenti pelesenan secara digital.

Proses pemulihan ekonomi negara kini berada pada momentum terbaik. Kerajaan komited untuk memastikan DDI terus dirangsang dengan mengambil pendekatan mempermudahkan urusan para pemain industri. Kerajaan sentiasa mendengar cadangan daripada semua pihak untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
25 April 2022

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.