Kenyataan Media Berkaitan Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 Bagi Dewan Rakyat

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI


MESYUARAT KHAS PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KE-14
BAGI DEWAN RAKYAT


Mendalami kesusahan rakyat yang terkesan ekoran bencana banjir, satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan pada 20 Januari 2022.

Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

Pelaksanaan Mesyuarat Khas ini telah disembah maklum dan mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mesyuarat Khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir.

Sesi ini juga adalah platform terbaik untuk Ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
PERDANA MENTERI
6 JANUARI 2022

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Peluasan Projek MRT

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.