Kenyataan Media Berkaitan Bayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Berjumlah RM1.2 Bilion Pada 20 Disember 2021

KENYATAAN MEDIA
PERDANA MENTERI MALAYSIA


BAYARAN FASA 3 BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) BERJUMLAH
RM1.2 BILION PADA 20 DISEMBER 2021 (ISNIN)


Seperti semua sedia maklum, pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) telah diselesaikan pada bulan September dan November yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

Seperti dijadualkan, pembayaran Fasa 3 BKC sebanyak RM300 akan dibuat pada 20 Disember 2021 (Isnin) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori Miskin dan B40 (Rujuk Jadual 1).

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my. Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen Kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
PERDANA MENTERI MALAYSIA
18 DISEMBER 2021

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Peluasan Projek MRT

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.