Program walkabout di PPR Seri Perak, Sentul, Kuala Lumpur – 16 Oktober 2021

YAB Perdana Menteri  telah mengumumkan beberapa berita baik mengenai Projek Perumahan Rakyat pada program walkabout di PPR Seri Perak, Sentul, Kuala Lumpur.
 
YAB Perdana Menteri menyatakan kerajaan mengambil berat isu paling besar di PPR iaitu masalah lif rosak. Isu ini dipandang serius  oleh kerajaan kerana tanpa lif yang berfungsi dengan baik, kehidupan penduduk PPR pastinya lebih terbeban.

Oleh itu, kerajaan melalui DBKL telah memperuntukkan sebanyak RM127 juta bagi menukar lif lama kepada yang baru di kesemua 67 PPR seluruh Kuala Lumpur.
 
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan menerusi program PEMERKASA juga telah meluluskan RM15 juta bagi menaik taraf taman permainan kanak2, longkang, saluran air, kaki lima pejalan kaki, gelanggang futsal dan lain lain kemudahan di semua PPR di seluruh Kuala Lumpur termasuk PPR Seri Perak.
 
Proses penukaran lif dijangka bermula tahun hadapan & dijangka siap dlm tempoh 2 tahun.
Semoga selepas ini isu lif rosak yg menyusahkan kehidupan penduduk di PPR tidak lagi berulang.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.