Pertemuan Besama Ketua Menteri Sarawak, yang diiringi oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak – 24 Oktober 2021

Penerimaan ‘vest’ dan ‘bow tie’ yang dihasilkan daripada kain tenun songket Sarawak, yang dihadiahkan oleh Centexs Commercial Sarawak kepada YAB Perdana Menteri  sempena lawatan beliau  ke Kuching Bandaraya Perpaduan.

     Kain tenun songket Sarawak adalah antara seni sulaman masyarakat Melayu Bumi Kenyalang sejak zaman berzaman. Berbeza dengan songket negeri-negeri lain, rahsia keunikan kain tenun songket Sarawak tersembunyi di sebalik formula berasaskan sifir khas yang hanya difahami tukang tenunnya sahaja.

     Pemberian ini telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang diiringi oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, Datu Sabariah Putit.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.