Kenyataan Media Berkaitan Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 Secara Berperingkat

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI

PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN KHAS COVID-19 SECARA BERPERINGKAT

1. Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC. Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

2. Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. (Rujuk Jadual 1)

3. BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

4. Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

5. Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 2)

6. Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

7. Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
1 SEPTEMBER 2021

 

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri