Kenyataan Media mengenai Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah kepada YAB Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA 
PEJABAT PERDANA MENTERI

Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-sekerasnya fitnah yang dibuat oleh Datuk Mohd Puad Zarkashi kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Perdana Menteri telah diserahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat 5 Februari 2020. Beliau pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Fitnah yang dilemparkan oleh Datuk Mohd Puad Zarkashi adalah berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Perdana Menteri. Tindakan undang- undang akan diambil ke atas beliau sekiranya beliau gagal memohon maaf secara terbuka.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
9 Februari 2021

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri