KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
UCAPAN TAKZIAH YAB PERDANA MENTERI BERHUBUNG KEPULANGAN KE RAHMATULLAH TUN HAJJAH RAHAH BINTI TAN SRI HAJI MOHD NOAH.
Saya mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah pada 18 Disember 2020 bersamaan dengan 3 Jamadilawal 1442H.
Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal 1442H.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman.
Al-Fatihah.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Perdana Menteri
18 Disember 2020
Similar Posts:
- Kenyataan Media: Ucapan Takziah YAB Perdana Menteri berhubung kepulangan ke Rahmatullah Tun Hajjah Rahah
- Perdana Menteri ucap takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara
- Pelantikan Pengerusi dan Anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
- Pelantikan Pengerusi dan Anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
- Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri Mengenai Pelantikan Anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan