Sekolah diarah tutup jika ada kes positif COVID-19 – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 9 Okt  — Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan menutup sekolah tanpa menunggu penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya ada guru atau murid yang disahkan positif COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan beliau secara sidang video di kediamannya hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan kes-kes baharu COVID-19 di Selangor dan Wilayah Persekutuan, termasuk kes yang melibatkan murid di Sekolah Kebangsaan Bangsar.

Katanya mesyuarat juga memberi tumpuan khusus kepada situasi COVID-19 di Sabah. 

“Memandangkan kes-kes di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, mesyuarat bersetuju supaya Kementerian Pendidikan meneliti keperluan untuk menutup sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah. Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin) akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook rasmi beliau.

— BERNAMA

Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang saya pengerusikan secara sidang video di…

Posted by Muhyiddin Yassin on Jumaat, 9 Oktober 2020

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri