Pemergian Paimuzi satu kehilangan kepada negara – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 8 Okt  — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya.

Paimuzi, 59, yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan hal ehwal Islam,  menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh kira-kira 1 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Muhyiddin menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada negara khususnya institusi agama Islam.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang.

“Bagi pihak kerajaan, saya menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti Allahyarham semasa dalam perkhidmatan,” katanya dalam catatan di laman Facebook.

Perdana Menteri yang sedang menjalani  kuarantin kendiri turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menziarahi jenazah Allahyarham.

“Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

— BERNAMA 

Saya mendapat perkhabaran YBhg Dato' Paimuzi Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah…

Posted by Muhyiddin Yassin on Khamis, 8 Oktober 2020

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri