Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) selama 14 hari.

Untuk makluman, KKM telah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas YAB Perdana Menteri pada 14 Oktober 2020 dan telah disahkan NEGATIF pada 15 Oktober 2020. Sehubungan itu, Pejabat YAB Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa kedua-dua ujian pengesanan COVID-19 bagi YAB Perdana Menteri sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan NEGATIF dan tempoh kuarantin kendiri beliau tamat pada 16 Oktober 2020.

Dalam pada itu, YAB Perdana Menteri terus komited mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19 yang diadakan secara sidang video pagi tadi. Walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa COVID-19 di dalam negara. Mesyuarat khas MKN ini berlangsung setiap hari bermula 7 Oktober lepas.

PEJABAT PERDANA MENTERI
17 Oktober 2020

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas