
KUALA LUMPUR, 9 Sept — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan dukacita atas pemergian Duta Senegal ke Malaysia, Fatou-Danielle Diagne.
Beliau berkata sepanjang bertugas di negara ini, Diagne memainkan peranan besar dalam hubungan Malaysia-Senegal dan segala sumbangan beliau akan sentiasa dikenang .
“Saya merasa dukacita apabila mendengar berita kematian Duta Besar Senegal ke Malaysia, Puan Yang Terutama Fatou-Danielle Diagne awal pagi ini.
“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau serta kerajaan dan rakyat Senegal. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama anda semua.
“Semoga Allah SWT memberkati Fatou-Danielle Diagne dan menempatkan beliau dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi ciapan Facebook beliau.
Bernama masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut mengenai kematian Diagne.
— BERNAMA
Similar Posts:
- PM Muhyiddin expresses condolences over passing of Senegalese Ambassador
- PM Muhyiddin ucap takziah, sifatkan kematian Hasbullah kehilangan besar
- Palestin berterima kasih kepada Malaysia bantu tangani COVID-19 – PM Muhyiddin
- PM Muhyiddin terima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Thailand
- PM Muhyiddin ucap takziah kematian Emir Kuwait