PM Muhyiddin sifatkan Shinzo Abe tokoh berwawasan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang mengumumkan peletakan jawatannya semalam sebagai tokoh berwawasan serta dikenali kerana peranannya dalam meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Muhyiddin menerusi catatan Facebook hari ini berkata sepanjang pentadbiran Abe, hubungan Malaysia -Jepun bukan sahaja bertambah erat, bahkan turut meneroka banyak peluang kerjasama baharu.

Peletakan jawatan TYT Shinzo Abe mengejutkan banyak pihak termasuk rakyat Malaysia. Beliau dikenali kerana wawasannya…

Posted by Muhyiddin Yassin on Jumaat, 28 Ogos 2020

“Hubungan ASEAN dan Jepun juga mencatat banyak pencapaian bermakna di bawah kepimpinan beliau,” katanya.

Muhyiddin berkata peletakan jawatan Abe mengejutkan banyak pihak termasuk rakyat Malaysia, dan mendoakan agar kesihatan tokoh itu akan kembali pulih.

Media antarabangsa semalam melaporkan Abe, 65, meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri atas faktor kesihatan.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri