Malaysia Sumbang Bantuan Kemanusiaan untuk Rakyat Lebanon 

PMO
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI

MALAYSIA SUMBANG BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK RAKYAT LEBANON 

Kerajaan dan rakyat Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Lebanon dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menyebabkan kemusnahan besar pada 4 Ogos lalu.

Kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di Lebanon.

Kerajaan dan rakyat Malaysia menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.

Kepada yang tercedera, kami juga mendoakan agar mereka cepat sembuh.

Dalam semangat persaudaraan akrab bersama Lebanon, kerajaan memutuskan untuk menyumbang bantuan kemanusiaan sebanyak RM1 juta menerusi Pertubuhan Palang Merah Lebanon (LRC).

Malaysia yakin dan percaya rakyat Lebanon mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat dan perpaduan berterusan.

YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Perdana Menteri Malaysia
8 Ogos 2020


TRANSLATION

PRESS STATEMENT PRIME MINISTER OF MALAYSIA

MALAYSIA CONTRIBUTES TO RELIEF EFFORTS IN BEIRUT

The Government and the people of Malaysia stand in solidarity with Lebanon in the aftermath of the devastating and tragic explosion in Beirut on 4 August 2020.

We share the sorrow and anguish of the brotherly people of Lebanon. We extend our deepest sympathies and sincere condolences to the bereaved families who have lost their loved ones and pray for the full and speedy recovery of those injured.

In the spirit of close friendship with Lebanon, the Government has decided to contribute Ringgit Malaysia one million as humanitarian relief assistance through the Lebanese Red Cross (LRC).

Malaysia has every confidence that the people of Lebanon will overcome the impacts of the tragedy with continued strength and unity.

YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
Prime Minister of Malaysia
8 August 2020

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas