KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
RALAT
Merujuk kepada bantuan kerajaan di bawah inisiatif PRIHATIN yang disebut dalam Perutusan Khas YAB Perdana Menteri semalam, angka sebenar adalah sebanyak 68,336 pemandu e-hailing yang telah menerima elaun tunai RM500 berjumlah RM34 juta, manakala 37,127 pemandu teksi, pemandu pelancong dan pemandu bas pesiaran telah menerima elaun tunai RM600 dengan jumlah keseluruhan RM22.2 juta.
Mengenai bantuan subsidi upah pula, inisiatif ini yang bernilai RM7.4 bilion telah memberi manfaat kepada 313,000 majikan dan 2.5 juta pekerja di seluruh negara.
Pejabat Perdana Menteri
21 Julai 2020
Similar Posts:
- Kenyataan Media – Ralat di dalam Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 20 Julai 2020
- Pakej Rangsangan Ekonomi selamatkan 2.75 juta pekerjaan – PM Muhyiddin
- PM umum pakej tambahan khusus PKS bernilai RM10 bilion
- Perdana Menteri terima RM4.6 juta untuk Tabung COVID-19
- PM Muhyiddin terima sumbangan RM4.25 juta untuk tabung COVID-19