SOP Pembukaan Semula Sektor Ekonomi

  1. Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.

  2. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.

  3. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.

  4. Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan lain boleh dikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara.

  5. Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, sila rujuk kepada Senarai Aktiviti Yang Dilarang yang telah disediakan. Melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang tersebut, kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP ini. Senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh badan Kerajaan dan agensi seliaan yang bertanggungjawab, mengambil kira tahap ketersediaan perniagaan untuk memulakan semula operasi.

  6. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan, PDRM, dan lain-lain badan penguatkuasa akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.

Dipetik daripada dokumen pengenalan “SOP Pembukaan Semula Ekonomi” yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Dokumen-dokumen SOP di bawah ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sila rujuk laman web MKN untuk maklumat yang lebih terkini.

0. Pengenalan (Dikemaskini)

1. Sektor Sukan dan Rekreasi (Dikemaskini)

2. Sektor Pengangkutan dan Logistik (Dikemaskini)

3. Sektor Makanan

4. Sektor Perkhidmatan Ikhtisas & Profesional

5. Sektor Pembuatan

6. Sektor Sosial

7. Sektor Minyak dan Gas

8. Sektor Perkhidmatan & Pelbagai (Dikemaskini)

9. Sektor Peruncitan

10. Aktiviti Pajak Gadai & Kredit Koperasi

11. Sektor Agrikomoditi

12. Sektor Kewangan

13. Industri Pertahanan

14. Sektor Tenaga, Mineral & Perhutanan

15. Sektor Pertanian, Perikanan & Penternakan

16. Sektor Pendidikan

17. Sektor Pertanian, Perikanan & Penternakan

18. Sektor Komunikasi, Teknologi Maklumat & Industri Kreatif

19. Sektor Perhotelan, Kebudayaan & Kesenian

20. Sektor Alam Sekitar

21. Sektor Pembinaan

22. Sektor Berkaitan Perkhidmatan Guaman

23. Sektor Industri Kawalan Keselamatan Swasta

24. Sektor Kebersihan, Pengurusan Strata dan Berkaitan KPKT

25. Sektor Kesihatan

26. Sektor Penyelidikan (R&D) & Makmal Ujian

27. Sektor Penjagaan Sosial (Taska) (Dikemaskini)

28. Sektor Penjagaan Sosial (Pusat Jagaan) (Dikemaskini)

29. Senarai Aktiviti Dilarang

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas