Kenyataan Media – YAB Perdana Menteri menjalani Kuarantin di Rumah

This image has an empty alt attribute; its file name is image-4.png

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI

YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020.

Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif. Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Sebagai makluman, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Pejabat Perdana Menteri
22 Mei 2020

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas